part 26

495 19 0
                                    

Pembantu rumah yang dipanggil oleh P7 membuka pintu bilik mandi itu untuk melihat keadaan Erynna. Erynna masih lagi berpakaian. Pembantu rumah itu teriak, "Ya ampun cik!!" Lalu segera menutup pancuran itu agar air berhenti dari memancut.

"Tuan! Cik pengsan!dia masih lagi berpakaian." Lapor Pembantu rumah itu lalu ketiga-tiga jejaka itu segera masuk ke dalam bilik air itu untuk mengangkat Erynna keluar. Mereka lalu keluar dari bilik itu untuk membiarkan pembantu-pembantu rumah iu untuk tolong gantikan baju Erynna yang telah basah itu.

"Kenapa Eryn buat macam tuh?" Soal Andreas terkejut dengan tindakan Erynna.

"Eryn memang dah berubah. Dia langung tak bersuara pun bila Andy bawanya bercerita ataupun ajaknya tengok tayangan kartun kegemarannya."

"Eryn seperti orang yang tidak berperasaan." Keluh Andy lagi.

"Hmm apa yang mereka telah buat kepada Eryn?" Kini Andrian mula hairan dengan perubahan drastik perangai Erynna. Andrian sudah agak mesti ada yang tak kena apatah lagi mereka seperti senang-senang sahaja melepaskan Erynna. Hanya Erynna yang tahu apa yang telah terjadi tetapi Erynna langsung tidak bercakap dengan mereka sejak dia telah dijumpai.

Andrian, Andreas dan Andy mengambil keputusan untuk menemani Erynna di bilik itu sehingga lah dia sedar. Setelah lama mereka menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya Erynna sedar juga. Ayat pertama yang keluar dari mulut Erynna menyebabkan ketiga-tiga jejaka itu terkejut.

"Kenapa Eryn masih hidup?" Soal Erynna lemah. Erynna kecewa kerana masih lagi dapat bernafas di dunia ini. Bagaimana dia ingin meneruskan hidupnya apabila memori lepas asyik menghantuinya. 'Aku penyebab kematian kedua-dua orang tua kandungku.' Ayat ini yang menyebabkan Erynna rasa dirinya tidak layak untuk terus hidup di dunia. Seharusnya nyawa dia itu diberikan kepada orang yang lebih tahu menghargainya. Erynna berasa malu untuk berpijak di bumi ini dan berhadapan dengan Andrian, Andreas dan Andy yang melayannya dengan begitu baik sekali.

"Kenap Eryn cakap macam tuh?!" Andreas tidak sengaja menengking Erynna. Dia sangat sayangkan Erynna dan dia tidak sangka orang yang disayanginya itu sanggup menuturkan kata-kata yang menyakitkan hati itu. Andrian segera meletakkan tangannya di bahu Andreas untuk tenangkannya.

Erynna sengaja tidak membalas soalan dan Andreas dan kembali memejam matanya. Erynna terpaksa berbuat demikian kerana dia sedar dia tidak layak untuk berada di sisi mereka dan menerima layanan yang baik daripada mereka.

"Eryn janganlah berperangai macam begini. Benda tak akan selesai kalau Eryn tak nak ceritakan kepada kami apa yang telah terjadi." Pujuk Andy mengharapkan Erynna untuk berkata sesuatu namun respon yang diterimanya sangat mengecewakan.

"Eryn lupa kah yang Eryn pernah berjanji dengan kami untuk tidak memendam masalah seorang diri? Kan kita dah berjanji untuk bersama-sama menghadapinya." Kali ini Andrian pula yang bersuara.

Walaupun Erynna memejam matanya, telinganya tetap dapat mendengar kata-kata yang dikatakan oleh Ketiga-tiga jejaka itu. Air mata terus mengalir keluar dari celahan kelopak matanya dan bercucuran pada pipinya.

"Eryn belum bersedia untuk bercerita." Balas Erynna sambil menarik selimut itu menutupi mukanya.

"Tolong berikan Eryn ruang untuk berseorangan." Pinta Erynna berharap mereka akan faham.

"Please...." kata Erynna lagi.

"Baiklah kalau itu yang Eryn mahukan kami akan berikan Eryn masa untuk bersendirian."

"Tapi tolong lah jangan lagi buat kerja gila. "Pesan Andrian.

Ketiga-tiga jejaka itu terpaksa meninggalkan bilik itu untuk memberikan ruang kepada Erynna.

Andrian mengarahkan pembantu rumah itu untuk hantarkan makanan kegemaran Erynna ke bilik itu sebentar lagi.


WHO IS THE KILLER?Där berättelser lever. Upptäck nu