BAB 15

5.6K 257 1
                                    

Malam ini Hannah dan Natalia Adawiyah bermalam di rumah Sofia. bilik Sofia sangatlah cantik. Kematangan Sofia terserlah dengan susun atur perabot dibiliknya. Biliknya luas dilengkapi dengan set meja belajar, set computer dan televisyen. Tidak hairanlah Sofia sanggup menghabiskan masanya hanya didalam bilik.

"Sof, ada cerita best tak?" Hannah menekan alat kawalan jauh. Segala rancangan di televisyen langsung tidak menarik perhatiaannya.

"cucuk aje pendrive ke tv. Hari tu I ada download the library wars 2." Sofia membuka salah satu pintu yang berada di dalam biliknya.

Pintu itu rupanya pintu ke bilik pakaian Sofia. ruang itu agak besar. Pelbagai jenis pakaian tergantung. Kasut juga di susun rapi. Hampir 40 jenis kasut yang dimiliki oleh Sofia dan semuanya merupakan kasut berjenama. Di tengah ruangan bilik itu ada satu meja seperti meja pameran emas, di situ tersusun segala jenis Ray Ban dan aksesori yang lain.

"ni aku suka! Ada Sota fukushi!! Eh, mana pendrivenya?" Hannah tercari – cari pendrive yang dimaksudkan Sofia.

"ada atas meja belajar tu." Sofia berkata dari dalam bilik pakaiannya.

"here we are Sota Fukushi." Hannah riang mendapatkan pendrive itu.

"eleh, Yuki Furukawa lagi comellah! Sota tu dahlah mukanya cekung." Natalia Adawiyah mengempiskan mukannya.

"Yuki? Aduh. Dia tu baby face!" Hannah cuba untuk tidak kalah.

"mana ada. Dia handsome okey. Lainlah Yuki Yamada tu, lagilah baby face." Natalia Adawiyah mengutuk pula pelakon kegemaran Sofia.

Sofia membaling bantal ke arah Natalia Adawiyah. Geram rasanya apabila pelakon yang dia suka dikutuk.

"amboi! Sedapnya you kutuk boyfriend I!" Sofia melabuhkan punggung disebelah Natalia Adawiyah yang sedang berbaring di atas katil.

"I t's a fact! Cubalah kau tengok gambar Yuki Yamada upload kat pesbuk. Semua baby face. Harap je macho ketika jadi watak Kinnosuke, tapi realiti bila ambil gambar rupa macam perempuan." Hannah cuba membela Natalia Adawiyah.

"eiii.. jahat tau you all. Tengoklah I akan ke Jepun, I jumpa Yuki Yamada. I akan ngadu kat dia." Sofia sudah muncung sedepa.

"ngadulah. Ada aku kisah?" Hannah cuba mengejek Sofia. kakinya terus melangkah ke arah katil.

Sofia mengambil bantal untuk di baling ke arah Hannah. Natalia Adawiyah merampas bantal Sofia.

"korang ni. Dahlah. Tak payah nak gaduh. Jom kita tengok filem tu." Natalia Adawiyah cuba menamatkan pergaduhan mereka.

"hey, Nat. Apa yang you rasa dengan Rayyan?"

"rasa? Rasa apa?" Natalia Adawiyah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"aduh. Kalau aku cakap kau bengap kau marah. Kau suka Rayyan tak?" Hannah menolak sedikit kepala Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah menggosok bahagian kepalanya yang disentuh Hannah tadi.

"suka? Kenapa pula mesti suka?"

"Ya Allah. Ampunkanlah dosa hambamu. Aku tidak tahu apa salahku sampai aku dikurniakan kawan seperti ini, yang lembab teramat."

"kan semalam Rayyan hampir gaduh dengan Danny sebab you."

"kenapa dia gaduh sebab aku?"

"mak!! Tolong Hannah mak. Tak sanggup dapat kawan yang slow macam ni." Rambutnya digeangam. Rasa ingin saja dia cabut rambutnya.

"Rayyan suka youlah." Sofia menghempas bantal ke Natalia Adawiyah.

"suka?"

"yelah, cik Natalia Adawiyah oi. Aduhai. Sofia, asallah dia ni slow sangat?"

"tak, aku macam pelik aje bila korang kata Rayyan suka aku. Danny pun pernah cakap yang Rayyan suka aku. Aku ingat Danny bergurau sebab aku tengok biasa aje Rayyan tu."

"cik adik oi, kalau dah cakap akan rampas kau daripada Danny pun kira gurau lagi ke?"

"entah you ni. Semalam Danny dan Rayyan rebut you, takkan you tak rasa apa – apa?"

Entah kenapa kata – kata Sofia sebentar tadi mengeletek hatinya. Terbahak – bahak dia gelak.

"woi, Nat. kau dah kenapa?" Hannah mula naik meremang.

Mana taknya tiba – tiba aje gelak sendiri. Mujur tak mengilai.

"Danny nak rebut aku? Woi. Ini lawak. Aku kasi 5 bintang!"

"nat, kitaorang seriuslah. You tengok muka I ni ada main – main ke?" tangan Sofia di tunjuk ke arah mukanya.

Sekali lagi Natalia Adawiyah tergelak.

"dahlah tu gelaknya. Aku tampar kau nak?" tangan Hannah di angkat tanda amaran.

"okey, aku berhenti." Gelak Natalia Adawiyah masih bersisa.

Natalia Adawiyah mengelap air matanya. Lucu sangat baginya.

"tapikan, Rayyan suka aku? Kenapa Rayyan suka aku? Aku ingat dia suka kau, Sofia."

"i? kenapa pula i?"

"yelah, kau kan selalu dengan Rayyan. Aku betul – betul ingat Rayyan suka kau."

"kami memanglah rapat. Tapi hakikatnya dia suka you."

"susah aku nak hadam semua ni." Natalia Adawiyah memicit kepalanya.

"dahlah. Diam semua. Jom tengok movie ni. Tak feel aku dengar korang bising daripada tadi." Hannah mencelah.

Masing – masing fokus ke arah televisyen di hadapannya. Fikiran Natalia Adawiyah masih ligat memikirkan semua ini.

Rayyan suka aku?


Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now