Chapter 13

60.7K 1.7K 22
                                    

Pelajar mula berkumpul di depan dewan sekolah menunggu bas yang akan di naiki menuju ke Cameron highland, Pahang.

Amira begitu teruja kerana ini kali pertama dia mengikuti rombongan sekolah dan akan menjejakkan kaki ke Pahang.

Amira gembira bergurau senda bersama kawan-kawan kelasnya.

Tidak sedar ada yang tidak gembira dan asyik mengeluh sepanjang perjalanan dari rumah hingga mereka tiba ke sekolah.

" Kenapa aku yang jadi mangsa." keluh Daniel perlahan sambil membawa turun beg Amira.

" Abang Dani." panggil Amira.

" What!!." balasnya kasar.

Melihat perubahan air muka Amira dia terus menarik senyum palsu dibibirnya untuk Amira.

Senyum itu membuatkan Amira kembali ceria dan bergerak mendekatinya.

" Abang Dani, kawan Mira yang pakai tudung warna pink tu minta nombor telefon abang. Kalau Mira bagi boleh?" tanya Amira dan menunjuk kearah sekumpulan pelajar perempuan.

" Ohh Boleh kenapa tak boleh pula tapi sebelum tu abang Dani bagi Mira dua pilihan."

" Okay. Apa pilihan tu?" tanya Amira tidak sabar.

" Mira nak abang Dani bagi nombor abang Dani pada kawan Mira dan kita balik atau Mira nak ambil bantal Mira ni dan naik bas sekarang?" tanya Daniel sambil menghulurkan bantal ditangannya.

Dulu dia seorang yang sangat sukar untuk membuka mulut untuk berbicara tetapi semua itu berubah bila bersama Amira.

Flashback.

" Kau buat apa dekat sini?" tanya Daniel.

" Mira tengah tengok bintang dengan Abang Khai." balas Amira.

' Abang khai. Bang khai? Bangkai?. Khairul kot.' detik hati Daniel.

" Mana Khai?"

" Abang Khai pergi ambilkan kain selimut. Abang Dani duduklah sini." pelawanya.

" Abang Dani?" tanya Daniel menuding jari pada dirinya.

" Bolehkan Mira panggil Abang Dani abang?" tanya Amira berharap.

" Ikut kaulah."

" Abang pun mana boleh cakap kau aku dah lepas ni , abang Dani kena panggil Mira, Amira or Mira bukan 'kau' dan bahasakan diri Abang sebagai Abang Dani. Okay?"

" Ikut kaulah."

End flashback.

Pada mulanya dia tidak selesa tetapi setiap kali dia tersilap membahasakan dirinya 'aku' Amira pasti akan membetulkannya.

" Eeee... Abang Dani ni..." rajuk Amira dan mengambil bantal di tangan Daniel.

Daniel terketawa kecil dengan rajuk Amira itu.

Book 1:Tengku Adam MikhailOù les histoires vivent. Découvrez maintenant