part 3

890 34 2
                                    

" Hmm Eryn pilih Andrian lah! Sebab dia paling tua kan." Tangan Erynna mendarat di atas huluran tangan Andrian.

Tiba-tiba dahi Erynna diketuk oleh jari Andrian,"amboi... tua Eryn kata? "

"Alaaa habistu Andy dengan Andreas macam mana?" Andy mula merajuk.

"Takpe I kan ada untuk you." Balas Andreas dengan lenggok seperti perempuan gedik lalu tangannya merayap di bahu Andy.

" Eww !! Jangan pegang-pegang lah!" Tepis Andy geram.

Andrian segera memimpin Erynna masuk ke bangunan yang tersergam megah di hadapan mereka itu.

Dewan itu menjadi sepi apabila kedatangan Erynna, Andrian, Andreas dan Andy diumumkan. Semua mata-mata dalam dewan itu tertumpu pada kelibat 4 orang itu. Sebenarnya ini kali pertama Erynna ikut serta dalam majlis-majlis syarikat.

Disebabkan statusnya yang masih lagi belum diketahui orang ramai, kebanyakan mata-mata tertumpu pada Erynna. Hanya pemegang jawatan-jawatan tinggi dalam syarikat itu yang pernah melawat rumah mereka untuk urusan sahaja yang maklum akan identiti Erynna.

Sebaik sahaja keempat-empat tetamu penting ini duduk di meja yang dikhaskan kepada VIP, majlis dimulakan. Nasib baik Andy duduk di sebelah Erynna, tidaklah Erynna merasa bosan kerana Andy rancak membawa Erynna untuk berbual.

" Eryn nak ke tandas dulu kay." Bisik Erynna kepada Andy. Disebabkan Andrian yang masih rancak berbual dengan salah satu pemegang sahan syarikat itu, maka Erynna mengambil keputusan untuk beritahu Andy sahaja.

" Nak Andy temankan?" Dengan polosnya Andy bertanya kepada Erynna.

"Ish ada pula nak ke tandas pun nak ditemankan." Balas Erynna geram dalam nada bisik.

Erynna terus berdiri meninggalkan meja itu lalu keluar dari dewan. Dengan bantuan salah satu staff hotel, Erynna dapat juga ke tandas.

Baru sahaja Erynna keluar dari tandas, tiba-tiba jalannya dihalang oleh 2 orang wanita yang kini sedang merenung tajam ke arah Erynna.

"So you're the girl yang berpimpin tangan with Encik Andrian kan?" Soal perempuan yang berambut keriting itu kepada Erynna sambil menyilangkan tangannya .

"Yess... Is there a problem? Or is there something you want to ask from me?" Soal Erynna sengaja berbasa basi.

"Yaa!! Tolong jauh kan diri dari Encik Andrian." Balas kawan kepada perempuan yang berambut keriting itu.

"Kau rasa kau layak ke berdiri bersebelahan dengan Encik Andrian? Apa status keluarga kau? " soalnya lagi tanpa bertapis mulutnya.

" Saya..." belum sempat Erynna jawab, perempuan yang berambut keriting itu pun menyampuk.

"Kau teda kaitan dengan Encik Andrian ingat tuh!"

"Bukan setakat Encik Andrian, Encik Andreas dan Encik Andy pun kau jangan harap nak dekat!"  Tambah kawannya.

"Ke tepi lah! Menyemak je!" Perempuan berambut keriting itu menolak Erynna ke tepi.

Erynna yang ditolak secara tiba-tiba terasa terkejut dan tidak sempat mengimbangkan kasut tingginya itu. Namun tepat pada masanya, satu tangan telah menyambut pinggang Erynna dan bantunya untuk berdiri.

Erynna berpaling untuk melihat gerangan yang membantunya itu. Dahi Erynna berkedut...
"thanks. You are?"






WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now