part 13

665 26 0
                                    

Andreas bergerak ke hadapan mendahului mereka yang lain dan membuka langsir itu seluas-luasnya. Kelihatan satu plastik hitam yang berikat dibiarkan di atas lantai ruang balkoni itu.

"Plastik tuh memang takde kat situ sebelum ni." Jelas Erynna dalam keadaan yang sangat takut.

Andrian memeluk bahu Erynna untuk tenangkan Erynna. Mereka semua bergerak ke arah ruang balkoni itu. Pintu gelangsar yang diperbuat daripada kaca itu dibuka oleh Andreas.

Erynna hanya memerhati dari belakang Andrian sahaja.

Isi dalam plastik hitam itu menyebabkan Erynna terjerit lalu membenamkan mukanya di belakang Andrian.

Seekor bangkai ayam yang ditetak lehernya dan darah merah pekat bertaburan dalam plastik hitam itu. Satu surat disertakan sekali yang bertulis Ditujukan khas kepada Erynna . Erynna sudah rasa seram dan hampir pitam nasib baik Andy ada di sebelah yang setia memegangnya.

Surat itu bertulis,
Hai Erynna...kau tak kenal aku tapi aku kenal kau sudah lama... bangkai ini aku hadiahkan kepada kau sebagai hadiah pertemuan selepas 4 tahun kita tidak berjumpa.

Kepala Erynna terasa begitu berat lalu meminta Andreas untuk buang plastik itu sejauh yang mungkin. Andrian risau apabila melihat muka Erynna yang semakin pucat lalu dibawa Erynna ke biliknya yang terletak di tingkat yang sama. Bilik Andrian adalah bilik yang paling besar dalam rumah banglo itu.

Pengawal peribadi yang dipanggil oleh Andy terus mengambil plastik hitam itu untuk dibuang lalu pintu gelangsar ditutup semula dan dikunci.  Mereka semua meninggalkan bilik Erynna.

"Esok awal pagi, hubungi inspektor Randhit untuk datang ke sini. " pesan Andrian kepada Andreas.

Andy datang semula ke bilik Andrian dengan segelas air suam di tangannya lalu diberikan kepada Erynna. Perlahan-lahan Erynna meneguk air itu.

Jam di dinding menunjukkan pukul 12 tengah malam "Malam ni Eryn tidur sini." Arah Andrian.

"Erghh... boleh tak kalau malam ni jee Eryn nak korang temankan Eryn." Pujuk Erynna.

"Hmm." Balas Andrian. Pembantu rumah terpaksa dikejutkan pada waktu itu untuk sediakan bantal dan selimut tambahan serta tilam lipat mudah alih kepada mereka bertiga.

Erynna ada juga bercadang untuk tidur di sofa panjang yang empuk itu dan biarkan mereka bertiga tidur di katil. Namun cadangan itu ditolak keras oleh ketiga-tiga jejaka itu.

Dengan adanya mereka bertiga menemani Erynna untuk tidur, akhirnya Erynna terlelap juga melayan nantuknya.

Keesokan paginya, Andreas terus menghubungi inspektor Randhit. Andrian pula pergi ke syarikat untuk mendapatkan bodyguard yang mempunyai level yang tinggi dalam organisasi . Sebenarnya syarikat yang diusahakan oleh Andrian, Andreas dan Andy menawarkan perkhidmatan keselamatan. Syarikat ini mempunyai pusat latihan yang tersendiri untuk melatih calon-calon bodyguard berkemahiran dalam seni pertahankan diri, pantas dan bijak berfikir dalam apa jua keadaan. Perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada orang-orang yang berpengaruh besar sahaja.

Andy pula ditugaskan untuk menemani Erynna di rumah sahaja. Betapa senangnya kerja Andy.



WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now