A Sudden Attack! (Pt. 3)

Start from the beginning
                                    

"Heh, nampaknya betullah amaran yang dia berikan pada kau waktu pertama kali dia ke sini, Hali. " Ais melirik ke arah Halilintar yang berada di sebelahnya dan masih memandang ke arah Gempa. Halilintar tidak menoleh namun dia menganggukkan kepalanya setuju dengan kata-kata Ais.

Taufan yang terdengar perbualan Ais dan Halilintar tadi terus mendekati mereka dan bertanya hairan. "Kenapa? Gempa pernah jumpa Hali ke? " Ais menoleh ke arah Taufan dan yang lain yang ternyata ikut mendengar perbualan mereka tadi.

Seukir senyuman terukir di bibir Ais. "Hali ada cerita dekat aku yang... Dia ada arahkan orang bawahannya untuk menculik Gem. Macam yang kita rancang. Arah dan paksa Gem untuk menyatakan kepada Tuan Amato supaya dia serahkan syarikatnya. Tapi... Heheh! Tak sangka pula yang Gem akan bertindak menyerang mereka. Orang bawahan Hali menceritakan situasi yang berlaku dan... Kata-kata amaran Gempa kepada kita. "

"Apa amarannya? " Blaze mula teruja selepas mendengar cerita yang diceritakan oleh Ais. Ais melebarkan lagi senyuman sinisnya. "Dia kata... Don't play with earth. " Ais kembali mendongak melihat Gempa yang sedang mendongak melihat ke arah cahaya bulan.

Semua yang berada di situ mengikut lihat Gempa di situ. Masing-masing sedang berfikir akan diri Gempa. Termasuk Halilintar yang sedari tadi lagi memandang Gempa.

"Gempa... Gadis kecil yang lain daripada yang lain. Don't play with earth, huh? Kami tak sabar nak tengok apa lagi rahsia gadis ini selepas ini. " Masing-masing menantikan masa yang akan datang mereka bersama Gempa.

"Wah.. Bulan malam ni penuh, ya? " Gempa melihat ke arah sinaran bulan yang begitu cantik di hadapannya. Bagai terpukau oleh cahaya rembulan tersebut, itulah yang sedang berlaku dalam diri 6 jejaka yang sedang memerhatikan Gempa sedari tadi lagi.

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa menutup pintu bilik ayahnya dengan perlahan. Dia baru sahaja selesai merawat ayahnya yang sedang dijaga oleh seorang jururawat dan seorang doktor peribadi yang baru sahaja diupah Gempa untuk merawat ayahnya, Amato. Oleh kerana ingin menguruskan hal kerosakan di dalam rumah dan pada masa yang sama menjaga keselamatan ayahnya, Gempa meminta agar segalanya dilakukan di rumah itu sahaja.

Gempa menghela nafas lega apabila dia mendapat tahu bahawa ayahnya baik-baik sahaja. Dia tersenyum senang sebelum ia kembali memudar apabila mengingatkan mak tirinya dan adik tirinya. Wajahnya terus bertukar geram. "Jadi ini semua rancangan makcik tu, huh? Tak guna punya orang tua. Senang-senang aku masukkan je dalam mesin basuh kasi cuci diorang punya otak tu! " Gempa menghamburkan seluruh amarahnya untuk melepaskan geram dari keluarga tirinya. Dengan perasaan kesal dan marah, dia berjalan menuju ke arah biliknya.

TING!

Gempa terdiam seketika apabila dia tiba-tiba terdengar telefonnya seolah-olah masuk noti. Tanpa membuang masa, dia terus menarik telefonnya keluar dari poket jubah tidurnya lalu melihat layar telefonnya. Berkerut kening Gempa nombor yang tidak dikenali tiba-tiba masuk dalam apps chat nya. "Sejak bila aku ada share contact dengan orang yang tak dikenali ni? " Tanpa membuang masa, Gempa terus membukanya.

01X XXX XXXX

Hi, Gempa! Ini nombor Thorn tau! Gempa ingat Thorn lagi tak?

Ingat tak?
Ingat tak?
Ingat tak?
Tolonglah ingat!
Ingat ya?

Gempa save nombor ni tau! Dan pisau yang Thorn berikan pada Gempa nanti Gempa jaga baik-baik, ya? Anggap saja itu hadiah Thorn pada Gempa! Jaga baik-baik tau!

Don't Play with Her! [🔰]Where stories live. Discover now