Chapter 40

42.5K 1.3K 14
                                    


🌹

AMIRA mengusap perlahan kepala Tengku Mikhail yang berada di bahunya dengan lembut.

Mereka duduk di atas pasir bertemankan pemandangan gelap hanya bunyi ombak yang kedengaran.

Lama mereka begitu, duduk sambil berpelukkan tanpa sebarang kata.

" Kalau abang tahu yang mama akan tinggalkan abang selamanya hari tu abang tak akan tinggalkan mama sorang-sorang dekat rumah. "

Amira mengesat perlahan air mata suaminya.

" Abang percayakan dia sebab dia satu-satunya family mama dan orang yang paling rapat dengan abang selepas mama. "

" Rakan kongsi dia datang untuk tuntut janji, dia lari ke Paris tinggalkan mama dan abang. " sebak di dadanya tidak dapat ditahan.

" Abang tak tahu masa tu dia cakap dia ada kerja so abang tak syak apa-apa. Di sebabkan dia berhutang mama yang jadi mangsa!. "

Tengku Mikhail mengetap giginya menahan geram.

" Sepanjang 12 tahun abang cari punca sebenar kematian mama. Dia tutup semua tu dari abang. Abang dah bunuh banyak orang. Abang anggap dia orang semua terlibat dengan kematian mama rupanya orang yang abang bunuh hanya kambing hitam. Hahaha...."

Tengku Mikhail mula membuka cerita tentang kehidupannya dengan rasa marah yang tertahan.

" Abang macam tak sangka rupanya punca sebenarnya ada di depan mata abang sendiri. Haha. "

" Orang yang dengar segala masalah abang dan orang yang tanya keadaan abang tiap kali abang balik memburu pembunuh mama adalah punca mama abang mati. Haha. Kelakarkan sayang semua tu?. "

Tengku Mikhail mengangkat kepalanya memandang wajah Amira.

" Allah uji sebab kita kuat. " balas Amira memegang pipi suaminya dengan lembut.

Dia memandang tepat ke mata  suaminya yang berkaca.

Kecewa. Terkilan. Tertekan. Benci. Marah.

Itu yang dia rasakan saat dia membuka cerita itu pada Amira.

" Bila abang tahu dia punca sebenar abang nak sangat bunuh dia!. " kata Tengku Mikhail.

" Tapi abang tak bunuh dia. " sambung Amira perlahan.

" Dia satu-satunya family yang abang ada lepas papa meninggal. Dan hahaha... Dan sekarang dia juga rupanya punca papa meninggal. "

Amira terkedu mendengar kata-kata Tengku Mikhail terhenti tangan yang sedang mengusap belakang Tengku Mikhail.

" Di..dia apa abang?. " suaranya seperti tidak mahu keluar  terlalu terkejut dengan kenyataan itu.

" Ja..jadi dia yang bunuh ayah?. " tanya Amira lagi mengalih badannya supaya berdepan dengan Tengku Mikhail.

Melihat anggukkan Tengku Mikhail terasa gelap dunia dia seketika.

Pembunuh ayahnya tinggal serumah, makan semeja, tonton tv bersama dengannya selama ini.

" Sayang. " Tengku Mikhail mengesat air mata Amira yang semakin lama semakin lebat.

" Maafkan abang sebab rahsiakan semua ni. Abang... " Tengku Mikhail mengeluarkan memory card dari seluarnya dan memasangkan kepada telefonnya.

Dia membuka video pendek yang di tinggal oleh arwah Tan Sri Amir.

" Hai. Assalamualaikum anak papa Tengku Adam Mikhail. Papa harap sangat Mika tak tengok video ni. Papa saja nak test macam best je rakam-rakam. Ni pun Hashim yang ajar papa. Hahahaha. Malu pula papa macam bercakap dengan diri sendiri pula. Hahahahaha. " Tan Sri Amir kelihatan senang dalam video itu.

" Papa dah ambil keputusan untuk berhenti dari semua kerja kotor papa. Lepas ni papa nak kita hidup sebagai keluarga yang bahagia walaupun mama dah tak ada. Kalau 12 tahun lepas papa berjaya bawa Mika balik Insha Allah kali ni papa pasti berjaya bawa Mika balik ke pangkuan papa walaupun papa harus paksa Mika. "

" Tak paksa pun Mika akan ikut papa balik. " balas Tengku Mikhail seperti bercakap dengan papanya.

" Papa dah tak nak buat semua kerja-kerja haram tu but well you know...hahaha " Tan Sri Amir ketawa tapi tawanya kedengaran dibuat-buat.

" Sekiranya nak berhenti kita kena bayar bayaran yang sangat tinggi dan papa dah sedia dengan bayaran itu. 10 tahun papa fikirkan dan ini keputusan yang papa ambil. Tapi tak semua yang kita rancang kita akan berjaya. " Tan Sri Amir tersenyum sayu.

" Tetapi papa akan usaha sedaya upaya papa. Sekiranya Mika melihat papa dalam ni itu bermakna papa gagal. Maafkan papa. " Tan Sri Amir mengelap air mata yang sedaya upaya ditahan sebelum menyambung.

" Papa nak Mika hidup bahagia. Papa menyesal tak dapat bahagiakan mama. Bahagiakan keluarga kita. Papa menyesal. I'm really sorry because didn't fight for you and mama till the last. Papa sepatutnya perjuangkan mama dan Mika sampai papa berjaya tapi papa gagal papa ambil keputusan untuk berhenti perjuangkan mama dan Mika. Papa.... "

" Papa berhenti perjuangkan cinta papa. Papa khilaf. Papa tinggalkan mama dan Mika. Maafkan papa. Papa hancurkan keluarga kita. Maafkan papa. Maafkan papa. Papa sayang Mika dan mama. "

Amira menanggis teresak-esak melihat video itu.

Orang yang setia berdiri di samping Tan Sri Amir dalam video adalah orang yang sangat dia rindukan.

Malam itu mereka berdua meluahkan apa yang terpendam.

To be continues ...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now