part 7

771 33 0
                                    

***
"Huhhh huhhh huhh huhhh" nafas Erynna menjadi tidak keruan kerana telah penat berlari selama 1 jam tanpa arah tuju.

Mengingatkan kembali peristiwa ngeri itu, Erynna tidak berhenti menangis sambil berlari ke hadapan. Dengan cuaca yang tidak mengizinkan, Erynna lencun ditimpa hujan yang lebat. Perasaan takut menyebabkan Erynna tidak berhenti berlari.Kakinya terasa lenguh kerana telah lama berlari.

Sampai bilakah Erynna akan berlari? Ke manakah arah tuju Erynna? Erynna buntu kerana mindanya kini diselubungi dengan rasa takut. Akhirnya, Erynna terjatuh ke atas permukaan jalan raya yang kasar itu.
***

"Ahhh!!" Erynna sedar dari tidurnya. Jantungnya berdegup dengan begitu laju.

"Eryn! Eryn okay ke?!" Teriak Andy dari luar sambil mengetuk pintu bilik Erynna. Mungkin Andy terdengar Erynna yang terjerit tadi.

Erynna tidak mempunyai kekuatan untuk menyahut. Erynna cuba untuk tenangkan dirinya. Andy berasa sangat risau apabila Erynna tidak memberi sebarang respon. Andy terus berlari untuk memaklumkan kepada abang-abangnya. Andrian dan Andreas terus ikut berlari ke bilik Erynna bersama Andy.

Baru sahaja pembantu rumah itu ingin menggunakan kunci pendua untuk buka pintu bilik Erynna, pintu bilik itu sudah dibuka dari dalam oleh Erynna. Kelihatan Erynna sedang berpeluh dan tidak bermaya. Mukanya juga pucat.

Andy terus pimpin Erynna semula ke katilnya untuk baring selepas melihat keadaan Erynna yang mungkin tidak larat untuk berdiri lama.

"Tolong bawakan air suam ke sini." Arah Andrian kepada pembantu rumah itu. Setelah mendapat arahan, pembantu rumah itu terus hilang ke dapur.

Andreas segera mendaratkan tapak tangannya ke atas dahi Erynna, "hmm demam rupanya budak ni." Komen Andreas .

"Demam sikit je ni. Eryn rasa kejap lagi kebah lah ni." Ujar Erynna lalu meneguk perlahan-lahan air suam yang diberi oleh pembantu rumah tadi.

"Harini kita cuti. " kata Andrian kepada Andreas dan Andy selepas membuat panggilan untuk memaklumlan setiausahanya.

Erynna berasa sangat bosan berbaring di dalam bilik itu lalu mengambil keputusan untuk turun ke dapur.

Dengan langkah yang perlahan-lahan, akhirnya Erynna sampai juga ke dapur. Dahi Erynna berkerut kehairanan apabila melihat Andrian, Andreas dan Andy sedang memasak di dapur.

"Kenapa Eryn turun? Kan Andreas dah suruh baring je kat katil."

Erynna segera balas, "Eryn bosan kat bilik. Ingatkan nak makan buah epal tuh yang datang sini nak ambil."

Belum sempat Andreas nak balas Andrian sudah menyampuk, " hmm duduk sini diam-diam." Andrian arah Erynna untuk duduk di kerusi berdekatan dengan meja tempat mereka menyediakan hidangan. Epal merah yang telah dipotong kecil-kecil  diberi oleh Andy kepada Erynna. Andy mengambil tempat di sebelah Erynna lalu mendaratkan tapak tangannya di dahi Erynna .

"Hmm okay lah nii berkurang dah panasnya." Komen Andy. Andrian masih sibuk memotong isi ayam menjadi potongan yang halus dan bahan-bahan lain untuk dicampurkan ke dalam bubur.

"Kenapa korang yang masak? Mana bibi?" Soal Erynna sambil mengunyah epal di mulutnya.

"Jangan bercakap kalau masih ada makanan dalam mulut. Dorang cuti harini." Sampuk Andreas.

WHO IS THE KILLER?Where stories live. Discover now