part 8

747 33 0
                                    

"Nah minum susu ni sebelum tidur." Pesan Andrian sambil menghulurkan secawan susu kepada Erynna.

Disebabkan ketiga-tiga jejaka itu kini sedang memerhatinya, Erynna pun segera menghabiskan susu itu di hadapan mereka lalu diberikan cawan itu semula kepada Andrian.

Ketiga-tiga jejaka itu terus meninggalkan Erynna selepas mengucapkan selamat malam lalu menutup lampu bilik. Perlahan-lahan mata Erynna tertutup dan tidur dengan lena.

***
Sebuah rumah banglo terbakar dengan api yang sangat marak. Erynna kini berada 400 meter dari rumah itu. Dengan memegang bag yang berisi maklumat dirinya dan keputusan SPM yang baru sahaja diambil sebentar tadi, Erynna menangis teresak-esak sambil melihat rumah banglo itu terbakar.

"Erynna!! Lari cepat!! Lari sejauh yang mungkin! Jangan sesekali patah balik ke rumah ini walau apa pun yang terjadi!" Pesanan itu tidak henti terngiang-ngiang di kepala Erynna. Suara siapakah itu?

"Pergilah!!!" Pesanan itu kembali menghantui minda Erynna yang memaksa Erynna untuk terus berlari untuk menjauhkan diri dari rumah yang sedang terbakar itu.

"HAHAHAHAHAHAHA " Ketawa seorang lelaki dengan nada yang seram bercampur kepuasan hati melunaskan dendam asyik berputar dalam kotak minda Erynna.

"HAHAHAHAHAHA"

"PERGI!!!"

"TINGGALKAN KAMI!! LARIKAN DIRI SEJAUH MUNGKIN!!"

"JANGAN PATAH BALIK!"

Bunyi tangisan , bunyi ketawa berputar di minda Erynna berselang seli tanpa henti menyebabkan Erynna pening yang teramat sangat.

***

"Diam!!!" Teriak Erynna lalu terjaga dari mimpinya.

Tiba-tiba air mata Erynna bercucuran  pada pipinya. Erynna kurang pasti kenapa dia menangis teresak-esak walaupun kini dia sudah sedar dari mimpinya.

Bunyi ketukan pintu biliknya dari luar mengejutkan Erynna. Tanpa berfikir panjang, Erynna terus berlari ke arah pintu lalu dibuka pintu itu. Rupa-rupanya teriakan Erynna telah mengejutkan ketiga-tiga jejaka itu.

Disebabkan Andrian kini berada di tengah-tengah antara Andreas dan Andy dan betul-betul berada di hadapannya, Erynna terus memeluk Andrian lalu melepaskan tangisannya.

Andy yang menyaksikan kejadian itu hanya menepuk belakang Erynna dengan perlahan untuk menenangkan Erynna.

Andreas pula pergi ke dapur untuk ambil air suam untuk diberikan kepada Erynna. Jam dinding menunjukkan jam 4 subuh.

"Nah minum ni untuk tenangkan diri sekejap." Andreas menghulurkan air suam yang diambilnya tadi kepada Erynna yang kini sedang duduk di atas katilnya.

Erynna menyambut minuman itu lalu diminum tanpa mengeluarkan suara.

" Andreas jom keluar kejap." Arah Andrian lalu meninggalkan Erynna berdua dengan Andy.

" ah kenapa?" Soal Andreas sebaik sahaja mereka berada di luar bilik Erynna.

"Mulai hari ni kita kerja dari rumah je. Kalau ada apa-apa yang penting suruh setiausaha hantar ke sini je. Semua Meeting kita buat di bilik kerja tingkat atas."

"Nanti sya maklumkan dengan setiausaha saya untuk urus dan kau pula tolong hubungi Dr. Ryan untuk datang ke sini pagi ni."

Andy keluar dari bilik itu perlahan-lahan agar tidak mengganggu Erynna yang sedang tidur lalu lampu bilik dibiarkan berbuka.

"Eryn dah tidur ." Bisik Andy.

Lalu Andy ditarik ke arah mereka dan pesanan Andrian diulang semula oleh Andreas.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now