part 16

627 25 1
                                    

"Ini kali pertama saya berjumpa dengan kes yang macam ini. Nampaknya memori pahit itu terlalu kuat impaknya kepada Erynna." Komen Dr.Ryan setelah mendengar cerita yang dijelaskan oleh Andrian.

"Tak ada  cara lain ke Doktor untuk halang benda ini dari terus berlaku? Macam ubat penenang ke? Atau kita guna semula kaedah hipnosis?" Cadang Andreas yang sungguh risau Erynna mendapat kembali memori lamanya.

"Haihh... kedua-dua kaedah ini berisiko untuk mempengaruhi akal fikiran Erynna. Lebih baik kamu fikir masak-masak terlebih dahulu. Kamu sanggup ke tengok Erynna mengalami kecelaruan identiti? "

"Walaupun berkemungkinan Erynna akan kembali kepada sikapnya yang dahulu namun kamu bertiga boleh bersama-sama membantunya dalam proses pemulihan." Jelas doktor itu lagi.

"Semuanya kini berada di tangan kamu. Adalah lebih baik kamu berbincang sebaik-baiknya lalu menghubungi saya semula selepas kamu telah membuat keputusan." Pesan Dr.Ryan sebelum meninggalkan rumah banglo itu.

Erynna kini sedang duduk di tepi kolam yang terdapat di balkoni rumah mereka, kakinya pula dimasukkan ke dalam air kolam itu sambil merenung mengenangkan mimpi-mimpi yang dialaminya akhir-akhir ini. Erynna dapat merasakan semua mimpi itu seperti ada kaitan.

"Eryn tengah menungkan apa tuh?" Lamunan Erynna terhenti apabila Andy datang menyapanya.

"Eryn tengah fikir kenapa mummy dan ayah Eryn menangis ketakutan dalam mimpi Eryn? " soal Erynna dengan nada yang sedih.

"Ihh Eryn mari duduk sini." Panggil Andy sambil menunjukkan kerusi rehat yang terletak tidak jauh dari kolam itu. Erynna akur dengan arahan Andy lalu keluarkan kakinya dari kolam itu dan terus berjalan ke arah kerusi itu.

Andy kembali dengan tuala di tangannya. Tuala itu lalu diletakkan di atas kaki Erynna.

"Terima kasih. " Balas Erynna sambil mengelap kakinya yang basah itu.

Seperti itu sahaja soalan Erynna tadi dibiarkan bergantung tanpa jawapan.

Erynna yang sedang berehat di ruang tamu tiba-tiba mendapat mesej melalui instagramnya. Hanya ada seorang sahaja yang rancak berbual dengan Erynna melalui instagram kerana Erynna mengambil keputusan untuk tidak berikan nombornya kepada orang lain selain Andrian, Andreas dan Andy. Apatah lagi Erynna baru sahaja berkenalan dengan Devian. Tidak ada alasan yang kukuh untuk Erynna berikan nombor telefonnya kepada Devian.

"Awak apa khabar?" -Devian

"Okay je." - Erynna

"Hmm boleh tak saya nak tanya sesuatu? "-Devian

"Tanye je lah. " -Erynna

"Macam mana awak boleh tinggal bersama Andrian, Andreas dan Andy?" -Devian

"Sorry lah kalau menyibuk cuma dari hari itu lagi saya tertanya-tanya pasal hal ini." -Devian.

"Arwah mummy dan ayah saya yang beri amanah kepada mereka untuk jaga saya macam adik mereka. Since our parents ialah best friend dan dorang percaya dengan didikan yang diberikan oleh kedua-dua arwah ibu bapa Andrian, Andreas dan Andy." -Erynna

" oh really?" - Devian

" yes." -Erynna

"Owh okay lah. Have a nice day ! Saya ada urusan yang perlu dilakukan selepas ini.Bye!" -Devian

Perbualan mereka tamat di situ sahaja.





WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now