part 11

688 32 0
                                    

"Eh Andrian... dah habis meeting ke?"  Sengaja Erynna ingin lari dari soalan Andrian tadi.

"Hmm nak tukar topik lah tuh. Iya baru je habis."

"Sihat dah ke?" Soal Andrian sambil meletakkan tapak tangannya di dahi Erynna.

"Eryn kuat lahh! Demam pun sekejap je singgah sebab antibodi Eryn kuat." dengan yakinnya Erynna berkata-kata.

"Eh! Dah jam berapa ni? "

" alamak  5 minit lagi nak masuk jam 3?! Cerita spongebob  dah nak mula!" Erynna yang baru sahaja sedar tayangan kegemarannya yang akan bermula sebentar lagi terus bangkit dari tempat duduknya lalu berlari ke arah ruang tamu.

Andrian yang baru sahaja ingin membuntuti langkah Erynna berhenti apabila Erynna mengarahkannya dari jauh untuk membawa keropok cheese ring dan sekotak susu berperisa strawberry beserta cawan sekali ke ruang tamu.

"Amboi budak ni.. tsk tsk tsk " namun Andrian tetap akur dengan permintaan Erynna itu.

"Hmm ini memang confirm sihat dah ni." Perli Andrian lalu menuangkan susu berperisa strawberry itu ke dalam gelas dan tolong bukakan bungkusan keropok itu untuk Erynna.

Andrian pun sekali terlibat menonton kartun bersama dengan Erynna.

Sebaik sahaja televisyen di hadapan mereka mengeluarkan iklan, Andrian mengambil peluang ini bertanya kepada Erynna "Tadi Dr.Ryan ada cakap yang Erynna bagi tahu dia Erynna ada mimpi buruk sampai demam?"

"Haah.. Eryn pun tak pasti kenapa sampai degupan jantung Eryn jadi laju lepastu rasa sebak walaupun sudah sedar dari mimpi."

Belum sempat Andrian nak bertanya dengan lebih lanjut," Jangan risau lah! Mimpi kan mainan tidur jee." Erynna sudah terlebih dahulu berkata-kata.

Andrian tidak jadi untuk bertanya dengan lebih lanjut.

"Eryn!!" Teriak Andreas yang sedang berlari turun tangga lalu ke pergi ke arah sofa tempat Erynna sedang duduk.

"Apa?!!!!" Erynna rasa terganggu apatah lagi apabila dia sedang rancak menonton rancangan kegemarannya.

"Eryn kan hutang Andreas satu cerita." Ungkit Andreas akan janji Erynna kepadanya.

"Owh ! Tanya Andy. Jangan kacau Eryn nak tengok spongebob ni." Balas Erynna matanya masih lagi tertumpu pada televisyen.

"Andy?"

"Apa? Kenapa sebut-sebut nama Andy ni?" Soal Andy yang baru sahaja tiba di ruang tamu itu.

"Ha! Tepat pada masanya kau datang. Macam mana Eryn kenal dengan Devian?" Kini Andreas berpaling kepada Andy utuk mendapatkan jawapan.

"Eryn kenal Devian?" Tidak cukup dengan Andreas yang sedang menganggu Erynna, kini Andrian juga tertanya-tanya bagaimana Erynna berkenal dengan Devian. Kecoh betul dua jejaka itu apabila Erynna kenal dengan Devian.

Erynna mengabaikan soalan Andrian kerana kini dia sangat fokus dengan cerita kartun kegemarannya itu.

"Eryn kenal dia masa Annual dinner dua hari yang lepas ."

" Devian yang tolong Eryn semasa kena buli oleh Juwita dan Sonia sebelum Andy sampai di tempat kejadian. Terus Andy kenalkan lah Devian kepada Eryn." Jelas Andy . Nasib Andy ada untuk menyelamatkan keadaan dan Erynna dapat menonton tayangan kartun itu sehingga habis tanpa diganggu.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now