part 32

465 22 0
                                    

Sudah lama Erynna tidak berbual dengan Devian melalui instagramnya.

" Erynna apa khabar? Dah lama kita tak berbual."-Devian

"Khabar baik je. Yup many thing happened.." -Erynna

"Oh? Apa yang dah jadi?" -Devian

"Sekarang dah okay :) " -Devian

"Fuh okay lah... lain kali kalau ada masalah, jangan segan-segan chat tau." -Devian.

"Okay! :)" -Erynna

"Eryn tengah buat apa tuh?" Soalan daripada Andreas menyebabkan Erynna segera menutup data telefonnya lalu mematikan iphone miliknya itu.

"Mana ada Eryn tengah chat." Erynna menafikannya.

"Tengah tulis note je." Erynna mereka alasan. Erynna pun tidak pasti kenapa dia tidak beritahu sahaja perkara yang sebenar. Andreas yang mendengar jawapan Erynna terus kembali fokus kepada tayangan di kaca televisyen itu.

Jam sudah menunjukkan jam 8. Seperti biasa Andrian, Andreas, Andy dan Erynna sedang melakukan rutin harian mereka di dalam rumah banglo itu. 4 kereta alphard hitam berparkir pada jarak 3 Kilometer dari rumah banglo itu lalu satu demi satu kumpulan bergerak masuk ke dalam hutan. Rumah banglo milik ketiga-tiga jejaka itu sebenarnya terletak di antara pokok-pokok yang tinggi dan boleh dikatakan hutan kecil. Setiap rumah adalah berjarak jauh sebanyak 6 Kilometer. Kawasan perumahan ini adalah khas untuk orang yang kaya-kaya dan berpengaruh sahaja.

Mereka mula mengambil posisi mereka seperti yang dirancang dan mula bertindak apabila jam menunjukkan tepat pada pukul 10 malam.

Erynna dapat rasa seperti ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Namun Erynna cuba untuk berfikiran positif.

"Eryn..."

"Eryn..." panggilan dari Andrian langsung tidak berjawab apabila Erynna masih lagi termenung melayani hatinya yang sedang gelisah tanpa sebab.

"Eryn!" Kali ini Andrian kuatkan sedikit suaranya agar Erynna dengar. Erynna terkejut daripada lamunannya.

"Eryn tengah fikir apa sampai Andrian panggil Eryn banyak kali pun tak dengar?" Soal Andrian yang hairan.

"Ha? Owh.. sorry.. "

"Eryn okay ke tak ni?" Soal Andrian lagi risau.

"Okay.."

"Cuma Eryn tiba-tiba rasa macam tak sedap hati je." Luah Erynna.

"Hmm.. Eryn takut ke?"

"Kalau Eryn nak tarik diri pun boleh je. Biar kami yang uruskan."

"Eryn boleh sorok dalam bilik rahsia." Cadang Andrian.

"Takpe.. Eryn okay!" Dengan segera Erynna menolak cadangan itu.

Baru sahaja Andrian ingin sambung berkata-kata, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.

"Tadi saya baru sahaja balik dari kerja dan saya ternampak ada kereta yang mencurigakan sedang berparkir jauh dari perkarangan rumah encik. "

Mesej itu dihantar oleh salah seorang jirannya. Andrian tahu jirannya itu perlu melalui rumah mereka untuk ke rumahnya. Rumah banglo milik ketiga-tiga jejaka itu adalah rumah kedua di hujung jalan itu. Andrian juga tahu jirannya itu selalu pulang lewat dari kerjanya lalu meminta bantuan daripadanya untuk memaklumkan kepada mereka apabila dia ternampak sesuatu yang mencurigakan berlaku di kawasan berhampiran rumah mereka.

Andrian lalu menghantar mesej kepada pihak polis yang terlibat dalam rancangan itu untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Cincin yang tersarung kemas dalam jarinya dipandang seketika. Seandainya pihak lawan mereka sudah mula bertindak, permata pada cincin itu akan ditekan untuk memberi isyarat kepada pihak polis untuk bertindak seperti yang dirancang.

Ketiga-tiga jejaka itu kini sedang duduk santai di ruang tamu itu bersama Erynna. Walaupun mereka kelihatan sedang santai, mereka sentiasa berwaspada dengan sekeliling mereka. Semua pembantu rumah mereka diberi cuti sehinggalah masalah ini selesai. Mereka tidak ingin melibatkan pembantu-pembantu rumah mereka dalam hal ini.

1 minit lagi sebelum jam menunjukkan tepat pukul 10 malam.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now