part 17

591 26 0
                                    

Perangai Erynna sedikit demi sedikit telah berubah. Erynna banyak termenung sejak kebelakangan ini. Erynna yang dahulunya banyak bercakap kini berubah menjadi pendiam.

"Kenap mummy dan ayah menangis? Sebab Eryn tinggalkan dorang ke?"

"Eryn anak yang tak baik ke?"

"Kenapa Eryn lari masa rumah tuh terbakar? Eryn ke dalang yang menyebabkan insiden itu berlaku?"

"Eryn ke yang bakar rumah tuh?"

"Siapa yang teriak memanggil nama Eryn?" Eryn asyik bertanya soalan yang sama kepada dirinya sendiri. Fikiran Erynna bercelaru kerana tidak mempunyai jawapan yang sebenar kepada segala persoalannya dan menyebabkan Erynna terpaksa membuat andaiannya sendiri.

Ketiga-tiga jejaka itu semakin bimbang dengan perubahan Erynna. Mereka masih keliru sama ada mereka patut mengembalikan memori pahit itu atau biarkan Erynna melupakannya tetapi risiko yang tinggi akan menanti mereka.

Mereka mula rindu dengan Erynna yang ceria.

Akhirnya Andrian membuat keputusan untuk berbual dengan Erynna mengenai hal ini.

"Eryn nak tahu ke apa yang terjadi 4 tahun yang lalu ?" Soal Andrian kepada Erynna.

Erynna yang sedang termenung terus mengalihkan pandangannya ke arah Andrian apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Andrian.

"Eryn yakin ke Eryn kuat dan boleh terima apa sahaja yang Eryn akan tahu nanti?" Soal Andrian lagi.

"Eryn tak yakin sama ada Eryn sedia atau tidak tapi Eryn sebenarnya buntu dan keliru dengan memori Eryn. Eryn tak tahu nak percaya yang mana satu." Luah Erynna.

"Kalau Eryn diberi pilihan sama ada melupakan atau mengingatinya , Eryn akan pilih yang mana?"

"Kalau Eryn pilih melupakan, jujur Andrian akan kata Eryn pengecut sebab nak lari dari hakikat yang sebenarnya dan Eryn tetap akan sakit semula jika kelak memori itu kembali menghantui Eryn."

"Kalau Eryn pilih untuk ingat dan menghadapinya, Eryn tetap akan rasa sakit. Eryn tahu kan konsep tentang antibodi. Kalau sekali kena sakit, sel-sel badan kita akan membina antibodi untuk melawan sakit itu semula apabila hadir semula pada kali kedua. Sama macam dalam kehidupan bila kita rasa sakit pada kali pertama, kali yang kedua kita akan lebih kuat daripada yang pertama."

"Andrian bagi Eryn masa untuk berfikir sedalam-dalamnya tentang hal ini. " panjang lebar Andrian memberi nasihat kepada Erynna.

Segalanya bergantung pada Erynna sendiri. Ketiga-tiga jejaka itu membuat keputusan untuk biarkan Erynna sendiri membuat pilihan dan betul kata Dr.Ryan sekiranya Erynna memilih untuk menghadapinya, sekurang-kurangnya mereka bertiga ada di sisi Erynna sepanjang proses itu. Erynna sudah berumur 22 tahun dan mereka ingin biarkan Erynna sendiri membuat keputusan untuk kebahagiaan hidupnya. Kerana mereka yakin Erynna seorang gadis yang bijak.

Erynna mula pertimbangkan nasihat yang diberikan oleh Andrian sebentar tadi.

"Nak jadi pengecut seumur hidup tetapi dapat hidup bahagia atau jadi pahlawan yang perlu menghadapi dugaan sebelum mendapat kebahagiaan yang kekal ?" Soal Erynna kepada dirinya sendiri.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now