BAB 28

4.8K 226 7
                                    

Natalia Adiwiyah mengekori Danial Akmal dan gadis bersamanya. Dia sedaya upaya berhati - hati, takut pula diketahui. Lagu tema pink panther menjadi latar. jeng.. jejeng..jejejengg... Kelihatan Danial Akmal dan gadis itu memasuki sebuah kedai pakaian. Danial Akmal membantu si gadis memilih baju. Cheit! Bahagianyalah engkau ea, Danny.

"baaahh!" seseorang cuba mengejutkan Natalia Adawiyah.

"maakk,..." terus saja Natalia Adawiyah menutup mulutnya dengan tangan. Kalau Danial Akmal tahu atau perasan, habislah!!

"hmm.. awak Farid. Takutkan saya aje lah." Natalia Adawiyah mengurut dadanya yang masih terkejut.

"hei, orang lagi takut tengok awak macam ni. Dah rupa macam pencuru ni kenapa?" Farid menggelengkan kepalanya.

"pencuri tak kan comel macam saya lah!" flip hair.

"yelah... hmmm.. eh, tu Danny kan?" Farid menyedari seseorang didalam kedai itu.

"Dan......" Farid cuba memanggil Danial Akmal tetapi mulutnya ditutup oleh Natalia Adawiyah. Farid melepaskan cengkaman Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah terus mengesat tangannya tadi tu ke atas baju Farid. Kot - kot ada air liur Farid ke kan. Kemproh! Okey. Orang jawa aje faham. mhahaha!

"kenapa ni, Lia?" Farid terpinga - pinga. Yelah bukan selama ni Natalia tu suka ke kalau dekat dengan Danial Akmal.

"tu.. awak tengok lah tu. Ada girl dengan Danny. Saya nak siasat siapa girl tu. Kalau awak pi teriak, habislah misi saya!"Natalia Adawiyah menunjukkan ke arah gadis tadi.

"oh, patutlah awak tersorok sana sini rupa penyamun. Rupanya nak jadi detective Lia."

"Apa - apa ajelah awak. Eh.. mana depa????" Natalia Adawiyah baru sedar mereka berdua tiada disitu.

"oh.. bukan dia ah lalu sana ke tadi." Farid menunjuk satu arah.

"hmm. okeylah Farid. Nak sambung spy!" Natalia Adawiyah sempat melambai ke arah Farid.

"Sekejap..." baju Natalia Adawiyah di tarik.

"nak apa lagi? nanti saya terlepas. Susahlah."

"nak ikut.." tangannya masih tak melepaskan baju Natalia Adawiyah.

"huh? awak nak ikut? hmm boleh lah." okey juga ada Farid tak adalah orang ingat aku ni gila.

Farid teruja dapat mengikut. Memang bahagia gila sebab dapat turut serta dalam siasatan ini. ececeh ayat! Yelah, Danny tu budak hot! Dulu di sekolah semua budak perempuan dia reject habis! Tak pernah tegur pun kalau tiada urusan, tup tup ni ada girl sekali dengan dia. Mestilah Farid nak tahu. Berita gempak ni seyh! Kalau di hebohkan pasti meletop kebabom!

Kelihatan Danial Akmal dan gadis itu masuk pula disebuah kedai perhiasan wanita. Danial Akmal mengambil seutas rantai berloket love ditunjukkan ke arah gadis itu dan omaigod! Danial Akmal pakaikan pula pada gadis itu!

Natalia Adawiyah dalam keadaan kaget. Omaigod! Biar betul! Farid pula sempat mengambil gambar sebagai bukti. Peh.. cerita hot.. Tapi simpan dulu. Nanti baru disebarkan. Kita kumpul dulu semuanya.

Oh, Danial Akmal dan gadis itu dan keluar. Terus Natalia Adawiyah dan Farid mengahadap tempat lain, melihat lantai ditingkat satu dari atas ni. Fuh!! selamat..

Natalia Adawiyah dan Farid sekali lagi cuba mengekori Danial Akmal, kali ini cuba rapat tetapi berhati - hati. Rapat supaya dapat dengar apa yang mereka cakapkan. Sekarang mereka berdua masuk ke sebuah cafe. Natalia Adawiyah dan Farid mengambil tempat berdekatan dengan mereka tetapi ada dinding sebagai pengantara. Jadi tak ada lah kantoi.

Ketika pelayan datang ingin membuat pesanan, Natalia Adawiyah hanya menunjuk pada menu. Dia tidak mahu bersuara, takut kantoi. Begitu juga dengan Farid.

"thank you, abang!!" gadis itu berteriak keseronokan.

Omaigod! Abang? Abang????!!! Seingat aku Danish pun tak panggil Danny abang. Kau pula yang panggil dia abang? Aku ni bakal bini dia pun tak panggil dia abang tau.. hmm. okey.. InsyaAllah lah betul - betul bakal bini dia. hihihi. ngomel Natalia Adawiyah di dalam hati.

"you are welcome, baby.." lembut tutur kata Danial Akmal.

Gulp! Pahit pula air liur yang ditelannya saat ini. Baby????????

"abang, I wanna ask you a question.."

Natalia Adawiyah dan Farid terus memasang telinga.

"yes, you may.. teruskanlah."

"perempuan idaman abang macam mana. I mean ciri - cirinya."

Danial Akmal senyum sebelum membuka mulut.

"of course dia seorang yang pandai, pandai dalam pelajaran, pandai masak, pandai bersukan, cantik, ramping, tinggi, macam model..."

what??!! itu yang Danial Akmal cari??

"Saya tak sangka Danny minat orang yang macam tu." Farid berbisik ke arah Natalia Adawiyah.

"saya pun.." Natalia Adawiyah mengecilkan diri.

Natalia Adawiyah mengeluarkan not RM 5, di letakkan atas meja dan terus keluar dari cafe itu. Farid cuba mengejar Natalia Adawiyah.

Semua ciri - ciri yang Danny nak tak ada pada aku. Bijak? SPM hari tu pun aku dah syukur sangat - sangat. Masak? Telur goreng pun kadang- kadang tak lepas. Cantik? aku ni hmm letak sebelah beruang pun orang buta pun boleh pilih beruang bukannya aku. Model? Kalau aku jadi model memang semua bash aku. Mau aku kena baling dengan tin aje. Semua tak perfect! Aku tak cukup baik untuk Danny. Arrrgggghhhh!!!

Natalia Adawaiyah keluar dari pusat beli belah itu dengan seribu kekusutan di kepalanya.

"Lia!!!" Farid cuba memanggilnya tetapi tidak diendahkannya.

Natalia Adawiyah terlalu sibuk memikirkan semua itu sehingga tak perasan apa yang terjadi. Segalanya yang berlaku disekitarnya langsung dia tak sedar termasuklah sebuah motorsikal yang hampir melanggarnya. Nasib baik ada seseorang yang berjaya menarik Natalia Adawiyah ke dalam pelukannya. Kalau tak, ada kemungkinan esok siapa yang nak jumpa Natalia Adawiyah, jumpa di hospital..

"Danny..." Natalia Adawiyah membulatkan matanya setelah sedar yang dia sekarang di dalam pelukan Danial Akmal.

"awak ni gila ke? Farid terjerit jerit panggil tapi awak buat bodoh aje? Kalau ikut kan saya nak aje buat - buat tak nampak.." Amarah Danial Akmal sebaik saja melepaskan pelukannya itu.

"awakk.....??" air mata Natalia Adawiyah membasahi pipi.

"Lia.. awak okey?"soal Farid yang baru saja tiba berdekatan Natalia Adawiyah.

"Farid, aku pergi dulu. Aku cuma nak pesan, gambar aku tu tak payah nak sebarkan." Terus saja Danial Akmal berlalu pergi.

Gulp! Danial Akmal sedar rupanya yang mereka dari tadi mengekori Danial Akmal. Kantoi sudah!!!



Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now