part 12

682 32 0
                                    

"Kalau ada apa-apa yang berlaku atau Eryn perlukan kami, tekan suis ni yer." Pesan Andy kepada Erynna sambil menunjuk ke arah suis yang berhubung dengan penggera mini di bilik tiga-tiga jejaka itu.

Ketiga-tiga jejaka itu lalu meninggalkan Erynna seorang diri dalam bilik yang gelap itu selepas Andreas menutup suis lampu bilik itu.

Mata Erynna tertutup secara perlahan-lahan dan akhirnya tertidur.

***
Cecair Merah pekat, darah bertaburan di atas permukaan lantai mozek itu. Terdapat beberapa mayat bergelimpangan di kawasan itu. Hanya sepasang suami isteri yang masih hidup ketika itu. Kedua-dua mereka sedang menangis dan merayu agar anak mereka dilepaskan.

"Dimana anak kau?!" Sekali lagi lelaki yang bertopeng itu bertanya dengan nada yang tinggi kepada sepasang suami isteri yang sedang berlutut di hadapannya dengan tangan dan kaki yang diikat ketat oleh tali.

Pasangan itu tidak menjawab pertanyaan itu tetapi mereka tidak berhenti meminta mereka untuk tidak mengapa-apakan puteri mereka.

"Ini kali terakhir aku tanya soalan yang sama! DI MANAKAH ERYNNA?!!" teriak lelaki itu dengan amarah.

***

Erynna yang terkejut terus tersedar dari mimpinya itu. Tiba-tiba telinga Erynna dapat menangkap satu bunyi asing di ruang balkoni biliknya itu. Cahaya daripada bulan penuh itu menampakkan bayang-bayang satu figura yang asing kini berada di ruang balkoni biliknya itu yang dipisahkan dengan pintu gelangsar yang diperbuat daripada kaca dan ditutupi dengan langsir nipis.

Mustahil jika orang dalam rumah banglo itu yang berada di ruang balkoni itu. Kerana hanya dua sahaja cara untuk ke ruang itu. Sama ada perlu melalui bilik Erynna terlebih dahulu atau pun panjat dari luar kerana bilik Erynna terletak di tingkat atas .

Tanpa berfikir dengan panjang, Erynna terus menekan suis yang terletak berhampiran dengan katilnya dengan pantas. Suis itu ditekan banyak kali kerana Erynna kini berada dalam ketakutan.

Andrian , Andreas dan Andy yang terdengar penggera mini mereka berbunyi segera bangkit dari katil mereka lalu berlari ke arah bilik Erynna. Disebabkan penggera itu sepertinya tidak henti-henti berbunyi bermaksud Erynna dalam keadaan yang sangat takut menyebabkan mereka terus serbu sahaja masuk ke dalam bilkk itu. Nasib baik Erynna tidak kunci pintu itu.

Sebaik sahaja pintu bilik Erynna dibuka seluas-luasnya, lampu bilik dipasang oleh Andrian untuk menerangkan bilik itu. Erynna terus bangun dan lari menyorok di belakang jejaka- jejaka itu lalu menunjuk ke arah ruang balkoni tanpa mengeluarkan suara.

Pada masa yang sama, orang yang berpakaian serba hitam, bertopi hitam dan bertopeng itu segera melarikan diri dari ruang balkoni itu apabila menyedari lampu bilik Erynna telah diterangi lampu bilik. Dengan pergerakan yang pantas, dia panjat turun dari ruang balkoni itu lalu berlari ke belakang rumah banglo itu dan seterusnya memanjat tembok yang tinggi itu. Nampaknya orang yang misteri itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam memanjat dan tangkas dalam setiap pergerakannya.






WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now