Meet with 6 annoying guys?!

Zacznij od początku
                                    

"Suka hati akulah! Mulut aku! Sekurangnya aku bayar insurans untuk mulut aku ni. Kau ada? " Kata-kata pedas Gempa sedikit sebanyak membuatkan lelaki tadi berdecih kesal.

"Sudah! Jangan buang masa aku! Apa yang kau nak dengan aku hah?! "

"Aku nak kau beritahu ayah kau supaya serahkan syarikat dia kepada aku. " Gempa kaku seketika sambil memaparkan reaksi wajah terkejut pada lelaki tersebut selepas mendengar permintaannya atau lebih tepat kedengaran seperti arahan.

Kedua belah tangan Gempa di genggam erat. "Apa hak kau nak ambil syarikat ayah aku, hah?! "

"Oh, takde apa. Sekadar ingin menunjukkan bahawa syarikat aku paling hebat di antara 6 syarikat yang hebat di bandar ni? "

"Cis! Kau rupanya orang yang tamak! Gila kuasa! Sudah, aku tak nak buang masa dengan orang macam kau. Baik kau hantar aku balik! " Gempa menundingkan jari telunjuknya ke arah lelaki tadi sambil memberi arahan yang seolah-olah memberi amaran juga.

Namun arahan Gempa hanya mendapat senyuman sinis dari lelaki tadi. "Kalau aku tak nak macam mana? "

Gempa semakin geram. "Oh... Kau tak nak, ya? Jaga kau! " Gempa mula melihat kawasan di sekitarnya. Dan dia dapati di kawasan berdekatannya ada batu-batu saiz sederhana kecil dan ranting-ranting kayu. Senyuman kejam terukir di bibir Gempa.

"Kau tak nak dengar arahan aku ya? " Gempa menjeling ke arah lelaki tadi. Dan dengan kadar kelajuan yang cepat, terus batu-batu kecil itu dikutipnya beserta ranting-ranting tersebut diambil lalu dibalingnya ke arah lelaki tadi tanpa sebarang belas kasihan. "NAH! MAKAN NI! MAKAN NI! JANTAN TAK GUNA!!! HANTAR AKU BALIK LAAAA!!! "

"Aduh! Aargh!! Wooii!! Tak guna punya perempuan!! Harap je cantik dan comel!! Woi! Aduh!! Setop woi setop!! "

"Hantar aku balik!! Sekaraaanngg!!! " Tangan Gempa masih aktif melempar-lempar ke arah lelaki tadi.

"Aarrghh!! Yelah! Yelah!! Dah la tu woi!! "

Mendengar persetujuan dari lelaki tersebut, secara automatik Gempa berhenti dari membaling. Terus terpancar wajah gembiranya. Dengan langkah yang cepat Gempa berjalan mendekati lelaki tersebut. "Betul ke?! Ok jom!! Hantar aku cepat!! "

Dengan cepat Gempa terus beredar dan keluar dari taman itu. Macam tahu-tahu je dia dekat mana pintu keluar dari taman tersebut. Lelaki tadi hanya mampu terpinga-pinga dengan apa yang terjadi pada dirinya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Ok, aku hantar kau dekat sini je. Dah, pergi balik sendiri. "

"Huh?! Weyh! Kejap-! " Belum sempat Gempa menghentikan lelaki tadi, kereta yang dinaiki Gempa terus memecut laju meninggalkan Gempa selepas meninggalkan Gempa di tepi jalan berdekatan dengan taman tadi.

"A-apa?! Heeeyy!! Ish! Tak guna punya jantan! Harap je muka hensem! " Gempa terkumat-kamit mengutuk (memuji) lelaki tadi sambil terus berjalan menuju ke bandar. Nasib baik ada papan tanda di sekitarnya jadi dia dapat mengikut petunjuk.

"Tsk! Apa lah nasib aku hari ni kena terlibat dalam situasi pelik-pelik? Haih... "

PIINN!
PIIINNN!!

Don't Play with Her! [🔰]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz