part 35

465 22 0
                                    

"Maaf kerana menyampuk tetapi saya ingin menghulurkan fail ini kepada cik." Kata lelaki yang baru sahaja menyertai mereka sambil menghulurkan fail di tangannya itu kepada Lyn. Lyn yang melihat fail itu terus menangis rasa bersyukur kerana fail itu kini selamat berada di hadapannya. Justin menyambut fail itu dengan kasar dan tidak menghiraukan lelaki yang telah menyelamatkan keadaan itu.

"Kau...kau dipecat! Aku tak nak tengok muka jijik kau lagi!" Tengking Justin kepada setiausahanya itu. Kata-kata yang dilemparkan oleh Justin telah menggores hati Lyn sebagai seorang perempuan apabila perkataan 'jijik' ditujukan kepadanya. Lym terus berpaling untuk pergi meninggalkan tempat itu namun sempat dihalan oleh lelaki yang telah menyelamatkan keadaan itu. Mike berasa panas apabila Lyn dilayan seperti seorang binatang oleh Justin.

Belum sempat Mike ingin berlawan kata dengan Justin, lelaki misteri itu mula bersuara, " Tuan berpakaian segak seperti orang yang berpangkat tinggi dan berpendidikan tinggi..."

"Tetapi susah sangat ke nak ucapkan terima kasih?" Kata lelaki itu dengan tenang. Justin tidak membalas kata-kata itu lalu mengeluarkan beberapa keping duit daripada dompetnya lalu dihumban kepada lelaki itu. Duit itu terus berhamburan di lantai.

"Hmm ini kah cara tuan untuk berterima kasih?" Duit itu dibiarkan berhamburan di atas lantai. Baginya duit itu tidak lah seberapa kerana dia lebih daripada mampu untuk memiliki wang-wang itu.

"Apa?! Tak cukup lagi?! Dasar orang miskin mata duitan!" Justin mengeluarkan lagi beberapa keping duit dan dihumban lagi ke arah lelaki itu.

"Sudah! Ambil duit tuh dan pergi!" Justin kembali duduk di kerusinya tanpa memandang ke arah mereka.

Lyn tahu keberadaannya di situ tidak membawa apa-apa kebaikan pun lalu berniat untuk meninggalkan tempat itu. Lelaki itu menahan Lyn dari berjalan. "Cik tunggu dulu sini sebentar." Lalu lelaki itu memberi isyarat kepada pembantunya. Pembantunya segera berjalan ke arah tuannya.

"Tuan." Pembantu lelaki itu membantu menyarungkan kot yang dipegangnya itu ke badan Tuannya. Kebetulan pada masa yang sama, seorang lelaki yang dikenal Tuan Sebastian yang merupakan pemilik hotel itu berjalan dengan langkah yang besar ke arah lelaki yang sangat berpengaruh itu.

"Tuan Edgar." Sapa Tuan sebastian dengan penuh rasa hormat kepada lelaki yang berpengaruh besar dalam dunia korporat itu,Tuan Edgar.

Nama yang disebut oleh Tuan Sebastian menarik perhatian Justin ketika itu dan menyebabkan Justin terus berdiri dari kerusinya dan berdiri dengan penuh gaya menghadap ke arah suara itu. Sakit mata Justin apabila melihat muka-muka manusia yang menaikkan kemarahannya tadi namun Justin berpura-pura tidak mengenal mereka dan bertanya, "Tuan Edgar?" Dengan nada yang rendah dan ramah mesra.

Pemilik nama itu berpaling ke arah Justin dan menghadiahkan satu senyuman kepadanya.

"Kau?" Justin terkejut dengan lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Tuan Edgar." Tuan sebastian sengaja menekankan nama orang yang terhormat itu kepada Justin agar Justin dapat bertindak dengan lebih beradab.

"Minta maaf sebab saya telah membaca maklumat-maklumat dalam fail itu. Pada awalnya saya sangat tertarik dengan isi itu tetapi selepas kejadian tadi, saya berharap ini kali terakhir kita akan berjumpa." Kata Tuan Edgar dengan tenang.

Justin berasa terkejut dan cuba untuk merayu tetapi belum sempat dia ingin berbuat demikian, lelaki itu bersuara lagi "Cik sudah dipecat kan tadi? Saya berharap cik dapat bekerja di dalam syarikat kami." Pelawa tuan Edgar sambil menghulurkan kad namanya kepada Lyn.

"Tuan sebastian, saya harap awak dapat berikan pangkat yang sesuai untuk lelaki ini. Saya yakin sikapnya tadi dapat meningkatkan kualiti pengurusan hotel ini." Kata Tuan Edgar lagi kepada Tuan sebastian yang ditujukan khas kepada pelayan yang bernama Mike itu.

Disebabkan insiden ini lelaki yang bernama Justin itu mengalami bankrupt dalam dunia perniagaan kerana telah menyinggung perasaan lelaki berpengaruh seperti Tuan Edgar. Tidak ada yang sudi bekerjasama dengannya kerana ingin mengambil hati Tuam Edgar. Disebabkan itu, Justin telah menyimpan dendam terhadap Tuan Edgar yang telah menghancurkan hidupnya.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now