Bab 59

1.8K 86 10
                                    

Natalia Adawiyah duduk bersipuh. Telekungnya masih tidak tanggal walaupun dia usah selesai solatnya 20 minit yang lalu. Hatinya terasa pilu saat ini. Terlalu pilu. Kontroversi Danial Akmal semakin menjadi jadi. Dia faham menjadi artis ini tidak terlepas dari pelbagai gosip. Dia sedar akan itu.

Tetapi yang buat dia rasa kesal kenapa Danial Akmal tidak pernah menafikan? Siang tadi Danial Akmal ditemu bual oleh wartwan Melodi berkenaan gosip itu.

"desas desus mengatakan Danny semakin hangat bercinta dengan Liyana Lukman. Sejauh mana kebenaran ini? " tanya wartawan itu sebelum menghala mikrofon ke arah mulut Danial Akmal.

"actually i pun no idea how this thing can be spread. Just saya minta peminat doakan apa yang terbaik untuk saya dan Liyana." Danial Akmal mengukir senyuman.

"oh jadi betul lah yang korang ni bercinta? " wartawan itu cuba untuk mendapatkan kenyataan ini.

"i have no comments. Sekali lagi saya katakan doakan lah apa yang terbaik untuk kami. Allah sebaik baik perancang" Danial Akmal sekali lagi mengelak.

Natalia Adawiyah saat menonton rancangan itu tergamam. Hatinya berderai seperti kaca gelas yang baru saja jatuh dari tangannya. Dia terduduk dan menangis di situ.

Air mata yang jatuh dikesatnya dengan telekung. Natalia Adawiyah berbaring di atas sejadah kerana dia tidak sanggup untuk bangkit. Badannya telah kehabisan tenaga. Teriak. Itu saja yang dia mampu buat saat ini. Mujur Puan Nazatul tiada di rumah. Dia sibuk di Johor menguruskan butik baru yang bakal dibuka. Jika Puan Nazatul ada dirumah saat ini pasti dia sudah mengetuk pintu Natalia Adawiyah dek kerana tangisannya yang kuat.

*****

Hati Rayyan bercampur baur saat ini setelah membaca gosip baru Danial Akmal. Yang paling dia terasa sakit bila Sofia memberitahu dia yang Natalia Adawiyah tidak mahu mengangkat telefon. Sofia yakin yang Natalia Adawiyah sedang sangat sakit hati.

Rayyan mengatur langkahnya dengan laju ke kereta. Kereta yang dipandu laju tetapi cermat. Jalan yang agak lengang memudahkan perjalanan Rayyan.

Kereta Rayyan berhenti di depan sebuah rumah. Kelihatan Danial Akmal baru saja keluar dari perut kereta. Dengan pantas Rayyan keluar dari kereta dan melulu ke arah Danial Akmal. Tanpa banyak bunyi, penumbuk Rayyan terus terlekat di pipi Danial Akmal. Danial Akmal yang tidak bersedia dan terkejut terus tersungkur ke bawah. Danial Akmal memegang pipinya yang sakit.

"kau memang jantan tak guna Danny! " teriak amarah Rayyan.

Danial Akmal tersenyum. Dia seolah tahu apa yang Rayyan cuba sampaikan.

"kenapa kau senyum? Tak cukup sakit? " soal Rayyan yabg sedang menahan marah. Penumbuk Rayyan ditunjukkan kepada Danial Akmal.

Dadanya berombak menandakan menahan amarah yang membuak dalam diri.

"yang kau marah kenapa? "sengaja Danial Akmal bertanya.

"kau tanya kenapa?! Kau sedar tak tindakan kau ni? " tanya Rayyan

"apa? Apa aku buat? "

"kau dah sakitkan hati Natalia lagi. Kau tahu tak yang dia sengsara dengan gosip kau?! " teriak Rayyan.

Teriakkan Rayyan menyebabkan Datin Roza yang berada di dalam rumah keluar.

"eh apa bising - bising ni? " soal Datin Roza yang muka penuh dengan masker. Datin Roza sudah pun sedia untuk memasuk tidur waktu itu.

Rayyan dan Danial Akmal seolah olah tidak perasan kehadiran Datin Roza.

"bukan kau patut happy ke? Sebab kau boleh rapat dengan Lia? "

"ye. Aku patut happy. Tapi aku taknak dia nangis macam ni. Dia bukan Lia yang aku kenal dah! "

"dah lah Rayyan. Balik lah. Buang masa kau kat sini. Aku dengan Lia bukan ada apa - apa hubungan pun. Tak layak untuk Lia mempertikaikan. "selamba Danial Akmal verbicara.

Sekali lagi penumbuk Rayyyan di pipi Danial Akmal.

"astaghfirullah al azim! Danny! "teriak Datin Roza. Datin Roza terus mendapatkan anaknya yang jatuh.

"Lia bukan tak layak. Tapi kau yabg tak layak dengan Lia. Apa - apa yang terjadi pada Lia. Aku takkan maafkan kau, Danny! "teriak Rayyan.

Rayyan terus beredar meninggalkan Danial Akmal yang kesakitan dan Datin Roza yang kebingungan.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now