part 36

451 22 0
                                    

"Siapakah lelaki yang kau hubungi sebelum kamu diserbu polis?"

"Itu mesti rakan subahat kau kan." Soal Erynna tanpa rasa gentar pun.

Pada awalnya lelaki yang bernama Justin itu tidak berniat untuk membongkarkan identiti rakan subahatnya. Tetapi apabila inspektor Randhit mengumpan lelaki itu dengan meringankan hukumannya, lelaki bernama Justin itu terus membongkarkan identiti rakan subahatnya dengan serta merta.

Erynna terkejut apabila mendengar nama yang disebut oleh Justin. Ketiga-tiga jejaka itu berurusan dengan pihak polis berkaitan dalang utama kes itu.

Tidak lama kemudian, iphone milik Erynna berbunyi menandakan mesej masuk. Rupa-rupanya Devian yang menyapanya melalui instagram.

"Hai!" -Devian

"Hai juga." -Erynna

"Sebenarnya saya baru balik dari outstation di pulau Jeju, korea." -Devian

"Saya tertarik dengan satu barang ni jadi saya belikan khas untuk awak. Hmm boleh tak kita berjumpa?" -Devian

"Wah! Tak sangka saya diingat juga." -Erynna

"Baiklah. Jumpa kat mana?" -Erynna

"Kejap, saya hantarkan awak lokasinya."-Devian

Erynna terus bersiap sedia untuk berjumpa dengan Devian setelah lokasi itu dihantar oleh Devian. Erynna pergi ke lokasi yang dijanjikan dengan menaiki grab car kerana Andrian, Andreas dan Andy sibuk dengan urusan di balai polis itu. Sebenarnya Erynna pergi ke temu janji itu tanpa mereka sedar atau boleh dikatakan Erynna curi-curi melarikan diri.

Setibanya di tempat lokasi, Erynna menarik nafasnya sedalam-dalam yang mungkin sebelum keluar dari kereta itu selepas membayar kos grab car itu. Erynna sempat menekan sesuatu pada skrin iphone miliknya itu.

Kelihatan Devian sedang duduk di salah satu meja yang terletak di suatu sudut terpencil dalam cafe itu.

"Hai." Sapa Erynna mengejutkan Devian dari lamunannya lalu duduk di kerusi yang bertentangan dengan Devian

Devian tersenyum malu apabila bertentangan mata dengan Erynna. Erynna rasa kurang selesa dalam keadaan berdua-duaan dengan lelaki itu mungkin sebab ini kali pertama Erynna keluar tanpa Andrian, Andreas dan Andy. Hal ini juga menyebabkan Erynna langsung tidak mempunyai kawan.

"Wah loket! " Erynna terpegun dengan seni ukiran loket yang dihulurkan oleh Devian kepadanya.

"Sebenarnya saya ada benda yang nak bagitahu awak tapi rasanya tempat ni tak sesuai untuk saya bercerita."

"Jom ke ruang balkoni bangunan ni di tingkat teratas ini." Cadang Devian.

Erynna turutkan sahaja cadangan itu lalu membuntuti langkah Devian ke tingkat teratas bangunan yang mempunyai tiga tingkat itu.

Mereka berdua kini sedang berdiri berhampiran dinding penghalang paras pinggang mereka memandang ke arah pemandangan bangunan-bangunan rendah di hadapan mereka.

Mereka sempat menikmati pemandangan dari kawasan tinggi sebelum Devian mula bercerita.

Kini Andy baru sedar bahawa Erynna tidak lagi berada di balai polis itu selepas mereka selesai dengan urusan mereka. Andrian dan Andreas juga terkejut apabila Andy memaklumkan kepada mereka bahawa Erynna tidak ada di sana. Andreas segera menghubungi orang yang masih berada di rumah banglo mereka untuk bertanya sama ada Erynna sudah pulang atau tidak tetapi jawapan yang diterimanya membuatkan Andreas berasa risau. Andrian pula masih lagi dalam usaha menghubungi nombor telefon Erynna. Usaha itu menjadi sia-sia kerana Erynna telah mematikan suara telefonnya. Andy sedang menyemak telefonnya dan tiba-tiba Andy teriak memanggil abang-abangnya.

"Apa yang awak nak beritahu tadi?" Soalan Erynna menyedarkan Devian akan tujuan asalnya membawa Erynna ke tingkat teratas itu. Devian menatap wajah Erynna buat seketika waktu lalu mula bercerita...

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now