Chapter 29

56.4K 1.5K 164
                                    

🌹🌹🌹

TENGKU Mikhail duduk di sebelah Amira dan memegang tangan Amira dengan tangannya selepas dia membaringkan Amira di atas katil.

" Sayang Ok?. "

" Okay saja. Sikit saja ni tapi sakit jugalah. "

Amira faham pertanyaan itu bukan untuk itu tapi untuk perkara lain.

" Kalau sayang tak nak cerita tak apa abang tak nak paksa. " kata Tengku Mikhail memegang tangan Amira.

" Mira.. " walaupun dia belum bersedia untuk menceritakannya dia tetap harus menceritakannya juga.

Suatu hari nanti suaminya tetap akan tahu, dia memilih untuk menceritakannya sekarang dan dia ingin melupakan kejadian itu sepenuhnya.

" It's okay. It's okay semua tu dah lepas. Abangkan ada dengan sayang sekarang. " pujuk Tengku Mikhail menepuk perlahan belakang tangan Amira.

" Abang akan sentiasa jaga Mira lepas ni. Maafkan abang sebab careless. "

Tengku Mikhail memeluk Amira sambil mengusap-usap badan isterinya perlahan.

" Bukan salah abang perkara nak jadi itu semua ketentuan Allah. " balas Amira mengusap perlahan dagu Tengku Mikhail.

Tidak sedar bahawa sentuhan itu menaikkan nafsu Tengku Mikhail.

" Abangg. " terkejut Amira apabila Tengku Mikhail menindih tubuhnya.

" Sorry... Sorry abang sakitkan sayang ke?. " tanya Tengku Mikhail gelabah.

" Hahaha mana ada sayang terkejut je. " balas Amira, meletakkan kedua tangannya di leher Tengku Mikhail.

Terasa membahang mukanya apabila keadaan mereka yang terlalu rapat sehingga dia dapat bau masculine suaminya.

Tengku Mikhail tersenyum senang dengan reaksi Amira dan apabila Amira mengantikan bahasa dirinya kepada 'sayang'.

" Tak boleh.. Tak boleh. " kata Tengku Mikhail dan bingkas bangun.

" Hahahahaha. "

" Eee sayang lah ni. Abang kena mandi air sejuk la nampaknya. Bye. " kata Tengku Mikhail dan memasuki bilik air.

Dapat di dengar ketawa isterinya dari dalam bilik air.

" Sayang nak pergi mana tu?. "

" Sayang nak turun bawah. Sayang nak sediakan breakfast."

" Tak payah sayang duduk je diam-diam dalam bilik ok. Biar abang turun ambilkan makan. Abang dah suruh Is belikan tadi. " kata Tengku Mikhail membaringkan Amira semula di atas katil.

Amira hanya ketawa dengan terlatah suaminya itu.

'Macam aku patah kaki lagaknya. ' fikir Amira.

" Sayang jangan pergi mana-mana tahu. Abang ada kerja sikit. "

Tengku Mikhail membawa dulang makanan Amira yang sudah selesai itu ke bawah.

Hampir seharian Amira tidur badannya berasa lemah di lihat jam sudah pukul 5 lebih.

Pantas dia bangun untuk solat Asar, Zohor dia terlepas.

" Sayang! Kan abang dah cakap jangan gerak. "

" Sayang belum solat. "

" Errr. Sakit pun kena solat ke?. "

" Waktu kita sakitlah kita kena lebih dekatkan diri kita kepada Allah. "

" Ohh. " Tengku Mikhail mengangkat Amira ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Dia hanya duduk di bucu katil melihat isterinya yang solat sambil duduk diatas kerusi itu.

' Ya Allah bila kali terakhir aku solat. ' tanya hatinya.

" Abang dah solat. " terkejut Tengku Mikhail yang sedang melamun itu apabila mendengar suara Amira.

" Errr abang solat esok. "

" Kenapa esok?. Hari ni kan ada? ."

" Hari ni abang banyak kerja. " balas Tengku Mikhail acuh tak acuh lalu mengangkat Amira dan letak diatas katil.

" Abang keluar dulu. " Tengku Mikhail bangun dan terus keluar.

Banyak soalan yang Amira ingin menyakan pada suaminya itu tapi dipendam.

Dia tidak boleh membuat suaminya rasa dirinya di paksa.

Malam itu selepas sahaja Tengku Mikhail menemannya makan suaminya itu terus keluar bilik dan tidak masuk-masuk.

Bunyi orang membuka pintu menarik perhatian Amira.

Dia memandang kearah pintu dengan matanya yang di penuhi air mata.

" Hey. Sayang kenapa menanggis ni?. "

Tengku Mikhail melabuhkan punggungnya di sebelah Amira dan mengesat air mata isterinya itu.

" Abang marahkan sayang ke?. Sayang minta maaf kalau abang terasa dengan sayang. " kata Amira dalam tanggisan mencium tangan suaminya tidak henti-henti.

" Abang tak marah sayang. Abang cuma malu dengan diri abang. "

" Kenapa?. "

" Abang sepatutnya bimbing sayang tapi abang pun tidak terbimbing. Abang rasa abang.... "

" Shhh. Abang tak perlu cakap semua tu. Kita baiki diri kita slow-slow ok. Sayang pun banyak lagi yang kena belajar. " Amira mengesat air mata suaminya itu.

First time dia melihat suaminya itu mengalirkan air mata dihadapannya.

" Abang solat Isyak dulu lepas tu kita tidur ok?. " suruh Amira.

" Abang tak boleh solat. "

" Kenapa?. "

" Abang dah lupa cara solat and abang.. "

Tengku Mikhail menyentengkan kaki seluarnya ke paras lutut.

Amira melihat ada tatu seekor kala jengking di situ.

Dia menutup mulutnya tidak percaya apa yang di lihat.

" Tak apa abang solat. Jom sayang ajarkan. Pasal benda dekat kaki abang itu nanti kita tanya ustaz ya. "

Amira mengajar suaminya cara mengambil wuduk dan cara menunaikan solat.

Selesai sahaja solat Tengku Mikhail mengusap kepala Amira dan mencium ubun isterinya dengan penuh shadu.

" Abang sayang dah sedia nak jalankan tanggungjawab sayang sepenuhnya. " bisik Amira pada telinga Tengku Mikhail.

" Sayang serious?. "

Tengku Mikhail terkejut dengan kata-kata Amira.

Melihat anggukkan kecil dari Amira dia terus menarik tangan Amira menuju ke katil.

" Asslammualaikum sayang...."

" Waalaikummussalam abang... "

Bersaksikan bulan yang terang malam itu terjalinnya hubungan suami isteri dalam ikatan yang sah secara zahir dan batin.

To be continues...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now