Chapter 78

32.3K 926 29
                                    


🌹🌹🌹

SEMUA tidak sabar untuk mendengar apa rancangan yang telah di rancangkan oleh Tengku Mikhail.

" Good news. Seperti yang telah aku janjikan mulai hari ini korang semua akan ambil alih semua perniagaan Mark dan Johnathon. Semua documents dah selesai dan aku sudah tanda tangan pemindahan hak. "

" WOW. TERIMA KASIH BOS. "

" TERBAIK LAH BOS. " sorak mereka semua. Dengan sekelip mata mereka semua akan bergelar billionaire seperti Tengku Mikhail.

" Tapi kami tetap masih kerja dengan bos kan?. " tanya Amirul membuatkan suasana menjadi sepi.

" Saya tak perlukan title tu. Saya nak Bos selamanya. " kata Khairul tegas dan lantang. Semua mata memandangnya ke arahnya. Mana perginya Khairul yang sentiasa tenang.

" Kau ni dah salah faham bro. Bila masa kita bukan anak buah bos. Kita selamanya anak buah bos. " kata Rayyan.

" BETUL!!!. Setuju!!!. " sorak yang lain.

Tengku Mikhail hanya mampu mengelengkan kepalanya, dia belum lagi selesai bercakap mereka semua sudah bersorak seperti nak hilang suara.

" Attention!. Biarlah aku habis bercakap semua dulu lepas ni baru sesi soal jawab. " kata Tengku Mikhail perlahan, geram.

" Hehe sorry bos. Jangan marah nanti cepat tua. " keadaan kembali tegang mereka tekun ingin mendengar maklumat lanjut dari Tengku Mikhail.

" Lepas ini aku akan hentikan kegiatan penjualan senjata api secara haram kita 100%. No more senjata HARAM only senjata Halal. "

" Senjata Halal tu macam mana bos?. " Tengku Mikhail memandang Amirul tajam kerana menyampuk bicaranya.

" Shhh. Senjata berlesen lah bongok. " marah Hazid mencekup mulut Amirul dengan tapak tangannya.

" Mulai sekarang kita hanya akan fokuskan pada penjualan secara berlesen. Semua senjata haram akan di hapuskan 100%. Ada sebarang bantahan?. " tanya Tengku Mikhail.

" Tak ada bos. " balas mereka serentak.

" Okay meeting kita sampai sini sahaja. Sayang bawa Zard pergi taman belakang abang dah suruh Mak Tam sediakan minum petang. "

" Tapi Mira nak duduk sini lagi. " balas Amira.

" Okay lah Mira pergi. Jom Zard. " Amira mengalah juga bila tengok muka tidak puas hati Tengku Mikhail, dia menolak kerusi roda Tengku Adam Haizard di bantu oleh bibik.

" Hapus macam mana tu bos?. " tanya Shahrul sebaik sahaja kelibat Amira hilang.

" Kita akan mengadakan penjualan penghabisan stok senjata api pada malam esok so Mirul dan Hazid tangguh flight korang pada lusa. " terang Tengku Mikhail.

" Baik bos. " balas Hazid.

" Semua pembeli dari luar akan datang pada malam esok. Aku nak korang pastikan semua berjalan lancar dan jangan ada sebarang kesilapan. "

" Sempat ke bos kita nak bersiap sedia?. " tanya Amir.

" Yang tu semua aku dah uruskan korang cuma ambil tempat. Kita akan buat wholesale senjata api milik Mark selebihnya kita akan halalkannya. "

" Maksudnya bukan senjata api kita yang kita akan jual malam tu. " teka Hazid.

" Yup exactly. Malam ini korang boleh gerak ke lokasi yang aku tetapkan kalau ada apa-apa tak faham tanya Hafiz or Rayyan. " kata Tengku Mikhail kerana mereka berdua ada bersama Tengku Mikhail ketika Tengku Mikhail mengatur rancangan.

Book 1:Tengku Adam MikhailDove le storie prendono vita. Scoprilo ora