Ying menatap ke arah Yaya. "Yaya, saya perlu jumpa Tuan Amato. "

"Kenapa? "

"Tidak tahu maa... Dia mahu saya ke sana sebab mahu kirimkan sesuatu. Haiya, itu pakcik. Oklah, Yaya. Saya pergi sekejap, ya? Nanti saya datang balik. " Yaya mengangguk faham. Lalu mereka berdua pun berpisah menuju ke hala masing-masing.

💖✨💖✨💖✨💖

"Eh? Di manakah Ying? " Gemap memandang ke arah Yaya sambil melilau mencari kelibat Ying. "Ying tadi kena panggil Tuan Amato. Katanya ada hal. Jadi dia pergi sekejap. Lepasni dia datang balik. " Gempa hanya menganggukkan kepalanya faham. Dia kemudian menunggu sahaja Yaya menghidangkan makanan untuknya di atas meja pondok itu. Sesekali dia juga turut membantu untuk memudahkan lagi kerja Yaya.

Sebaik sahaja selesai, Gempa pun mempelawa Yaya untuk duduk. Yaya hanya akur sahaja lalu dia pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di bawah pondok tersebut.

Gempa menikmati air teh hangat dengan nikmat dan elegan sekali. Yaya yang memerhati hanya mampu memandangnya kagum. "Betul ke Cik Gempa dibesarkan di kampung? Kenapa tatasusila dan adabnya sangat baik? " Yaya kembali menuang semula air teh ke dalam cawan Gempa.

"Sedapnya air teh yang kamu berdua buat, Yaya. Saya harap saya pun dapat buat sesedap ini. " Puji Gempa beserta senyuman manisnya.

"Ah, kami biasa-biasa saja Cik Gempa. Lagipun air teh ni memang semula jadinya sedap. Jadi tak perlulah Cik Gempa terlalu memuji. " Yaya cuba menolak pujian Gempa dengan sebaiknya. Gempa pula tersenyum senang.

"Berapakah umur Yaya dan Ying? " Untuk mengelakkan suasana canggung, Gempa mula membuka soalan.

"Hmm... Kalau tak silap Ying lagi muda dari saya. Umur saya baru sahaja hampir masuk 21."

"Oh, kalau begitu Bolehkah saya panggil Yaya sebagai Kak Yaya? "

"Eh? Tak perlulah Cik Gempa. Segan pula saya. "

"Ehehe! Baiklah kalau begitu. Dan Yaya serta Ying tidak perlulah memanggil saya menggunakan bahasa 'cik' lagi. Saya juga segan akannya. " Gempa sedikit tersenyum malu.

"Takpe ke? Sebab kami takut nanti Tuan Amato marah. "

"Saya tidak rasa ayah akan marah jika kawan saya yang memanggil saya sebegitu. " Dengan lembut Gempa menjawab soalan yang dikhuatiri oleh Yaya. Melihat senyuman Gempa bersama kata-katanya membuatkan hati Yaya sedikit tenang. Dia pun mengangguk setuju. "Baiklah kalau itu permintaan Gempa. Kami akan hormatinya. " Yaya menundukkan kepalanya hormat.

"Ah, Yaya juga tidak perlulah begitu formal bersama saya. Anggap sahaja kita bertiga ini sebagai kawan yang rapat. Saya tidak terlalu biasa dengan suasana formal. "

"Eh, tapikan Gempa cakap bahasa formal. Saya sendiri sebenarnya tertanya... Bukan ke Gempa dibesarkan di kampung? " Pertanyaan Yaya mendapat anggukan dari Gempa. "Jadi macam mana Gempa begitu hebat sekali menjaga tatasusila? Gempa juga sangat beradab. Kagum saya. "

Gempa tertawa kecil mendengarnya. Namun dia hanya diam seketika. Sudah biasa baginya untuk mendengar pertanyaan itu. Hal ini kerana dia sering diperlekehkan oleh orang-orang sekitarnya kerana statusnya sebagai 'gadis kampung'. Namun tiada sesiapapun yang mengetahui latar belakang Gempa yang sebenarnya.

Dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat mengenali Gempa yang sebenarnya.

"Yaya! Cik Gempa! "

Bunyi panggilan dari seseorang membuatkan 2 gadis dalam lingkungan remaja itu menoleh ke arah sumber suara. Dan dapat dilihat bahawa Ying sedang berlari-lari anak sambil mendekati mereka berdua. Sebelum bertanya, Yaya membiarkan dahulu Ying untuk menarik nafasrnya.

"Haahh.. Hah... Aduh... Penatnya. "

"Kau kenapa ni, Ying? Macam kena kejar kucing je. "

"Haiya, mana ada maa.. "

Ying berjalan mendekati mereka lalu duduk di sebelah Yaya. Gempa dengan prihatinnya menuangkan secawan teh untuk Ying lalu menghulurkannya kepadanya. Ying dengan segan menerimanya dan tidak lupa mengucapkan terima kasih sebelum dia meneguk air teh tersebut.

Sebaik sahaja dirinya sudah tidak kelelahan, Ying mula membuka suara. "Tadi Tuan Amato panggil saya tau. Dia cakap yang dia nak saya kirim satu barang. "

"Barang? Barang apa? "

"Hadiah. " Jawab Ying ringkas.

"Hadiah? Untuk siapa? " Yaya menyoal kembali.

"Untuk anaknya lah. Haiya... Ini Cik Gempa. Hadiah dari ayah kamu. " Ying mengeluarkan sekotak hadiah yang berbungkus plastik berwarna kuning dan bercorak polkadot hitam lalu diberikannya kepada Gempa. Gempa menerimanya sembari mengucapkan terima kasih.

"Uwah... Tak pernah ayah berikan saya apa-apa hadiah! "

"Haiya, sebelum ini hari jadi kamu dia tidak bagi ka? "

"Err... Bagi je. Cuma tidak selalu. Sebab saya sering menolaknya. "

"Eloklah kalau macam tu. Jadi Gempa? Bukalah hadiah tu. "

Gempa mengangguk lalu lantas dia membuka bungkusan hadiah tersebut. Tidak mengambil masa yang lama untuk bungkusan itu dibuka dan kini ketiga gadis itu menantikan isi hadiah itu dengan penuh debaran.

Gempa menarik keluar sebuah kotak berwarna putih lalu terkagum dia apabila dia melihat muka depan kotak tersebut.

"Wah! IPhone!! " Jerit 2 maid itu dengan teruja.

Gempa terkebil-kebil seketika memandang kotak itu. Seolah-olah dirinya tidak dapat mempercayai dengan apa yang baru sahaja diterimanya. Ying yang memandang wajah Gempa seolah-olah faham apa yang berada di dalam fikiran Gempa. Bahu Gempa ditepuk lembut. "Haiya, terima sajalah. Itu kan ayah Cik Gempa yang kasi? "

Gempa menoleh ke arah Ying. Tidak lama kemudian dia tersenyum manis lalu mengangguk. "Terima kasih. Ying panggil saya Gempa sajalah. Segan saya dipanggil cik semua ni. " Ying hanya mengangguk dan mereka bertiga sama-sama tersenyum antara satu sama lain.










TBC(?)

Asyik-asyik sikit je kan setiap chapter? 😂💦 Maaflah Ani memang pemalas orangnya kalau nak menaip panjang-panjang. 💦
.
Chapter kali ni sedikit hambar tapi takpe. Uwu banyak lagi rahsia orang lain yang akan terungkap di chapter akan datang!
.
Ingat Gemgem sorang je ke yang ada rahsia? Yang lain pun ada lho~ Keluarga tiri Gempa pun ada rahsia! Owo
.
See ya in next chap! 😆💕

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now