BAB 8

6.6K 320 2
                                    

Natalia Adawiyah menyelesakan dirinya di atas tilamnya yang empuk. Seronok rasanya jika dapat tidur sebentar di tengah hari yang panas ini. Mujur mamanya menyediakan tilam dan bantal di bilik khas miliknya di butik mamanya, bolehlah dia tidur.

Knok! Knok! Ketukan pintu itu mencantas mood Natalia Adawiyah.

Siapalah yang nak kacau aku ni. Nak tidur pun tak senang.

"Lia, ini Kak Dee. Bukalah pintu ni." Suara dari luar biliknya.

Natalia Adawiyah segera membuka pintu.

"Kak Dee, masuklah." Natalia Adawiyah mempersilakan Diana memasuki ke biliknya.

"wah, dah macam rumah sendiri. Patutlah Lia tak bosan duduk di butik ini setiap hari." Diana dan Natalia Adawiyah melangkah ke sofa.

"tak bosan Kak Dee cakap. Bosan Kak Dee. Bukan ada tv pun di sini. Jadi tengok dinding ni haa tak pun tengok siling tu."

Biar pun bilik itu di lengkapi set meja belajar, sofa dan tempat tidur tetapi masih tak lengkap bagi Natalia Adawiyah kerana tiada televisyen

"Kesiannya Lia ni. Haa ni Kak Dee bawa pendrive ni. Kak Dee dah download dari itazura na kiss love in Tokyo (mischievous kiss in Tokyo)." Diana menunjukkan pendrivenya.

"wahh!! Seronoknya. Terima kasih Kak Dee. Hmm. Boleh lah Lia tengok Yuki Furukawa yang comel tu." Natalia teruja memegang pendrive milik Diana.

Natalia Adawiyah memang meminati drama jepun dan minat ini dikongsi bersama 2 sahabat baiknya dan Diana. Mereka sering download drama Jepun dari internet kerana susah untuk dapatkan drama Jepun di pasaran Malaysia. Mungkin kerana rakyat Malaysia lebih mengemari drama Korea berbanding drama Jepun. Ada pun, semua yang tidak terkini.

"suka lah tu dapat tengok lakonan Yuki Furukawa. Cepat pergi ambil Laptop Lia. Transfer drama ni cepat. Kak Dee nak movie The Labrary Wars tau."

Natalia segera mendapatkan laptopnya.

"amboi Kak Dee main sistem barter pula."

"eh? Tak setuju ke? Kalau tak setuju taka pa, Kak Dee Ambil balik." Segera Diana merampas semula pendrivenya daripada tangan Natalia Adawiyah.

"eh.. siapa kata tak nak. Nak!!" Natalia Adawiyah cuba merampas kembali pendrive Diana.

"tau pun nak. Nah ambillah. Nanti nangis pula tak dapat tengok Yuki Furukawa dia."Diana kembali menghulur semula pendrivenya kepada Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah amat meminati lakonan Yuki Furukawa. Dia mula meminati lakonan Yuki Furukawa ketika Yuki Furukawa dalam filem High School Debut. Yuki Furukawa bukanlah watak utama tetapi watak sampingan. Malahan dia memegang watak playboy dalam drama itu, tetapi tidak pun Natalia Adawiyah kisah.

"mestilah. Handsome tau dia tu."

"yelah. Eh, Lia. Kak Dee nak tanya sesuatu ni."

"tanya apa? Macam serius aje."

"serius lah ni Lia. Hmm. Lia suka Danny kan?"

"haaa??!!" soalan apakah Kak Dee bagi ni.

"suka ke tidak? Jawablah."Diana menggocang badan Natalia Adawiyah dengan kedua belah tangannya.

"errr..."

"errr???"

"suka tu memang suka tapi Danny.."

"yes! Betullah tekaan Kak Dee selama ini." Diana menepuk tangan sekali.

"tapi Kak Dee..."

"apa lagi? Lia perlu luahkan pada Danny. Bagi tahu dia yang kamu suka dia."

"kak Dee ingat senang ke?"

"eh? Kenapa tidak."

Hmm perlu ke aku beritahu Kak Dee pasal aku di tolak dulu. Boleh ke Kak Dee rahsiakan. Kalau Aunty Roza tahu ni. Hmm habislah aku!

"hmm.. sebenarnya Lia pernah luahkan. Tapi Danny tolak..."

"what????when???" sekali lagi kata – kata Natalia Adawiyah di cantas oleh Diana.

"awal tahun ni. Danny tak baca lagi pun surat tu tapi dah tolak. Dia reject Lia ni dengan penuh kejam." Pilu hatinya bila mengimbas balik kenangan lalu.

Kenangan pahit!

"apa? Dia tak baca sudah tolak?"

Natalia Adawiyah mengangguk tanda Ya.

"tak mengapa Lia. Jangan putus asa. Kak Dee tahu yang dia pun sukaLia. Lia jangan putus asa. Suatu hari nanti Lia akan kahwin juga dengan Danny."Diana menepuk – nepuk bahu kiri Natalia Adawiyah tanda sokongan.

"tapi Kak Dee. Macam mustahil saja."

"tak ada perkataan mustahil dalam kamus Kak Dee. Lia percayalah Kak Dee. Kak Dee sangat mengenali adik Kak Dee."

"terima kasih Kak Dee kerana menyokong Lia." Natalia Adawiyah menggenggam kedua belah tangan Diana.

Dia berasa sangat bersyukur kerana dapat kakak ipar yang memahami. Eh, bakal. Terlebih pula.


Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now