BAB 25

5.1K 274 6
                                    

Natalia Adawiyah keluar daripada surau. Baru sahaja dia menunaikan solat asar sebentar tadi. Kelihatan Danial Akmal sudah pun menuggunya.

Mereka berjalan beriringan. Bahagia sungguh Natalia Adawiyah hari ini. Hari ini dia dapat meluangkan masa bersama encik crush dia. Macam mimpi!

Danial Akmal dan Natalia Adawiyah duduk di tembok yang bertentangan dengan laut.

"saya sebenarnya tidak kisah kena hantar ambil awak ulang kali. Saya pun tak kisah kalau kena ajar awak.." tiba - tiba ayat itu keluar dari mulut Danial Akmal.

Natalia Adawiyah sangat terkejut. Adakah mimpi?

"huh?" Dia bagai tak percaya apa yang dikatakan oleh encik crush. Encik crush ni dah suka Cik Stalker ni ke?

"saya cuma tak suka diaturkan. Saya penat. Dari kecil, semua orang disekeliling saya nak aturkan hidup saya. Saya cuma dapat kebebasan memilih jika dengan ibu saudara saya dan nenek. Mereka berdua tak pernah aturkan hidup saya. Sebab itu lepas mama dan papa saya bercerai, saya ambil keputusan untuk tinggal dengan ibu saudara dan nenek.

Hidup saya bukan saja diatur. Masa hadapan saya turut diatur. Daddy dan papa merebut saya. Daddy tiada anak, dan saya merupakan anak lelaki pertama dalam keluarga. Daddy dan papa berebut nak saya waris syarikat mereka.." keluhan kecil Danial Akmal kedengaran.

"kalau saya pun bingung." Natalia Adawiyah cuba menyelami hati Danial Akmal yang tiba - tiba adakan sesi 'curhat'.

"sepanjang saya tinggal di kampung, saya sangat bahagia. Nenek, ibu saudara, sepupu bagi kasih sayang dengan banyak. Tapi setelah nenek meninggal, saya terpaksa duduk dengan mama. Saya kembali bersifat dingin. Saya rasa tertekan. Lebih tertekan ketika saya kehilangan Aina pada waktu yang sama."

"Aina? ke mana dia?"

"Dia meninggal dunia. Dia terlibat dalam kemalangan. Saya menyesal sebab tak jumpa dia waktu itu. Sangat menyesal. Saya sepatutnya pulang ke kampung seminggu sebelum dia meninggal dunia. Tetapi saya sibuk dengan sekolah baharu. Banyak yang saya perlu buat waktu itu." Hati Danial Akmal sangat sebak.

"sabar ye.."

"saya memang nak dia jadi pasangan hidup saya. Saya nak kahwin dengan dia selepas saja kami dapat ijazah masing - masing. Kami juga pernah berhasrat untuk dapatkan PHD bersama - sama. Tapi apakah daya. Dia pergi dahulu.." redup mata Danial Akmal.

"saya kadang - kadang cemburu dengan awak. Awak ada kebahagian. Awak sentiasa tersenyum." tak sangka pengakuan Danial Akmal!

"awak.. awak nampak saja saya tersenyum riang satiap masa. Hakikatnya. Saya kesunyian. Abah saya meninggal sewaktu saya kecil, begitu juga dengan kakak saya. Satu malam saja, gelak tawa kami diragut sebab terlibat dalam kemalangan. Waktu tu semua dalam kegembiraan. Kami baru pulang dari bercuti di Cameron Highland. Entah macam mana ada pemandu dari arah bertentangan telah merepuh kami. Kakak saya waktu itu duduk di tempat penumpang hadapan.

Mereka berdua dilaporkan cedera yang agak serius. Kakak meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala Abah meninggal waktu dalam perjalanan ke hospital. Saya pula koma seminggu. Bayangkan jelah bila bangun, dua orang yang paling kita sayang dah tak ada.

Bukan setakat itu, kami betul - betul dalam kesusahan selepas ayah meinggal. Mama pada awalnya suri rumah tangga, terpaksa mencari kerja demi menyara saya. Kami tak ada sesiapa. Mama dah tak ada keluarga, nak balik kampung abah pula jauh. Mama terpaksa berkorban macam macam.

Kami pernah tinggal di flat sebab kereta dan rumah mama tak mampu bayar. Awak patut bersyukur ada adik beradik yang ramai, ada mama papa, daddy. Awak masih ada saudara mara yang lain. Saya setiap tahun duduk di rumah je kalau raya. Nak balik kampung mana." Natalia Adawiyah mengalirkan air mata.

Tidak pula Danial Akmal menyangka kehidupan gadis ini lebih memeritkan.

"dah jangan nak nangis." Intonasi suara Danial Akmal mendatar. Dia akui, dia bukan seorang yang pandai memujuk.

"sudahlah. dah lama berlalu pun.." Keluhan Natalia Adawiyah kedengaran.

"awak.. kalau tak keberatan malam ni boleh tak kita tinggal di rumah ibu saudara saya. Yelah alang - alang kita dekat dengan rumah dia ni.."

"oh.. ini kampung awak lah ye?"

"eh, taklah. Kampung saya di Sijangkang. Dalam 30 minitlah dari sini. Boleh tak?"

"boleh. Nanti saya bagi tahu mama saya."

*******

Danial Akmal memasuki jalan bunga raya. Keretanya itu memasuki ke satu perkarangan sebuah rumah banglo.

"Assalamualaikum.." Danial Akmal memanggil oran di dalam rumah itu.

"waalaikumsalam.. sekejap!" terdengar suara dari rumah itu.

Pintu rumah itu dibuka oleh tuan rumah itu.

"Ibu!!!" Danial Akmal berteriak sebaik saja pintu dibuka.

"Ya Allah! Akmal!" terus saja wanita yang digelar ibu memeluk Danial Akmal.

"kenapa tak cakap nak datang?"

"suprise dekat ibu. haa.. ni Natalia, kawan Mal." Danial Akmal memperkenalkan Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah terus menyalami wanita itu.

"apa khabar, aunty." lembut tutur bicaranya.

"apa pula aunty. Panggil aje ibu. Mal, cantik orangnya ni. Pandai Mal pilih." puji ibu.

"bu, ni kawan Mal lah."

"yelah 'kawan'. Dah jom masuk dalam rumah. Nak maghrib dah ni." pelawa ibu.

"yang lain mana, bu?" soal Danial Akmal.

"Raisha kerja. Raiqal pula dekat asrama. Ibu berdua je dari siang tadi dengan Raqeem. Nanti malam Raisha balik lah. Raqeem!! tengok ni siapa datang." teriak ibu. Ibu segera berlalu ke dapur.

seorang kanak - kanak dalam lingkungan 10 tahun menjenguk ke ruang tamu.

"Abang Mal!"terus Raqeem meluru ke arah Danial Akmal.

Mereka berpelukkan.

"abang Mal. Ni siapa? Pengganti Kak Aina ke?"

Sekali lagi nama Aina naik. Nampaknya keluarga ini mengenali Aina. Sungguh istimewa Aina ni.

Danial Akmal pula cuba bertindak tenang tatkali nama Aina kedengaran. Hatinya saat ini, Allah saja yang tahu.

"Ini kawan abang. Natalia."

"hai!" Natalia Adawiyah cuba mendekati kanak - kanak ini.

"hai!!" nampaknya Raqeem menyambut baik.

"awak ke dapur tolong ibu masak." Danial Akmal mengarah Natalia Adawiyah.

"hmm okey." terus kaki Natalia Adawiyah ke dapur.

Danial Akmal yang dia lihat hari ini bukanlah seperti Danial Akmal yang dia kenal sebelum ini. Danial Akmal bin Rahman yang dia kenal sebelum ini selalu bersifat dingin dengan rakan dan keluarga. Tetapi hari ini dia lihat Danial Akmal yang bersifat dingin itu menjadi seorang yang lembut, penyayang dan peramah. 360 darjah bezanya. Mesti keluarga ini sangat istimewa padanya.


p/s: hai reader!! ok ni first time saya tulis note utk karya ni kpd reader. thank you so much sbb selalu bagi kata - kata semangat. Thank you! I'll do my best. Kadang kala saya tak update bukan sebab apa. Tapi sebab saya agak sibuk, dan kadang kala idea tu tak sampai. Terima kasih sekali lagi utk semua yg setia membaca. oh ye kalau ada grammar error ke. ada idea ke utk karya ni, bagi thu je saya dekat komen bawah tu ye. mina san, domo arigatou gozaimasu!



Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now