"Aku terima nikahnya dengan Maisarah binti Khaled Nordin dengan mas kahwinnya RM1001 tunai" itulah lafaz akad nikah yang dikeluarkan dari mulut Mohammaad Zaim. Degan sekali lafaz, Syifa telah selamat menjadi isterinya yang sah. Setelah pelbagai onak duri yang terpaksa mereka tempuhi. Akhirnya mereka telah selamat menjadi pasangan suami isteri. Penat lelahnya yang baru pulang dari Amerika pun belum habis lagi.

Syifa yang asyik tertunduk tanpa sedar air matanya menitis dari tubir mata. Dia tidak sangka sebegitu hebat jalan cinta mereka sehingga mereka dapat menjadi pasangan suami isteri pada hari ini. Itulah impiannya dari dulu. Dia juga berterima kasih kepada Allah kerana memakbulkan doanya sepanjang hari. Dari jauh, dia melihat suaminya merenung dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibir. Bukankah senyuman itu yang dirinduikan walaupun lelaki itu sudah menyakiti seluruh pangkal hatinya.

"Sah!" satu tepukan gemuruh dari dalam masjid. Bergema. Semua yang berada di situ bersyukur kerana semuanya sudah selesai.

Syifa mengesat air matanya dengan sehelai tisu. Sebak hatinya turut menjadi air matanya juga keluar. Dia cuba bertahan saat Zaim menyarungkan cincin di jari manisnya. Terus Syifa mencium tangan suaminya. Saat ini jurugambar mahu mereka kekal begitu kerana ingin mengambil posisi yang cantik diambil gambar. Hanya Allah saja yang tahu perasaan itu, Syifa rasa malu bersama perasaan gembira.

Kini Zaim pula yang mencium dahi isterinya sambil berbisik lembut "terima kasih sayang sebab terima abang jadi suami sayang. Abang akan jaga sayang sampai akhir hayat abang." Syifa hanya mendengar tanpa membalas. Dia belum bersedia menerima Zaim sepenuhnya walaupun sudah semestinya lelaki itulah yang paling dia cintai.

Setelah semuanya selesai, Zaim terus mendapatkan isterinya yang asyik tidak lepaskan diri dari berpeluk dengan emaknya. Hatinya mula rasa bersalah kerana mengambil Syifa dengan tergesa-gesa. Namun, dia tidak boleh menunggu lama, takut orang lain menyambar gadis pujaaan hatinya itu. Dengar kata, ada lelaki lain juga melamar Syifa tanpa ketiadaannya di Malaysia.

"Dah... Dah... Janganlah menangis. Kesian suami kamu itu tunggu dekat sana. Sekarang tanggungjawab Syifa beralih pada suami. Ingat, jangan sesekali menderhaka pada suami. Tidak elok." pesan Puan Rania sambil mengerling menantunya yang sibuk berbual dengan ahli keluarga mereka.

"Sudah Syifa. Elok sangat kamu kahwin dengan Zaim. Tutup sikit mulut orang kampung itu, tak habis-habis mengata kamu mengandung anak luar nikah." Kata Encik Khaled Nordin dengan perasaan lega. Dia sebagai ayah kepada Syifa mengharapkan pasangan itu bahagia. Lagipun mereka tiada masalah dengan besan mereka. Keluarga Zaim memang dari golongan yang merendah diri.

"Syifa sedih tinggalkan mak dan abah dekat kampung. Kalau Syifa tak ada, siapa yang datang jenguk? Risaulah Syifa macam ini..." Kata Syifa lemah. Walaupun dia bekerja di Kuala Lumpur namun di hujung minggu dia akan sentiasa balik ke Perak, tempat asalnya dilahirkan. Dia tidak boleh berpisah lama dengan emak dan abah. Baginya, dia sebagai anak perlu ada bersama mereka. Susah senang bersama.

"Buat apa nak risau. Jiran-jiran kan ada, bukan mak dan abah duduk jauh dari pelosok bumi." Balas Encik Khaled Nordin mahu anaknya itu tidak mahu runsing. Kemudian matanya memandang wajah Zaim yang sudah menjadi menantunya sudah datang ke arah mereka. Pasti Zaim mahu bercakap dengan Syifa.

"Suami kamu datang. Abah dan mak nak uruskan apa yang patut dekat luar." Terus Encik Khaled Nordin menarik tangan isterinya untuk keluar ke masjid. Dia harus memberi ruang kepada Syifa dan Zaim meluahkan rasa. Di sudut hati, dia berasa lega sekali lagi kerana Farhan tidak lagi menganggu hidup Syifa. Pandai-pandailah Zaim uruskan masalah antara Farhan dan Syifa selepas ini.

Sejuk tangan Syifa apabila Zaim cuba meraihnya untuk diletakkan ke dadanya. Mata isterinya dipandang sayu. Beginikah pengakhiran cinta mereka? Bernikah dengan majlis yang sederhana pada hari ini? Tetapi dia tidak kisah semua itu, asalkan Syifa sudah menjadi haknya seorang.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now