Bab 33

4.7K 206 10
                                    

Danial Akmal mengikat tali leher berwarna merah dilehernya. Padan dengan baju kemejanya berwarna hitam dan seluar slack hitamnya. Rambutnya dirapikan. Siap! Tampan dan bergaya anak encik Rahman.

Danial Akmal mengambil beg sandangnya berwarna hitam. Man in blacks! Mujur tali lehernya berwarna merah. Ada warna yang menyerlah. Kaki Danial Akmal satu per satu menuruni anak tangga.

"Good morning, my dear." Tegur Datin Rozana yang anggun berbaju blouse biru. Tudungnya juga terletak elok di kepalanya. Pagi ni dia ada mesyuarat datin - datin berkenaan penubuhan yayasan anak - anak yatim yang akan ditubuhkan.

"Morning.." Sambut Danial Akmal.

"Selamat pagi, dunia!!" Teriak Diana yang berada ditangga. Tangannya di depakan.

"Awal bangun, Dee." Tegur Dato' Ahmad yang tiada niat untuk memerli gadis itu. Memang sudah menjadi kebiasaan gadis itu bangun lewat.

Diana hanya menayangkan giginya. Haish nasib baik dah gosok, molek sikit ditayangnya. Diana mengambil tempat di sebelah Danial Akmal.

"Danny nak kak Dee hantar ke?" Ajak Diana.

"No, thanks. Danny drive sendiri." Tolak Danial Akmal. Tangannya terus menyuap mee goreng ke mulutnya. Air tangan mamanya memang the best!

"Good luck, Danny." Ucap Datin Rozana.

"Do your best." Giliran Dato Ahmad mengucap sebelum kopi o nya dihirup perlahan lahan.

"Insya - Allah." Ringkas jawapan Danial Akmal.

"Oh ye, Danny jangan lupa ambil Lia." Datin Rozana mengingatkan Danial Akmal.

Danial Akmal hanya mengangguk. Lain pula dengan riaksi Diana. Dia terkejut.

"Ambil Lia? Why??" Soal Diana yang separuh menjerit.

"Lia kan ambil form six juga. Kebetulan kalau Danny dari sini nak ke sekolah kan lalu laluan rumah Lia. Tu alang -alang ambil Lia sekali." jelas Datin Rozana.

Sekolah yang Natalia Adawiyah dan Danial Akmal pergi berlainan dengan sekolah sebelum ini. Sekolah mereka sebelum ini tiada form six. Jarak dari rumah Natalia Adawiyah ke sekolah baru mereka lebih kurang 5 km.

"Ooo.. bolehlah dating dengan Lia setiap hari." Usik Diana.

Danial Akmal hanya membiarkan saja usikan kakaknya.

******

Natalia Adawiyah menyarung kasut kulitnya. Sesekali rambutnya melepas paras bahu terjatuh ke depan, dia kebelakangkan semula rambutnya.

"Dah siap, dah sayang?" Tegur Puan Nazatul.

"Dah, ma." Natalia Adawiyah meleparkan senyuman manisnya.

Pon pon! Hon kereta Danial Akmal kedengaran.

"Haa tu Danny dah sampai. Nah cepat." Arah Puan Nazatul.

" okey, Lia perli dulu. Love you." Sempat dia mengucup pipi mamanya.
"Hati - hati! Nanti balik makan tau!" Puan Nazatul teriak ke arah anak gadisnya yang sudah berlari menuju kereta Proton milik Danial Akmal.

" okeyyy!" Natalia Adawiyah melambai ke arah mamanya sebelum masuk ke kereta.

Wuuu!! Sedondon kau! Bisik hatinya. Kebetulan pagi ni dia mengenakan baju kurung berwarna hitam dan cekak rambut berwarna merah.

Gear nya menuju ke R sebelum ditukarkan ke D. Sempat juga Natalia Adawiyah mendengar Danial Akmal mengucap basmallah sebelum memulakan perjalanan dengan perlahan. Fuuhh! Sejuk hati ni mendengarnya.

Danial Akmal sebenarnya sedar yang pakaian mereka sedodon hari ini, tetapi di diamkan saja. Dah macam raya pula nak sedondon bagai. Getus hatinya.

Suara radio menemani perjalan mereka. Suara Johan yang berceloteh di radio diikuti suara Ray dan Hanif.

"Awak akan ambil kelas apa?" Natalia Adawiyah memulakan perbualan.

"Sains." Ringkas jawapan Danial Akmal. Malas dia mahu berbual lebih panjang. Buang masa.

Natalia Adawiyah sudah mengagak jawapannya akan seringkas itu. Tapi okeylah dia jawab. Daripada dia biarkan kau cakap seorang diri tak guna juga.

"Dekat sekolah, jangan nak menggedik nak rapat. Saya rimas." Arah Danial Akmal.

"Baik, boss!" Tangannya terus diletakkab ke dahi. Apa kau ingat aku hairan sangat. Tak apa, kita masih boleh bersama tiap pagi, memandangkan kau yang akan ambil dan hantar aku setiap hari. Natalia Adawiyah tersenyum sendiri.

"Dah jangan nak senyum bagai. Dah sampai." Kata Danial Akmal. Keretanya diparkir di bawah pokok yang rendang. Mujur dapat port yang cantik.

Beberapa langkah dari kereta itu, kelihatan Rayyan dan Hannah sedang berbual rancak di wakaf sekolah. Hannah tampil ayu mengenakan baju kurung berwarna biru laut.

" eh, tu kereta Danny." Tegur Hannah. Dia sudah mengcam kereta Danial Akmal.

Rayyan juga melihat ke arah kereta yang dimaksudkan Hannah. Hatinya membara melihat Natalia Adawiyah keluar daripada kereta itu.

Sedodon pulak mereka!! Sakit pula hati mak ni. Eh, sakit pulak hati aku ni. Kenapa Lia tak pakai warna hijau sama dengan aku? Tangan Rayyan melonggarkan tali lehernya.

Sabar Rayyan, first day ni. Jangan buat hal. Nanti orang cop kau ni kaki pukul pula.

Natalia Adawiyah menarik tangan Danial Akmal ke arah mereka sebaik saja menyedari kehadiran mereka. Danial Akmal pada mulanya mahu terus masuk ke dewan tetapi terpaksa akur dengan ajakkan Natalia Adawiyah. Dia menyedari ada mata - mata yang memerhatikan mereka. Yelah mereka sekereta , sedondon pula tu!!

"Wahh sedodon gitu." Tegur Hannah yang tiada niat untuk menyakitkan hati Rayyan disebelahnya.

Natalia Adawoyah hanya tersenyum. Dia menganggap itu sebagai pujian.

" eh, korang dah daftar ke?" Soal Natalia Adawiyah.

"Dah. Kau pergilah masuk, daftar dulu." Arah Hannah.

"You nak I temankan ke?" Pelawa Rayyan.

"Berteman bagai. Macam jauh sangat je." Selambe Danial Akmal berbicara.

Hannah sempat memegang lengan Rayyan sebagai amaran. First day kot!

"Eh, jomlah Danny kita pergi mendaftar." Terus dia menarik tangan Danial Akmal. Nasib baik Danial Akmal memakai lengan panjang. Kalau tak, batal air wudhu!

Rayyan mahu menyusul tetapi dihalang oleh Hannah. Hannah tidak mahu Rayyan melakukan perkara bodoh. Rayyan tu bukan boleh percaya sangat. Dia punya baran tu kalau tak dikawal, susah!

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now