part 24

535 20 0
                                    

Kini mereka berada di dalam bilik Andrian dan seorang jururawat sedang membersihkan luka-luka pada kaki Erynna lalu menyapukan ubat ke atas bekas luka itu. Erynna masih lagi dalam keadaan tidak sedar.

"Biarkan dia berehat dulu. Mungkin dia sudah berjalan begitu lama dalam hujan yang lebat itu ditambahkan lagi dengan pakaiannya yang nipis, badannya bertambah lemah kerana kesejukan. " kata doktor yang dijemput ke rumah mereka itu.

Ketiga-tiga jejaka itu keluar dari bilik itu dan biarkan jururawat itu teruskan kerjanya di bawah pantauan seorang pengawal.

"Tidak dapat dinafikan pelaku itu bukan calang-calang orangnya kerana boleh mengupah orang yang begitu berkemahiran malah alat yang digunakan juga canggih. Nampaknya mereka telah lama memerhati pergerakan kita dan telah hafal semua pergerakan kita." Ujar Andreas dengan serius.

"Kita kena rancang strategi yang baru." Kata Andrian lagi.

Sementara menunggu Erynna sedar, mereka bertiga berbincang untuk membina satu strategi yang baru.

Perlahan-lahan kelopak mata Erynna terbuka dan matanya terus memandang ke arah persekitarannya yang sudah tidak asing baginya iaitu bilik Andrian. Erynna mengeluh apabila menyedari dia masih lagi hidup malah kini berada di dalam bilik Andrian. Sejujurnya dia malu untuk berhadapan dengan mereka bertiga yang selama ini tidak pernah berhenti mencurahkan kasih sayang kepadanya. Erynn rasa dia tidak layak untuk menerima kebaikan yang dihulurkan oleh Andrian, Andreas dan Andy. Kerana Erynna tahu tempatnya bukan lah di tempat sebaik ini. Air mata bercucuran pada pipi Erynna. Betapa hinanya dia untuk hidup di dunia ini selepas apa yang telah dilakukannya empat tahun yang lalu.

"Tuan, Erynna sudah sedar." Lapor pengawal yang diarahkan untuk memantau Erynna. Ketiga-tiga lelaki itu terus menghentikan perbincangan mereka lalu bergerak ke bilik Andrian.

Erynna dapat mendengar suara ketiga-tiga lelaki itu yang berada di luar bilik. Erynna segera memejamkan matanya semula dan berpura-pura telah tidur. "Eryn!" Teriak Andy dengan teruja namun keterujaan itu kembali pudar apabila dia melihat Erynna telah pun tidur semula.

"Tak apa lah.... Mungkin Eryn penat lah tuh. " pujuk Andreas kepada Andy.

Mereka bertiga terus meninggalkan semula bilik itu dengan perasaan hampa. Apabila Erynna yakin bahawa ketiga-tiga lelaki itu telah pergi, Erynna kembali membuka semula matanya dan segera memberi isyarat kepada pengawal itu untuk diam. Pengawal itu akur lalu  mendiamkam dirinya. Erynna masih belum bersedia untuk bertentang mata dengan jejaka-jejaka yang telah banyak berbuat baik kepadanya.

Erynna merenung ke arah siling dan memori pahit itu kembali berputar dalam mindanya. Pengawal itu tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat Erynna asyik menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara pun. Menangis dalam diam adalah yang paling menyakitkan kerana seseorang itu tidak dapat meluahkan rasa sakitnya dan membiarkan rasa sakit itu terperangkap dalam diri dan biarkan ia membunuh kita secara perlahan-lahan.

"Kenapa kamu perlu selamatkan Eryn? Sepatutnya kamu biarkan sahaja Eryn mati di sana." Keluh Erynna dengan perlahan.

"Kau pentingkan diri kau sendiri..."

"Kau lah penyebab kepada kematian kedua-dua ibu bapa kau..."

"Kau memilih untuk larikan diri daripada patah balik ke rumah itu untuk selamatkan mereka."

Suara itu sepertinya tidak akan berhenti dari terus menghantui Erynna.

Ini adalah salah satu rancangan si lelaki misteri untuk menyeska Erynna secara mental. Kerana baginya seksaan fizikal tidak cukup menyeksakan. Lelaki misteri itu mahu Erynna terseksa secara mentalnya sehingga dia mati. Lelaki misteri itu tersenyum sendiri.

WHO IS THE KILLER?حيث تعيش القصص. اكتشف الآن