BAB 4

7.7K 400 4
                                    

Sofia menyanyi sambil mencari buku rujukan di rak buku miliknya. Lagu yang berjudul My Sunshine yang dinyanyikan oleh sebuah band muzik dari Negara matahari terbit, Rock A Trench membuat badan Sofia ligat menari.

Sedang asyik menari, tiba – tiba lagu My Sunshine bertukar kepada lagu Kiss Kiss Kiss nyanyian Cyntia. Lagu Kiss Kiss Kiss dari telefon bimbit Sofia menandakan ada panggilan yang masuk. Sofia segera mencapai telefon bimbitnya di atas katilnya.

Nombor yang tidak dikenali.

"Hello, siapa ni.?"

"Hello, sofia. Ini I, Rayyan."

"Oh, Rayyan. Kenapa you call I?"

"I nak ajak you keluar. Ada benda I nak bagi tahu. You free tak?"

"i? I okey aje. You nak ajak I ke mana?"

"nanti I jemput you. You hantar alamat rumah you."

"okey." Panggilan di matikan.

Melompat keriangan Sofia. Dia sebenarnya memang meminati Rayyan tapi minatnya terhadap Rayyan hanya kerana kegamuman terhadap jejaka itu. Tidak lebih daripada itu.

*******

Sebuah kereta Honda Civic mebelah lebuh raya. Kereta itu dipandu dengan cermat. Kereta itu memasuki kawasan perumahan. Ia memasuki jalan – jalan kecil di situ dan berhenti di hadapan sebuah rumah teres 3 tingkat bernombor 42.

Rayyan keluar dari tempat duduk penumpang. Dia terus menekan lonceng rumah itu. Sofia keluar dari rumah itu untuk mendapatkan Rayyan. Ringkas pemakaian Sofia, blouse merah dan berskirt labuh berwarna putih. Selendang berwarna putih di lilit kemas di mukanya. Sofia menggayakan selendangnya gaya Hana Tajima.

"Hai, Rayyan. Susah tak nak cari rumah I ?" sofia membuka pintu pagar rumahnya.

"mana ada susah. You bukan tinggal di pendalaman pun." Rayyan cuba berjenaka.

Sofia ketawa kecil.

"silakan." Rayyan membuka pintu untuk Sofia.

Fuh! Gentleman sungguh!

"terima kasih." Sofia terus masuk ke dalam perut kereta.

Pintu untuk Rayyan masuk telah di buka oleh pemandu peribadi Rayyan.

"Joe, jalan." Perintah Rayyan.

"baik, tuan." Lelaki yang bernama Joe menurut perintah Rayyan.

Rayyan memang dilahirkan di dalam kalangan keluarga berada. Segala keperluannya sentiasa dipenuhi. Memandangkan Rayyan merupakan anak tunggal Dato' Hamid, pemilik syarikat minuman yang terkenal di Malaysia jadi tidak hairanlah Rayyan dapat kasih sayang penuh daripada kedua orang tuanya.


Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now