part 39

519 19 0
                                    

Lega hati ketiga-tiga jejaka itu apabila Erynna masih selamat. Hanya tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan mereka apabila melihat Erynna ditolak oleh Devian untuk jatuh dari bangunan itu.

Perlahan-lahan Erynna membuka matanya dan Erynna mendapati kini dia sudah berada di dalam bilik tidurnya.

"Eryn!" Ketiga-tiga lelaki itu berasa sangat gembira apabila Erynna telah sedar. Tiba-tiba Erynna mengalami kesukaran untuk bergerak kerana badannya terasa sakit. Walaupun Erynna terselamat kerana mendarat di atas pasir, badannya mengalami kejutan dan menyebabkan badannya terasa sakit akibat jatuh itu.

Melihat kepayahan Erynna untuk duduk, ketiga-tiga jejaka itu segera membantu Erynna.

"Devian macam mana?" Andy rasa geram apabila soalan itu menjadi ayat pertama yang dituturkan oleh Erynna sebaik sahaja sedar.

"Dah mati ." Balas Andy selamba kerana geram dengan lelaki itu.

"Hmm harap dia dapat bertemu dengan Dalia." Kata Erynna dengan perlahan tidak berniat untuk mendedahkannya secara terbuka kepada ketiga-tiga jejaka di sekelilingnya itu.

"Dalia?" Soal Andreas yang hairan kerana pertama kali mendengar nama yang asing itu. Andrian dan Andy juga mempamerkan riak muka yang hairan dengan nama itu.

"Erhh tak sangka kan Devian yang mukanya polos dan comel macam tuh rupanya psychopath." Sengaja Erynna ingin mengubah topik kerana Erynna tidak berniat untuk mengungkit semula cerita itu. Tetapi perkara yang di sebaliknya pula yang terjadi. Nampaknya mereka pantang mendengar pujian yang diberikan oleh Erynna yang telah menyebabkannya nyaris mati.

"Owh ya! Eryn kenapa pergi jumpa lelaki itu dalam diam tanpa maklumkan kepada kami." Mula dah Andrian nak membebel kerana apa yang dilakukan oleh Erynna sangat berbahaya apatah lagi ketika itu Erynna memang sudah tahu dalang utamanya ialah Devian tetapi tetap ingin berjumpa dengannya.

"Sorry... sebab hal ini kan terjadi di antara Eryn dengan dia."

"Jadi Eryn ada banyak soalan yang perlu jawapannya. Kenapa dia perlu bunuh keluarga Eryn? Apa dendam dia dengan Eryn?"

"Sekarang semua soalan itu sudah terjawab." Jelas Erynna. Pada mulanya Erynna ingin menyalahkan dirinya kerana wujud di dunia ini dan menyebabkan orang lain teraniaya. Namun Erynna percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Erynna mula untuk percaya kepada takdir tuhan dan meneruskan kehidupannya sebaik yang mungkin dan jadikan kisah lalu sebagai pengajaran kepada Erynna untuk terus hidup.

"Aih kenapa sakit sangat ni?" Keluh Erynna sambil mencuba untuk meregangkan badannya. Andy meletakkan kedua-dua tangannya di bahu Erynna untuk mengurut bahagian-bahagian yang Erynna rasa sakit. Andreas yang tidak mahu kalah dengan Andy juga bertindak mengurut lengan Erynna. Andrian juga sama bertindak mengurut kaki Erynna. Erynna tidak menghalang kerana Erynna sangat-sangat memerlukan perkhidmatan sukarela daripada mereka ketika itu.

"Besok Andrian hantar Erynna ke SPA. " kata Andrian.

"Yes!! Thanks Andrian! Sayang..... Andrian!!" Balas Erynna yang teruja dengan perancangan yang disediakan oleh Andrian.

Andreas dan Andy tidak boleh duduk diam lagi apabila menyaksikan Andrian yang telah berjaya memaut hati Erynna.

"Malam ni Andreas masak!" Bertambah gembira Erynna apabila Andreas menawarkan dirinya untuk menyediakan makan malam. Erynna memang minat dengan masakan Andreas yang begitu lazat. Sememangnya Andreas sangat berbakat dalam bidang memasak.

Andy mula membisikkan sesuatau kepada Erynna. Erynna yang mendengar bisikan pada telinganya itu begitu gembira dengan tawaran yang disediakan Andy.

"Apa yang kau bisik tuh?" Soal Andreas kepada Andy.

Andy tidak menjawab soalan itu lalu memandang Erynna dengan pandangan yang bermakna. "Rahsia...." balas Andy dengan Erynna serentak.

WHO IS THE KILLER?Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα