part 22

541 22 0
                                    

Rumah terbiar itu dikelilingi dengan pokok-pokok yang besar dan tinggi.

"Mummy..."

"Ayah..."

"Maafkan Eryn..."

Erynna berjalan tanpa mengetahui arah tujunya. Kepalanya serabut memikirkan hal yang telah berlaku 4 tahun yang lalu disebabkan oleh tindakannya yang pentingkan diri itu.

"Kau pembunuh... Erynna! Kau pembunuh!" Suara itu tidak henti diputar dalam otaknya. Rasa bersalah, menyesal, sedih ,malu saling berganti menyebabkan Erynna hampir gila.

"Diam!! Diam!!" Teriak Erynna cuba untuk hentikan suara- suara itu.

Erynna terduduk di bawah satu pohon yang besar. Erynna memeluk kakinya sendiri dan menangis sekuat-kuat hatinya.

Memori pahit itu kembali menghantui Erynna. Erynna rasa begitu tertekan sekali.

"Aku bukan pembunuh! Aku.. bukan.. pembunuh.." kata Erynna lagi sambil menangis teresak-esak.

"Eryn rindukan mummy dan ayah..."

"Maafkan Eryn..."

***
Andrian , Andreas dan Andy kini berada dalam syarikat mereka walaupun masih lagi subuh kerana mereka tidak sanggup untuk menunggu sehingga keesokan paginya. Segelintir pekerja terpaksa ke syarikat pada waktu subuh itu dan Andrian menjanjikan bonus kepada mereka untuk gaji bulan ini. Syarikat mereka berhubungan dengan pihak polis . Hubungan ini memudahkan mereka untuk mengesan kedudukan Erynna hanya apabila Erynna muncul di salah satu CCTV. Tidak kira lah kawasan mana pun.

Sebaik sahaja Erynna muncul dalam satu CCTV, skrin itu akan terus terpapar pada skrin besar dan lokasi tempat itu akan terus dihantar kepada mereka.

Mereka terus memerhati dan menunggu dengan penuh rasa sabar. Telefon Erynna ditinggalkan dalam biliknya menyebabkan mereka sukar untuk mengesan lokasi Erynna.

"Eryn... tolong lah kuatkan semangat." Bisik Andy masih setia berharap dan berdoa agar Erynna tidak diapa-apakan.

Sedang Erynna menangis, tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya.
"Cik buat apa sorang-sorang dalam tengah hutan subuh macam ni?" Soal seorang lelaki tua dengan cangkul di tangannya beserta lampu picit di tangan sebelahnya.

"Erhh saya tak tahu saya kat mana .." Erynna mengadu.

"Pak cik abaikan sahaja saya, saya bukan orang yang baik." Kata Erynna lalu bangkit dari posisi duduknya dan berniat untuk terus berjalan meninggalkan pak cik yang tua itu.

"Kalau cik nak teruskan hidup cik, lebih baik cik ikut saya." Pesan lelaki tua itu.

"Tak! Saya tak layak untuk hidup di dunia ini." Balas Erynna.

"Jangan jadi orang yang pentingkan diri cik. Cik sanggup biarkan orang yang masih sayangkan cik terus menunggu Cik?"

Perkataan 'pentingkan diri' itu menyebabkan Erynna bertambah sebak apabila mengenangkan sikapnya itu yang menyebabkan kematian Kedua-dua ibu bapanya.

"Sudah lah tuh cik. Ikut sahaja kata pak cik." Pesan lelaki tua itu lalu mula melangkah.

Erynna hanya mendiamkan diri dan membuntuti langkah lelaki tua itu. Kakinya terasa sangat sakit kerana telah berjalan dalam keadaan berkaki ayam. Tanpa Erynna sedar, terdapat banyak kesan-kesan luka pada kakinya akibat dahan-dahan kering yang dipijaknya itu tanpa mempunyai sebarang perasaan. Erynna tidak menghiraukan rasa sakit itu kerana rasa sakit dalam hatinya itu lebih parah berbanding luka-luka itu.

Tiba-tiba kaki Erynna tersadung oleh satu akar pokok yang sangat besar dan menyebabkannya jatuh tersembam ke atas tanah. Namun sebaik sahaja Erynna kembali berdiri, kelibat lelaki tua itu telah hilang daripada pandangan Erynna. Kini di hadapan Erynna adalah lebuh raya?

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now