part 34

443 22 0
                                    

Seorang lelaki bernama Justin sedang duduk santai di salah satu meja yang terdapat dalam hotel itu sambil menunggu kedatangan seseorang yang sangat-sangat dinantikan. Lelaki yang akan dia bertemu sebentar lagi ialah Tuan Edgar yang terkenal dalam dunia perniagaan. Kerjasama yang bakal terjadi antara Tuan Edgar dan Justin akan membuka laluan kejayaan Justin dalam dunia perniagaan.

"Tak sangka pula aku boleh berhubung dengan Tuan Edgar dengan begitu senang." Khabar angin yang mengatakan Tuan Edgar ialah seseorang yang paling sukar didekati sering menjadi buah mulut orang. Justin berasa agak terkejut apabila dirinya dapat bertemu dengan Tuan Edgar tidak lama lagi. Sejujurnya Justin juga tidak pernah berjumpa dengan Tuan Edgar.

"Bos, maafkan saya bos...erh... saya.." setiausaha Justin tiba-tiba muncul di hadapan Justin dalam keadaan yang tidak kemas sepertinya dia baru sahaja selesai berlari.

"Apa? Mana fail yang aku suruh kau bawa?" Soal Justin merenung ke arah setiausahanya itu. Tetapi setiausaha yang bernama Lyn kini sedang berdiri di hadapannya dengan tangan yang kosong. Justin mula rasa hairan.

"Tadi saya kena ragut ketika dalam perjalanan ke sini menyebabkan fail yang saya bawa di tangan terjatuh ke lantai. Saya terus berlari mengejar peragut itu dan meminta seorang pak cik ni untuk bantu saya jaga fail itu....." setiausaha itu mula menjelaskan peristiwa yang telah menimpanya dengan rasa takut kerana tindakannya telah menyebabkan barang yang berharga itu hilang. Tanpa fail itu, kerjasama mereka dengan Tuan Edgar berkemungkinan akan gagal.

Justin tidak kisah tentang kisah setiausahanya itu diragut tetapi yang mengambil perhatiannya dalam cerita itu ialah fail yang ditinggalkan oleh Lyn. Rasa amarah itu mula menguasai diri Justin.

Belum sempat Lyn ingin menjelaskan keseluruhan kejadian itu, justin sudah mula angkat tangannya dan menghadiahkan satu tamparan kepada Setiausahanya itu. Keadaan dalam hotel itu tidak ramai maka tidak ada yang memberi perhatian kepada situasi itu melainkan seorang pelayan. Pelayan itu memberanikan dirinya maju ke hadapan ke arah mereka.

"Erh.. maaf tuan sebab menyampuk. Tapi apa yang telah terjadi? Ada yang boleh saya bantu?" Soal pelayan yang bernama Mike dengan prihatin sambil melihat ke arah perempuan yang menjadi mangsa kepada tamparan itu. Hanya Mike yang berani bersuara apabila melihat situasi itu. Pekerja yang lain tidak berani bersuara kerana bimbang mereka pula akan menjadi mangsa seterusnya dan kehilangan kerja mereka.

"Kau jangan sibuk! Kau tuh cuma seorang pelayan je di sini! Pergi kau berambus!" Tengking Justin geram apabila ada orang yang cuba ingin menyampuk dalam urusan mereka. Matanya kini kembali ke arah setiausahanya, Lyn. Lyn kini berada dalam ketakutan. Mike berasa simpati dengan Lyn.

"Cuba tuan bawa bertenang dan berbincang. Kenapa perlu guna kekerasan kalau kita boleh selesaikan masalah dengan cara yang lebih profesional." Nasihat Mike dengan lembut kerana tidak ingin merumitkan lagi keadaan apabila dia juga turut menengking melawan lelaki di hadapannya itu.

"Kau siapa?! Apa pangkat kau? Kau rasa kau layak ke nak nasihatkan aku?!"

"Bawa bertenang kau kata?! Masa depan aku hancur disebabkan betina ni dan kau suruh aku bertenang?!" Kali ini Justin melepaskan amarahnya ke arah pelayan yang bernama Mike itu. Pekerja hotel yang lain segera pergi menghubungi bos mereka apabila situasi itu kelihatan semakin serius.

Seorang lelaki dengan berpakaian segak tiba-tiba muncul di pintu masuk itu tanpa mereka sedar. Pekerja di situ terkejut melihat gerangan yang baru sahaja berdiri di hadapan mereka. Lelaki itu memberi isyarat kepada mereka untuk diam. Lelaki itu sengaja membuka kot di badannya lalu dihulurkan kepada pembantunya. Lelaki itu sengaja membuatkan pakaiannya tidak kelihatan seperti seorang ahli korporat sambil memegang satu fail dan bergerak ke arah Justin yang sedang bertengkar dengan pelayan bernama Mike itu. Lelaki itu sempat memberi pesanan kepada pembantunya untuk menghubungi Tuan Sebastian, pemilik hotel itu.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now