Chapter 12

59.6K 1.9K 58
                                    

Meja makan sunyi tiada seorang pun berani bersuara, bergerak atau mula menjamah makanan yang terhidang.

Mereka diam membisu melihat wajah tegang Tengku Mikhail itu.

Tengku Mikhail merenung pipi kanan Amira yang terlihat jelas kesan tapak tangan di situ menyebabkan pipi itu merah.

" All of you get out. Amira, you stay." arahnya.

Mereka semua bangun dan menundukkan kepala tanda hormat pada Tengku Mikhail sebelum melangkah pergi, pulang ke rumah masing-masing.

" Ruginya tak dapat makan masakkan Mira." bisik Rayyan pada Daniel.

" Shhh Buffalo makan saja yang kau tahu."

" Betullah. Kempunan aku nak makan sup tulang malam ni." sambungnya lagi.

Melihat jelinggan tajam Tengku Mikhail, Rayyan dan Daniel berlari manaiki tangga menuju ke bilik mereka di aras satu.

Amira berdiri tegak ditepi meja makan sambil mengenggam kedua belah tangannya menunggu Tengku Mikhail berbicara.

" Any explanations?"

" Mira terjatuh."

" Is that a joke!" marah Tengku Mikhail sambil menghentak tangannya ke meja.

" Maafkan Mira... Mira bukan sengaja nak tipu tapi..." Amira cuba mendekati Tengku Mikhail.

" Hey! listen!" kata Tengku Mikhail sambil mencengkam kuat kedua pipi Amira dengan tangan kirinya.

" Sakit... Abang sakit..." rengek Amira, air matanya sudah mula bertakung ditubir mata tunggu masa saja untuk jatuh.

" Aku paling benci orang tipu aku. Baik kau explain apa yang jadi sebelum aku cari tahu sendiri." kata Tengku Mikhail. 

Bersalah pula dia melihat isterinya itu menangis.

Hampir saja dia tersenyum bila mendengar Amira memanggilnya abang tapi dia tetap mengekalkan muka seriousnya.

" Kawan Mira tertampar Mira sebab ada sikit salah faham dekat sekolah tadi tapi semua dah settle... Abang jangan risau k. Betul percayalah Mira tak tipu." terangnya.

" Tertampar? Misunderstanding? Are you kidding?"

" Ya betul, kami ada salah faham sikit tadi masa tengah buat kerja, masa dia angkat tangan dia terkena Mira. Betul dia tak sengaja dan Mira okay je. Sikit je ni. Betul." balas Amira

Bersungguh-sungguh dia cuba menyakinkan suaminya itu.

" Macam tu sekali? Sampai memerah macam tu?" tanya Tengku Mikhail.

" Hehe dia tak sengajalah." balas Amira, isterinya itu nampak sangat tidak pandai berbohong.

Amira memberanikan diri memegang tangan Tengku Mikhail supaya suaminya itu percaya dengan kata-katanya.

" Kau belajar dari mana perkataan 'Tertampar'?" tanya Tengku Mikhail lagi.

" Errr dari sekolah kot." jawab Amira kurang yakin.

' Budak ni bendul ke apa? Dia ingat boleh perbodohkan aku ke.' kata hati Tengku Mikhail.

" Kau tak tipu akukan?"

" Tak betul. Mira tak tipu." katanya yakin dan memandang tepat kearah suaminya itu.

' Aku tak dosakan sebab aku tak tipu. Aku jawab tak betul bukan betul dan dia percaya siapa suruh.' bisik hati Amira.

Melihat kesungguhan Amira untuk menyakinkannya itu membuatkan hatinya sejuk.

Tengku Mikhail menarik Amira kedalam pelukkan dan mengusap lembut kepala Amira.

' Apa aku nak buat dengan budak ni Ya Allah.' detik hatinya.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Panggilan telefon dari bapa saudaranya itu terpaksa dijawab.

" I'm fine, thank you. Tutto qui sotto il mio controllo non ti preoccupare. (Everything here under my control don't worry)." balas Tengku Mikhail.

" Okay... See you soon." katanya lagi dan menamatkan panggilan telefon.

" Jonathon ke bro?" tanya Rayyan.

" Yelah siapa lagi." balas Tengku Mikhail menyandarkan tubuhnya ke kusyen officenya.

" Dia nak apa pula kali ni. Bilalah orang tua tu nak mati, hidup pun menyusahkan dan menyibuk je kerjanya." 

" Kau ni kan!." marah Daniel memukul belakang kepala Rayyan, mulut tempayan itu bercakap ikut sedap dia saja.

" Betullah aku kata. Dia tu dah lah manusia yang paling banyak muslihat tersembunyi... Kalau tak mengenangkan dia tu bapak saudara Mika, dah lama aku hantar dia tu kembali ke rahmatullah." kata Rayyan lagi.

Sepanjang 12 tahun mereka di Italy bersama Tengku Mikhail, Rayyan tidak pernah mempercayai atau menyukai abang ipar Tan Sri Amir.

" Macam-macam lah kau ni." balas Daniel bosan.

Pada hakikatnya Daniel juga setuju dengan kata-kata Rayyan itu oleh itu dia tidak cepat melatah dan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

" Dia nak apa bro?" tanya Rayyan lagi pada Tengku Mikhail.

" He want to send his... "

Knock. Knock.

Mereka bertiga fokus kearah pintu dan bersiap sedia menunggu tetamu itu.

Jarang ada yang naik ke aras tiga banglonya itu kerana aras ini khas untuk ruangan kerja Tengku Mikhail dan bilik simpan senjata.

Kecuali mereka ada tugas atau misi baru Shahrul, Hafiz dan Khairul akan naik ke situ untuk mempersiapkan senjata.

" Come in." arahnya.

" Hmmm abang..." mendengar suara kecil itu Rayyan terus menyembunyikan pistol di belakangnya.

" Yes. Anything?"

" Mira nak minta tolong abang tanda tangan surat kebenaran ni boleh." kata sambil menyerahkan surat yang dimaksudkan itu pada Tengku Mikhail.

" What make you think that I'll allow you to go there?" tanya Tengku Mikhail memandang kearah isterinya itu.

" Hmm semua kawan Mira pergi. Please.... Pleaseee boleh laaaa... Dua hari je. Pleasee" rayunya sambil merapatkan tangan tanda memohon.

" Two days is to long." balas Tengku Mikhail.

" Please boleh la abang..."

" Nope!"

" Please..." rayunya lagi berharap agar suaminya itu memberinya kebenaran untuk menyertai program seminar bagi pelajar yang bakal mendudukki peperiksaan SPM.

Tengku Mikhail mengisyaratkan supaya Rayyan dan Daniel untuk keluar.

" Bagi sajalah bos lagipun Iskandar kan..." sampuk Rayyan sambil ketawa tapi belum sempat menghabiskan kata-katanya Daniel menariknya keluar.

' Kau ingat kalau buat muka comel. Aku nak bagi.' kata hatinya bila Amira membuatkan muka comel dihadapannya itu.

" Please... Please..." rayu Amira lagi sambil senyum kepada suaminya itu.

" Fine but kiss me first."

Amira mencium pipi Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail menarik tangannya dan mencium bibirnya dengan possessive.

Merah muka Amira dengan perbuatan suaminya itu.

Amira berlari keluar dari bilik itu sebaik saja bibirnya di lepaskan dengan surat kebenaran yang telah ditanda tangan.

Kedengaran jelas ketawa kuat Tengku Mikhail sampai di telinga Amira.

To be continued...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now