part 9

726 32 1
                                    

" Jangan risau sangat lah. Erynna cuma demam biasa je. Dia ada kata yang dia mimpi buruk semenjak dua hari ni sampai menyebabkan dia demam gitu."

"Tapi dia takde cerita pula apa yang dimimpinya. Kalau dia masih berterusan macam ni, tolong hubungi saya yer. " pesan Dr. Ryan kepada tiga-tiga jejaka itu.

"Tuan, saya sudah berikan bubur kepada cik Erynna. Tuan okay ke kalau saya masakkan sup ayam herba untuk cik Erynna nanti? " soal pembantu rumah  wanita yang telah berumur 50 tahun itu.

"Sup ayam herba? Bagus ke untuk orang demam? Dah pernah cuba?" Soal Andreas yang terdengar perbualan pembantu itu dengan Andrian.

"Bagus tuan! Setiap kali anak saya demam, saya sediakan sup ayam herba untuk mereka. " jelas pembantu  rumah itu.

"Okay." Balas Andrian sepatah lalu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Erynna untuk menjenguknya. Diikuti dengan Andreas dan Andy.

"Korang tak pergi kerja ke?" Soal Erynna apabila terlihat kelibat ketiga-tiga jejaka itu yang masih berpakaian baju rumah.

"Kerja lah. Tapi kami kerja dari rumah je. " jelas Andy lalu duduk di katil milik Erynna.

"Hmm jangan risau demam sekejap je ni." Kata Erynna lalu bangun dari posisi baringnya untuk duduk.

"Yer lah tuh... owh ya Tengah hari nanti dalam jam 2 macam tuh kami ada meeting di dalam bilik kerja tingkat atas so jangan terkejut lah kalau ada orang luar datang nanti." Pesan Andrian kepada Erynna sekali gus memaklumkan kepada Andreas dan Andy bahawa mereka akan ada meeting tengah hari nanti.

Jam di dinding menunjukkan pukul 1:45 tengah hari. Perut Erynna sudah mula bagi isyarat lapar. Sebabnya tadi  sikit sahaja makanan yang dimakan oleh Erynna kerana tidak mempunyai selera untuk makan. Tiba-tiba sahaja sekarang selera makannya sudah kembali. Novel di tangan ditutup lalu diletakkan semula di dalam rak mini yang berisi koleksi novel Erynna.

Bimbang sekiranya ada orang lain yang akan datang ke rumah itu, Erynna pastikan pakaian yang dipakainya adalah sopan sebelum keluar dari biliknya lalu melangkah ke tingkat bawah menuju ke dapur.

"Eh cik! Kenapa cik turun ke sini? Mari duduk sini." Terkejut mak cik timah, pembantu rumah yang telah mencecah 50 tahun itu apabila Erynna tiba-tiba sahaja muncul di dapur.

Erynna turutkan sahaja arahan mak cik timah lalu duduk di atas kerusi berdekatan meja tempat hidangan disediakan. "Eryn tiba-tiba rasa lapar lah tuh yang nak cari makanan ni." Kata Erynna sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu.

"Owh bagus lah tuh Eryn dah ada selera nak makan maksudnya nak sihat lah tuh."

"Tunggu sini biar Bibi masakkan . Eryn nak makan apa?"

"Masak jer lah apa-apa. Yang penting sedap." Balas Erynna sambil menunjukkan ibu jarinya.

"Okay. Tunggu sekejap yer." Kata pembantu itu lalu pergi ke arah peti sejuk untuk ambil bahan mentah.

Sementara menunggu mak cik timah selesai masak, Eryn makan kek cheese yang dibeli oleh Andrian yang tidak disentuhnya semalam.

Sedang Erynna asyik dengan kek cheese yang dimakannya, kedengaran suara perbualan yang sedang mendekatinya. Erynna berpaling ke arah suara itu, Andreas dan "eh?!" Jari telunjuk Erynna dihalakan kepada jejaka di sebelah Andreas. Rasanya Erynna kenal jejaka itu.

WHO IS THE KILLER?Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora