part 33

447 22 0
                                    

Seorang lelaki misteri sedang memerhati rumah banglo itu. Sebaik sahaja pengawal itu lenyap masuk ke dalam rumah itu, lelaki itu memberi isyarat kepada rakan-rakan subahatnya yang lain. Semua ahli kumpulan mula bertindak dari arah kiri, kanan dan belakang rumah itu. Mereka melompat dari pagar konkrit yang tinggi itu ke bumbung rumah itu agar tidak tertangkap oleh CCTV namun tanpa mereka sedar terdapat CCTV baru tersembunyi di kawasan bumbung itu. Salah seorang dari mereka lari dari kumpulannya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan khas kepadanya iaitu mematikan suis utama yang menyambung lampu-lampu dalam rumah itu. Ahli yang lain mula memakai kaca mata masing-masing yang direka khas untuk melihat dalam gelap.

Erynna, Andrian ,Andreas dan Andy sedang berbual di ruang tamu sehinggalah lampu di seluruh rumah itu tiba-tiba sahaja mati. Mereka tidak terkejut dengan situasi itu kerana mereka telah pun dimaklumkan akan kedatangan mereka oleh pengawal bertugas dalam ruang pantauan skrin CCTV. Ketiga-tiga jejaka itu segera bertindak menarik Erynna ke tengah-tengah dilindungi oleh mereka bertiga. Erynna berpaut pada belakang baju Andrian.

Andrian menggunakan kelebihan pendengarannya yang tajam untuk mendengar setiap pergerakan dalam ruang itu. Separuh dari anggota kumpulan pihak lawan bergerak ke tingkat bawah untuk mengepung ahli-ahli yang berada di tingkat bawah manakala anggota yang lain akan bergerak di tingkat atas untuk memastikan tidak ada ahli lain yang tertinggal di atas. Pengawal-pengawal yang diupah oleh Andrian berjaya ditumpaskan lalu diikat ketat pada suatu sudut dan meninggalkan empat orang manusia yang tertinggal di tengah-tengah ruang. Tidak lama kemudian, semua lampu dalam rumah banglo itu kembali terpasang menerangi rumah itu. Pada masa yang sama, Andrian segera menekan permata cincinnya untuk memaklumkan kepada pihak polis yang terlibat dalam perancangan mereka untuk mula bertindak.

"Erynna!" Sapa seorang lelaki misteri yang bertopeng menutup separuh mukanya. Ketiga-tiga jejaka itu segera mendekatkan badan mereka dengan Erynna untuk melindunginya daripada lelaki durjana itu.

Mereka berempat kini dikepung di tengah-tengah ruang itu.

"Kau siapa?!" Erynna memberanikan dirinya untuk bertanya kepada lelaki misteri itu.

"Aku sebenarnya takde masalah pun dengan kau sebab masalah aku cuma dengan mak dan bapa kau!"

"Disebabkan mereka keluarga aku hancur berpecah belah!" Lelaki misteri itu meluahkan rasa geramnya kepada kedua-dua orang tua kandung Erynna.

"Kalau kau takde masalah dengan dia, kenapa kau tetap buru dia lalu seksa dia dengan memori palsu?" Andrian bersuara dengan nadanya yang serius dan tanpa sedikit rasa gentar pun dalam dirinya.

"Aku bukan orang yang patut menjawab soalan itu." Lalu lelaki misterj itu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membuat panggilan kepada seseorang.

"Bahagian aku sudah selesai. Kini selebihnya aku tinggalkan kepada kau." Lapor lelaki misteri itu melalui panggilan yang dibuatnya.

Kesemua orang  bawahan termasuk lelaki misteri itu terkejut apabila rumah itu diserbu oleh pihak polis daripada semua arah yang bertentangan apabila mereka sedang leka.

"Jangan bergerak!" Teriak ketua yang mengetuai kumpulan yang terdiri daripada anggota polis itu.

Kebetulan panggilan yang dibuat oleh lelaki misteri itu belum ditamatkan lagi menyebabkan dalang utama di sebalik insiden ini sedar akan situasi terkini. Dalang utama itu segera berpatah balik dan meninggalkan rakan subahatnya ditangkap polis.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now