part 15

631 26 0
                                    

***
Seorang pembantu rumah sedang menyanyi riang sambil memasak menghiburkan seorang kanak-kanak perempuan.
"Ha ha ha ha ha " ketawa yang riang memenuhi ruang dapur itu.

Tidak lama kemudian imej itu bertukar kepada imej mayat pembantu rumah itu yang terlantar di atas lantai mozek dengan darah merah pekat yang tidak berhenti mengalir dari badannya.

Kini sepasang suami isteri yang sedang tersenyum bahagia bertukar kepada imej pasangan itu menangis ketakutan.

"Erynna..." Suara yang lembut memanggilnya.

Tiba-tiba suara yang lembut itu diganti dengan suara yang garau dan ganas."ERYNNA!!!"

***

Suara yang ganas itu mengejutkan Erynna dari tidurnya. Emosi Erynna terganggu apabila melihat bilik yang begitu asing baginya lalu teriak ketakutan. Erynna terduduk di atas katil itu sambil memeluk kakinya.

Andrian , Andreas dan Andy yang nyenyak tidur di sofa dan tilam lipat mudah alih itu terkejut dengan teriakan Erynna lalu bangun berlari ke arah Erynna.

Erynna yang merasa tangannya seperti disentuh seseorang lalu menepis tangan itu dan teriak, "siapa kau?! Jangan sentuh aku!!!"

Ketiga-tiga jejaka itu terkejut dengan situasi itu.

"Eryn!! Bawa bertenang! Ini kami Andreas, Andrian dan Andy."

"Eryn sekarang dalam bilik Andrian." Jelas Andreas lagi.

Erynna kini sedar akan situasi yang sebenarnya lalu menangis teresak-esak sambil mengadu, "Eryn nampak mayat!! Lantai penuh dengan darah!! Mummy dengan ayah Eryn tengah menangis ketakutan!! Ada orang tengah cari Eryn!!" 

Ketiga-tiga jejaka itu terkejut apabila mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh Erynna. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain sepertinya mereka tahu akan sesuatu.

Akhirnya Andrian bersuara, " Itu hanya mimpi... bawa bertenang Eryn." Kata Andrian sambil mengusap belakang Erynna untuk tenangkannya.

Andreas dan Andy hanya mendiamkan diri ketika itu dan membiarkan Andrian yang menguruskannya.

Erynna kembali bertenang dan perlahan-lahan terlelap semula selepas Andrian meyakinkannya itu hanya mimpi semata-mata dan berjanji akan melindunginya.

Andrian memberi isyarat kepada Andreas dan Andy untuk keluar sebentar selepas Erynna telah terlena.

"Nampaknya memori pahit itu cuba untuk kembali melalui mimpi Eryn." Ujar Andreas.

"Andy risaulah kalau Eryn kembali kepada situasi seperti dulu." Ungkap Andy mengenangkan sikap Erynna yang dahulu apabila mengetahui kisah yang sebenar.

"Hmm esok pagi hubungi Dr. Ryan untuk ke sini. Besok pagi baru kita bincang dengan lebih lanjut. Yang penting buat masa ini kita perlu lindung emosi Erynna terlebih dahulu agar dia tidak fikir bukan-bukan." Kata Andrian memberi kata putus kepada perbincangan mereka itu.

Andreas dan Andy akhirnya terlelap semula manakala Andrian masih terjaga di meja kerjanya yang terletak di satu sudut bilik itu. Andrian kini sedang berhadapan dengan komputer riba miliknya sambil melayari laman sesawang untuk mencari maklumat dan jawapan kepada persoalan-persoalan yang kini sedang bermain di gawang mindanya.

"Adakah memori asal dapat kembali semula walaupun memorinya telah diubah?"



WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now