part 28

478 22 0
                                    

***
Erynna kini dalam perjalanan ke rumahnya daripada sekolah selepas mengambil keputusan SPM. Erynna tidak sabar untuk pulang ke rumah dan sampaikan berita gembira ini kepada mereka. Setibanya di rumah banglo itu, Erynna dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana pagar rumah itu memang sudah sedia terbuka dan ada beberapa kereta asing yang sedang berparkir di luar. Pada awalnya Erynna sangka itu ialah tetamu mereka tetapi sangkaan itu hancur apabila pagar rumah itu terbuka begitu sahaja tanpa kawalan.

"Mana pengawal yang bertugas?" Hairan Erynna lalu perlahan-lahan melangkah masuk ke perkarangan rumah itu. Sebenarnya itu bukan lah rumah utama mereka. Dulu Erynna tinggal di sana bersama neneknya manakala kedua-dua orang tua kandungnya tinggal di bandar. Setelah nenek Erynna meninggal dunia ketika Erynna berumur 15 tahun, Erynna tetap ingin meneruskan pembelajarannya di sekolah menengah yang terletak di daerah itu. Kini rumah itu dijadikan sebagai rumah persinggahan atau percutian kerana rumah itu terletak di kawasan perkampungan.

Erynna sempat singgah ke kedai sebentar sebelum pulang ke rumah untuk memfotostat maklumat dirinya seperti surat beranak dan kad pengenalannya  untuk tujuan tertentu. Dengan beg sandang di belakang , Erynna berjalan ke arah pintu utama rumah itu yang kelihatannya langsung tidak ditutup dengan rapat. Erynna cuba untuk intai ke dalam melalui celahan itu.

Erynna dapat melihat kedua-dua orang tuanya kini sedang diikat dan sedang berlutut di atas lantai mozek. Erynna menutup mulutnya untuk mengelak dirinya daripada menjerit kerana terkejut apabila melihat terdapat banyak mayat bergelimpangan di sekeliling kedua-dua orang tuanya. Darah bertaburan di atas lantai mozek itu. Erynna ingin berlari masuk ke arah kedua-dua orang tuanya itu namun niatnya dibatalkan apabila Erynna terdengar satu suara yang sedang menjerit namanya.

"Aku bagi kau satu peluang terakhir."

"Dimanakah anak kau, Erynna?" Soal seorang lelaki bertopeng dengan pisau yang tajam di tangannya dan kini pisau itu diarahkan kepada ayahnya. Ayahnya tidak membalas soal itu tetapi tidak berhenti memohon kepada mereka agar tidak mengapa-apakan anaknya.

"Itu bukan jawapan yang aku nak dengar." Pisau itu dicucukkan pada paha ayahnya lalu dipulas-pulas pisau itu. Ayah nya teriak kesakitan. Ibunya pula menangis ketakutan di sebelah ayah Erynna. "Ayah!!!!!!" Teriak Erynna dalam hati . Air mata bercucuran pada pipinya .

"AKU TANYA MANA ERYNNA?!! ERYNNA!!!!" Teriak lelaki itu seperti orang yang mengalami histeria. Tidak lama kemudian lelaki itu berhenti menjerit tetapi ketawa seperti orang yang hilang akal.

Pisau yang ditikam pada kaki ayah Erynna ditarik keluar dengan kasar. Darah mengalir keluar daripada kawasan tikaman itu tanpa henti.

"Aku tak nak buang masa lama-lama di sini. Nampaknya terpaksalah aku sendiri yang kena buru anak kau dan biarkan dia terseksa seperti apa yang aku rasakan."

"Bakar rumah ini!!" Arah lelaki misteri itu lalu berjalan meninggalkan rumah itu. Erynna segera melarikan diri untuk bersembunyi.

Setelah mereka memasang api di dalam rumah itu, mereka terus meninggalkan rumah itu. Erynna segera keluar dari tempat persembunyiannya dan masuk ke dalam rumah banglo itu. Asap mula masuk ke dalam hidung Erynna. Erynna terbatuk-batuk tetapi tetap berlari ke arah kedua-dua orang tuanya.

"Mummy !! Ayah!! " Erynna cuba untuk membuka tali yang mengikat mereka namun Erynna mengalami kesukaran untuk meleraikannya dan api itu semakin marak.

"Tinggalkan sahaja kami di sini!!" Arah ibu Erynna.

"Jangan pedulikan kami!!! Lari sejauh yang mungkin!! " kali ini ayahnya pula teriak menghalaunya pergi.

"Tak!Eryn tak akan biarkan mummy dan ayah mati di sini!" Erynna masih lagi berusaha untuk meleraikan tali itu sambil terbatuk-batuk kerana asap itu semakin tebal. Erynna berpeluh kerana kepanasan.

"PERGI!! AYAH KATA PERGI!!!LARIKAN DIRI!!!" Tengking ayah dengan menggunakan sisa tenaga yang masih ada dalam dirinya kepada satu-satunya anak gadisnya, Erynna.

"Pergilah...sayang...." tambah ibunya lagi dengam lemah.

"Lari sejauh yang mungkin dan jangan lagi pandang ke belakang."

"Ayah tahu Eryn seorang yang bijak dan kuat."

"Pergilah ...."

"Kami sayangkan Erynna..maafkan kami kerana tidak dapat menemani Erynna lagi selepas ini..." ayah Erynna terus rebah ke lantai usai meluahkan kata-kata terakhirnya.

"Selamatkan diri..."

Erynna tidak ada pilihan lain lagi apabila dirinya dihalau oleh kedua-dua orang tua nya. Akhirnya Erynna membuat keputusan untuk lari meninggalkan rumah itu seperti yang dipinta oleh ayahnya sebelum dia rebah.

WHO IS THE KILLER?Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora