part 29

491 21 0
                                    

"Mummy...Ayah...." Erynna menangis teresak-esak sambil melarikan diri sejauh yang mungkin daripada rumah itu tanpa mengetahui arah tujunya. Memori tadi asyik diputar ke dalam ingatan Erynna menyebabkan Erynna tidak henti-henti menangis dan memasang dendam kepada orang yang menghancurkan keluarganya.

Sedang Erynna berlari tanpa henti, sebuah kereta bomba melaluinya. Erynna tahu ke mana arah kereta bomba itu pergi dan menambahkan lagi kelajuan kakinya untuk terus berlari. Kaki Erynna sudah terasa lenguh akibat terlalu lama berlari. Namun Erynn langsung tidak merasa apa-apa kerana sakit itu tidak mampu menandingi sakit yang dialami apabila kedua-dua orang tuanya mati di hadapan matanya tetapi tidak dapat melakukan apa-apa malah kini sedang melarikan diri meninggalkan mereka.

Sudah 1 jam Erynna berlari tanpa arah tuju. Sedar sahaja kini dia sudah berada di lebuh raya yang tidak banyak kereta melaluinya hanya dua buah kereta yang lalu pada masa itu tetapi mereka meneruskan perjalanan mereka tanpa menghiraukan Erynna. Tiba-tiba hujan lebat pula turun membasahinya. Akibat terlalu penat berlari, Erynna terjatuh ke atas permukaan sisi jalan raya yang kasar itu. Terdapat kesan luka pada tangan dan kakinya kerana tercalar akibat bergeseran dengan permukaan jalan raya yang kasar itu. Tetapi Erynna langsung tidak merasakan apa-apa. Akibat ketakutan, Erynna tetap terus berjalan dan lebih perlahan berbanding tadi kerana Erynna betul-betul sudah kehabisan tenaga untuk teruskan berlari.

"PERGI!! AYAH KATA PERGI!!! LARIKAN DIRI!!! "

"Pergilah... sayang..."

"Ayah tahu Eryn seorang yang bijak dan kuat"

"Eryn tak kuat Ayah..." keluh Erynna sambil menangis. Dadanya terasa sangat sakit. Erynna teriak sekuat yang mungkin melepaskan rasa marah dan sedihnya pada ketika itu. Nasib sahaja tidak ada kereta yang lalu pada ketika itu.

"AAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHH"

Erynna terus berjalan tanpa henti sambil mengenangkan memori manisnya bersama keluarganya sehingga lah pada saat-saat  terakhir pertemuan mereka. Erynna merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Erynna tidak ada sesiapa pada masa ini. Erynna tidak ingin pergi ke rumah saudaranya kerana Erynna tahu mereka bukan orang yang baik. Kepala Erynna terasa sangat berat pada ketika itu . Erynna memandang ke arah langit dan pandangannya terus menjadi gelap.

***

"Erynna... awak akan kembali ke realiti selepas kiraan tiga."

"Satu...dua...tiga..." Dr.Ryan yang mengetuai sesi ini membawa Erynna kembali ke masa silamnya dan kembalikan memori asalnya.

Emosi Erynna masih belum stabil ketika itu. Mereka memberikan ruang kepada Erynna untuk bersendiri buat sementara waktu ini.

"Terima kasih doktor." Ucap ketiga-tiga jejaka itu dengan hati yang lega.

"Itu sudah menjadi tugas saya. Selepas ini giliran kamu pula untuk membantunya."

"Kalau emosi Erynna semakin teruk, bagi dia makan ubat ini." Pesan Dr.Ryan sebelum meninggalkan rumah itu.

"Tak guna!! Aku akan pastikan orang itu akan menerima balasan yang setimpalnya!" Marah Andy sambil menumbuk dinding berhampirannya dengan keras. Andy langsung tidak merasa sakit kerana sakit itu tidak dapat menandingi sakitnya apabila melihat orang tersayangnya diseksa seperti itu. Andy yang sebelum ini kelihatan polos berubah menjadi seorang yang sangat menakutkan. Perasaan marah itu jelas ditunjukkan pada mukanya.

Sebenarnya Andrian, Andreas dan Andy memang telah mengetahui hal yang sebenarnya sejak awal lagi iaitu pada waktu mereka mengambil keputusan untuk menjaga dan melindunginya seperti adik kandung mereka sendiri. Mereka juga telah mengupah penyiasat untuk menyiasat kejadian itu tetapi mereka tidak dapat mencari bukti yang boleh dikaitkan kepada insiden itu. Disebabkan pengaruh mereka dengan pihak polis, mereka berjaya membuat rundingan dan tidak mendedahkan lokasi Erynna kepada sesiapun termasuk saudara maranya.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now