Chapter 1

81.8K 2.2K 110
                                    


' forgiveness is greater than everything else.'

BANGLO mewah milik jutawan terkenal dan dihormati di negara itu dipenuhi dengan gelak tawa riang seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bermain dengan ayahnya.

Hampir 10 tahun Hashim berkhidmat dengan Tan Sri Amir tidak ada satu hari pun hidupnya sukar.

Pada awal 5 tahun dia bekerja sebagai pemandu dan penasihat peribadi Tan Sri Amir dia telah menikah dengan anak rakan kongsi Tan Sri Amir, Balqish dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Mereka sekeluarga tinggal bersama dengan Tan Sri Amir dibanglo mewah milik majikannya itu atas permintaan Tan Sri Amir yang tidak mempunyai keluarga itu.

" Hashim Boss nak jumpa kau." mendengar kata-kata itu dia bergegas bergerak kearah bilik kerja majikannya.

Knock.knock. Dia mengetuk pintu dengan penuh cermat dan membuka pintu selepas mendapat arahan membenarkannya untuk masuk.

" Ya Tan Sri." Dia menundukkan kepalanya ke arah majikannya itu tanda hormat.

" Oh.. Hashimm.." balas Tan Sri Amir nya itu sambil menepuk tangannya gembira.

Hasyim melihat wajah tua lelaki berusia 45 tahun itu yang berseri membuatnya terasa lega. Wajah itu tidak pernah lekang dengan senyuman.

" Hashim aku nak kenalkan kau dengan anak aku. Anak yang selama ini aku cari." kata Tan Sri Amir sambil menunjukkan kearah anak lelakinya.

Hashim menoleh kearah seorang remaja lelaki yang dimaksudkan oleh majikannya itu.

Terlihat seorang remaja berumur 15 tahun sedang duduk di atas sofa sambil bermain pistol di tangan.

Berdegup kencang jantungnya melihat bertapa lincahnya tangan remaja lelaki itu memasang pistol dan diacu padanya.

" Hahahahha." ketawa Tan Sri Amir melihat wajah Hashim yang terkejut dan pucat itu.

" Ini anak aku Tengku Adam Mikhail. Mulai hari ini kau akan menjadi driver dia. Aku nak kau bawa dia kenal Malaysia." katanya selepas selesai ketawa.

" Baiklah Boss."

" Mika come here. Meet your new driver." Tan Sri Amir memanggil anaknya kearah mereka manakala Tengku Mikhail hanya membiar sepi kata-kata ayahnya itu.

Dia tidak perlukan pemandu peribadi kerana dia tidak mempunyai niat untuk tinggal lama disini. Fikir Tengku Mikhail.

Dia tersenyum sinis melihat reaksi ayah yang telah berpisah selama 15 tahun itu, dia tidak berganjak dari sofa yang didudukinya itu.

Tan Sri Amir mengeluh perlahan dan hanya mampu mengelengkan kepalanya, anaknya itu keras kepala dan berperwatakan kasar.

Hashim menundukkan kepalanya kearah Tengku Mikhail tanda hormat.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

MELIHAT Tengku Mikhail berjalan keluar dari rumah menuju kearah kereta dengan pantas Hashim membuka pintu kenderaan itu.

Tengku Mikhail berhentikan langkahnya dan memandang kearah seorang budak perempuan sedang bermain anak patung di atas rumput. 

" Siapa budak tu?." Tanya Tengku Mikhail.

" Itu anak saya Tengku." Balas Hashim sambil menundukkan kepalanya.

" Anak kau? Kau bawa anak kau datang tempat kerja?"

" Bukan Tengku, maafkan saya tapi saya harap Tengku tak salah faham kami tinggal disini bersama Tan Sri." ujar Hashim bimbang anak majikannya itu tidak senang dengan kehadiran anaknya.

" Hmm whatever lah. Ambil budak itu datang sini." arahnya.

" Huh? Baik Tengku." balas Hashim berlari mendapatkan anaknya bila melihat wajah anak majikannya itu berkerut tidak senang bila dia arahannya dipertikaikan.

Melihat ayahnya datang menghampiri budak perempuan itu senyum manis dan ketawa senang berlari memeluk betis ayahnya.

Hashim mendukung anaknya kearah Tengku Mikhail.

" Ini anak saya Tengku. Nama dia Nur Amira Danisha. Mira baru dah masuk 5 tahun, tahun ni." kata Hashim tanpa curiga memperkenalkan anaknya.

Tengku Mikhail mengusap lembut kepala Amira, matanya tidak lepas menilik wajah bersih, putih gebu itu. Tangannya memegang rambut toncang Amira sebelum menarik kuat rambut kanak-kanak itu.

Hashim terkejut dengan tindakkan majikannya itu, dia cuba menjauhkan anaknya tetapi melihat pandangan maut Tengku Mikhail padanya itu memberhentikan langkahnya.

Melihat Amira menanggis Tengku Mikhail melepaskan tangannya dan tersenyum senang.

'Comel' detik hati Tengku Mikhail, dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan menangkis jauh pemikiran itu.

" Kau tunggu apa lagi. Cepatlah." jerit Tengku Mikhail dari dalam kereta.

Mendengar suara tanggisan anaknya Blaqish yang sedang memasak didapur bergegas keluar rumah untuk melihat anaknya itu.

" Shaa ambil Mira bawa masuk. Abang nak bawa Tuan Muda pergi pejabat Tan Sri."

" Baik abang hati-hati bawa kereta."

Mereka memulakan perjalanan hanya ditemani dengan radio yang membacakan berita semasa dunia berkumandang sebelum Tengku Mikhail tiba-tiba bersuara.

" Siapa perempuan yang ambil anak kau tadi tu?."

" Itu isteri saya Tengku." jawab Hashim, mengeluh perlahan faham anak majikannya itu tidak biasa dengan budaya melayu yang menghormati orang yang lebih dewasa.

" Berapa umur isteri kau?." tanyanya lagi.

" 25 tahun Tengku."

" 25 tahun? kau kahwin dengan budak bawah umur ke?." Tengku Mikhail berdesis geram bila Hashim tiba-tiba menekan brek secara mengejut.

" Kau ni ada lesen ke tak ada hah?!." marah Tengku Mikhail. Hashim menoleh kebelakang memandang anak majikannya itu.

" Maafkan saya Tengku. Ya saya berkahwin dengan budak bawah umur tapi saya ada alasan saya tersendiri. Saya harap Tengku tak judge anak dan isteri saya."

" Kau nak mengajar aku?" tanyanya sinis.

" Bukan Tengku. Saya bukan nak..."

" Enough aku malas nak dengan alasan kau... Jalan." arahnya.

Perbualan mereka itu telah menimbulkan satu idea yang menarik di kepala Tengku Mikhail, idea untuk melepaskan rasa tidak senang dihatinya kerana lelaki itu berani menegur tingkahnya.

To be continues...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now