part 21

534 24 0
                                    

"P 1 sila bagi tindak balas." Arah seorang pengawal dari ruang pengawalan skrin CCTV melalui walkie talkie. Namun pengawal yang disebut P1 itu tidak memberi sebarang tindak balas.

Pengawal itu mengulang semula arahan itu dan P1 tetap tidak memberi sebarang tindak balas.

Pengawal itu cuba beri arahan kepada pengawal di sebelahnya iaitu P2. "P2 sila beri tindak balas." Pengawal yang dimaksudkan itu masih lagi berdiri kaku di tempat asalnya.

Pengawal itu mula rasa cuak. Pengawal itu cuba lagi dengan pengawal-pengawal yang lain. Mereka tetap memberikan respon yang sama.

Pengawal itu rasa seperti ada yang tidak kena lalu berlari keluar dari ruang itu dan berlari ke arah kawasan-kawasan penjagaan itu. Pengawal itu terkejut apabila melihat rakan-rakan sekerjanya yang kini rebah di atas lantai.

Pengawal itu terus kembali masuk semula ke rumah banglo itu dan berlari ke tingkat atas menuju ke bilik Erynna. Pintu bilik Erynna dibuka dan kelihatan pintu gelangsar yang diperbuat daripada kaca yang menghubungkan bilik Erynna dengan ruang balkoni bilik itu telah terbuka luas. Kelibat Erynna juga tidak kelihatan di atas katil itu. Andrian , Andreas dan Andy terpaksa dikejutkan pada jam 12:30 malam itu dan dimaklumkan tentang kehilangan Erynna.

Ketiga-tiga jejaka itu terkejut dengan berita yang disampaikan kepada mereka. "Eryn!!"

"Erynna... bangun lah .." sapa satu suara dengan nada yang lembut.

Erynna sangka bahawa dia masih bermimpi kerana nada suara yang menyapa itu sungguh lembut sehingga mampu membuatkan Erynna rasa dirinya masih lagi dibuai mimpi.

"Mari kita kembali kepada memori Erynna 4 tahun yang lalu."

" Pada tarikh 15 march iaitu hari Erynna kehilangan kedua-dua ibu bapa Erynna....."

Erynna hanya mengikuti arahan yang diberikan oleh suara itu.

Suara itu terus memberi arahan dan Erynna kini dibawa semula ke memori 4 tahun yang lalu.

***
"Eryn benci Mummy!!! Eryn benci ayah!!!" Protes Erynna lalu meninggalkan kedua-dua ibu bapanya dengan penuh rasa benci.

Kini Erynna sedang melihat ke arah mayat yang bergelimpangan berdekatan dengan kedua-dua ibu bapanya yang sedang berlutut di atas lantai mozek itu. Kaki dan tangan mereka diikat ketat. Erynna hanya melihat tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tiba-tiba ekspresi ibu bapanya berubah menangis ketakutan. Mata mereka memandang tepat ke arah Erynna. Erynna terkedu. Erynna mengundurkan dirinya menjauhi mereka.

Tidak lama kemudian memori Erynna ketika berlari dari rumah yang terbakar itu diputar semula.

Erynna sedang memandang ke arah rumah yang apinya sedang menyala dengan marak. Tanpa memikirkan kedua-dua ibu bapanya, Erynna terus berlari meninggalkan rumah yang terbakar itu untuk menyelamatkan dirinya.

Erynna sedang berlari ketakutan dan tidah henti menangis kerana menyangka bahawa dirinya ialah pembunuh. Erynna terus berlari tanpa menoleh semula ke arah rumah itu.

***

"Erynna.. kau seorang pembunuh.."

"Kau memilih untuk larikan diri daripada patah balik ke rumah itu untuk selamatkan mereka..."

"Kau hanya mendiamkan diri dan memandang mereka tanpa menghulurkan bantuan kepada mereka..."

"Pem..."

"Bu..."

"Nuh..."

"Tidak!!!!! Aku bukan pembunuh!! Aku bukan pembunuh!!!" Teriak Erynna sambil menutup kedua-dua telinganya.

Erynna menangis sekuat hatinya dan asyik berteriak untuk menghentikan suara yang asyik membisikkan perkataan 'pembunuh' yang ditujukan kepada dirinya.

Erynna ditinggalkan seorang diri dalam satu rumah yang terbiar. Erynna mengalami kecelaruan emosi pada ketika itu.

Ini hanyalah permulaan dalam rancangan lelaki misteri itu. Membiarkan Erynna terseksa dengan kecelaruan memori dan emosi lalu ditinggalkan seorang diri. Apatah lagi kini mereka berada di lokasi yang jauh daripada tempat tinggalnya.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now