part 23

522 22 0
                                    

"Mana lelaki tua tuh pergi? " Erynna masih lagi berasa hairan.

Erynna buntu apa yang perlu dilakukannya sekarang. Perlu kah dia lari dan mulakan hidup yang baru? Namun kini Erynna langsung tidak mempunyai apa-apa pada dirinya termasuk kad pengenalannya. Erynna masih lagi berpakaian baju tidurnya.

Mungkin kereta pun tidak sanggup mahu berhenti membantunya kerana keadaan diri Erynna yang berserabut mungkin akan menakutkan mereka. Dengan rambutnya yang panjang lagi dibiarkan terlepas, kakinya penuh dengan luka dan terdapat kesan darah pada hujung seluarnya kerana terkena dengan luka-luka itu.

Nasib Erynna bertambah malang pada waktu itu apabila hujan lebat tiba-tiba jatuh membasahi bumi. Walaupun Erynna kini dalam keadaan lemah secara mental dan fizikal, Erynna tetap memaksa kakinya untuk terus berjalan dan mencari tempat untuk berteduh.

Selepas berjalan dengan keadaan berkaki ayam sejauh 2 kilometer, Erynna akhirnya dapat juga berteduh di bawah satu perhentian bas yang kosong. Hujan masih lagi tidak henti malah makin lebat lagi ia turun.

Erynna rasa kesejukan ketika itu dan hanya mampu memeluk kakinya sendiri lalu membenamkan mukanya pada lutut.

Nasib mereka begitu baik apabila terdapat satu CCTV yang terpasang pada perhentian bas tempat Erynna singgah. Lokasi CCTV itu terus terpapar pada skrin itu.

"Hantarkan lokasi ini kepada saya!" Arah Andrian lalu bergerak keluar dari ruangan itu bersama Andreas dan Andy .

Manakala yang lain diarahkan untuk terus memerhati Erynna dan sentiasa mengemas kini status Erynna kepada ketiga-tiga jejaka itu.

Disebabkan hujan yang lebat itu, Andreas tidak dapat bawa kereta itu dengan begitu laju. Mereka bertiga berharap agar Erynna terus kuat. Situasi dalam kereta pada ketika itu sungguh menggerunkan kerana ketiga-tiga jejaka itu risau akan Erynna dan mereka nekad untuk mencari dalang itu sehingga ke lubang cacing.

Erynna dapat merasakan bahawa dia sudah sampai ke tahap limitnya dan berkemungkinan akan pengsan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Tepat pada masanya, kereta milik Andrian itu telah tiba di lokasi Erynna. "Eryn!!" Teriak Andy lalu berlari ke arah Erynna. Belum semlat Erynna ingin menyahut panggilam itu, pandangannya menjadi gelap lalu rebah namun sempat disambut oleh Andy.

Dengan segeranya, Andy mengangkat Erynna masuk ke dalam kereta itu. Hari mereka bertiga hancur apabila melihat keadaan Erynna pada ketika ini dengan mukanya yang pucat, kakinya penuh dengan luka dan berada dalam keadaan basah kuyup.

Perasaan marah mula menguasai diri mereka dan mereka tidak akan bertolak ansur dan teragak-agak lagi  untuk memberikan balasan yang setimpal kepada pelaku itu.

"Aku hairan lah kenapa bos tinggalkan perempuan tuh? Kenapa tak tahan je perempuan tuh? Tak perlu lah nak buat kerja dua kali." Salah seorang orang upahan itu mengadu kepada rakannya.

"Ada sebab lah tuh. Jangan banyak tanya kalau kau nak terus hidup di dunia ni." Nasihat rakannya.

"Yang penting perempuan tuh langsung tak cam kita. Jadi identiti kita masih lagi selamat." Tambahnya lagi.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now