part 4

846 41 1
                                    

Lelaki itu mengabaikan soalan Erynna lalu menahan wanita-wanita yang tidak bermoral itu daripada terus berjalan.

"Ish!! Ke tepi lah!" Marah kawan kepada wanita yang berambut keriting itu.

"Dulu masa kat sekolah selalu ponteng kelas sivik ke? Tak pandai nak cakap minta maaf  ? Ke nak saya ajarkan kat sini?" Kata lelaki itu dengan nada serius dan memberikan renungan tajam ke arah kedua-dua wanita itu. Walaupun nada percakapannya serius, namun wajahnya yang polos itu tidak dapat bekerjasama dengan baik dengan mood seriusnya.

"Kau siapa nak sibuk? Tambahan pula, kenapa kami pula kena cakap minta maaf dekat perempuan murahan ni?" Bidas perempuan itu.

"Tak perlu bazirkan masa dan air liur kau nak ajar kami. Sivik kami A+ dan kami tahu apa yang kami buat."

Erynna yang geram dengar kata-kata yang ditutukan oleh wanita itu terus mengeluarkan telefonnya dan menghantar mesej kepada seseorang.

"Hmmm perlu ke kita pandang status bila nak ucap minta maaf?" Kali ini lelaki itu bertanya kepada Erynna.

Erynna pun ikutkan sahaja lah permainan lelaki itu, "Hmm cuba tanya kakak-kakak yang berlagak kata siviknya A+ masa di sekolah."

"Kau...!" Perempuan yang berambut keriting itu sudah mula panas dan melangkah maju ke hadapan ke arah Erynna. Lelaki itu terus berdiri di hadapan Erynna untuk melindunginya.

Tiba-tiba kedengaran suara dari belakang, " Ada apa tuh? Kenapa bising-bising?" Soal Andy yang baru sahaja tiba selepas mendapat mesej daripada Erynna sebentar tadi.

"Encik Andy!!! Tolong I.. perempuan ni ugut kitorang." Kawan kepada perempuan rambut berkeriting itu berlari ke arah Andy lalu mengadu kepadanya. Tangannya yang berpaut di lengan Andy ditepis kasar oleh Andy.

Andy terus bergerak menghampiri Erynna tanpa menghiraukan aduan perempuan itu.

"Eryn okay?" Andy ingin memastikan keadaan Erynna terlebih dahulu sebelum meneruskan perundingannya dengan kedua-dua wanita itu. Erynna membalas pertanyaan itu dengan senyuman.

"Both of you! Balik ke dalam dewan sekarang dan jangan kamu berani balik sebelum kamu dengar pengumuman besar nanti!" Arah Andy dengan keras. Kedua-dua wanita itu mula rasa tidak sedap hati dan takut. Namun mereka akur dengan perintah Andy lalu berjalan ke arah pintu masuk dewan. Ini kali kedua Erynna dapat menyaksikan Andy yang polos itu bertukar menjadi orang yang sebaliknya. Kali pertama apabila Erynna diganggu oleh lelaki-lelaki rempit yang inginkan nombor telefonnya.

"And you..." kini pandangan tajam Andy bertukar arah ke lelaki yang telah membantu Erynna tadi. Erynna yang baru sahaja sedar terus menyampuk, " Dia tak jahat! Dia tolong Eryn tadi." Jelas Erynna kepada Andy.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan Erynna, Andy kembali kepada sifat asalnya yang polos dan comel itu.

" Hai Devian! Thanks tolong Eryn tadi. Ini adik saya Erynna."

"Dan Eryn, ini Devian salah satu pemegang saham syarikat kita."

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now