Chapter 35

49.3K 1.3K 27
                                    

🌹🌹🌹


SUDAH seminggu kemalangan tembak menembak di premis makanan itu berlalu tetapi mereka masih belum ketemui dalang sebalik kes itu.

Kecoh juga kes itu hingga masuk berita katanya pergaduhan antara dua kongsi gelap yang berebut kawasan.

Seluruh premis makanan sekitar kejadian terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk keselamatan orang awam.

" Bro pucat gila muka kau, tak sihat lagi ke?. " tanya Rayyan pada Tengku Mikhail yang baru turun dari tangga bersama Amira disisinya.

" Abang Is tolong sediakan kereta. " kata Amira pada Iskandar yang baru keluar dapur.

" Mira nak pergi mana?. " tanya Iskandar.

" Mira nak bawak abang Mika pergi hospital dah seminggu asyik muntah-muntah saja. "

" Bos kena buatan orang tu Mira tak payah bawa ke hospital pun tak apa. " balas Iskandar bersahaja.

Mereka semua tengah sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari lahir Amira atas arahan Tengku Mikhail.

Sekiranya persiapan itu tidak siap sebelum matahari terbenam mereka semua akan di hukum iaitu berendam dalam kolam semalaman kata Tengku Mikhail.

" Haah betul tu Mira. Biarkan saja dia tu. Bos ni makin mengada pula bila dah beristeri ni. "

Mendengar kata-kata Daniel, Tengku Mikhail menjelingnya.

Senyum Amira sampai ke telinga dan naik merah mukanya jarang Daniel berkata-kata.

" Now birthday girl pergi naik bersiap. Serahkan Mikhail ni pada kitaorang. " arah Rayyan.

Rayyan menarik tangan Tengku Mikhail ke luar rumah untuk persiapan birthday party.

Malam itu meriah dengan sambutan hari lahir Amira yang ke-18 tapi tidak seperti hati Johnathon.

Johnathon rasa seperti Tengku Mikhail mula mengesyakinya kerana tiap kali dia cuba bersendirian dengan Amira pasti sahaja anak buah Tengku Mikhail akan datang menganggu.

" Congratulations bos. "

" Tahniah bos. " ucap mereka sambil bersorak.

" Congrats bos. "

" Hari ini bukan birthday aku kenapa wish dekat aku. Wish dekat Mira lah. " marah Tengku Mikhail.

Naik geram bila semua anak buahnya mengucapkan tahniah kepadanya.

" For you. " bisik Amira dan meletakkan kotak kecil atas tapak tangan Tengku Mikhail.

" Apa ni sayang. Patutnya abang yang bagi hadiah dekat sayang kenapa sayang bagi hadiah untuk abang pula ni. " kata Tengku Mikhail membuka kotak hadiahnya.

Tengku Mikhail berasa macam tidak percaya dengan apa yang dia lihat di hadapan matanya.

Dia memandang isteri dan tangannya bersilih-ganti, lidahnya kelu.

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now