Chapter 19

53.9K 1.5K 20
                                    


🥀🥀🥀

MEREKA tiba di lokasi yang dipaparkan pada skrin monitor melalui cip yang dipasang pada Amira iaitu tempat Amira dikurung oleh penculik.

Mereka turun dari kereta setelah bersiap sedia dengan senjata dan baju kalis peluru masing-masing.

Shahrul dan Hafiz terus keluar kereta sebaik sahaja kereta berhenti, mereka laju menuju arah hutan bersebelahan dengan banglo usang itu.

Tengku Mikhail mengisyaratkan supaya Rayyan dan Daniel mengikutnya menggunakan pintu masuk.

" Shhh." Tengku Mikhail mengisyaratkan supaya mereka berhenti apabila terdengar seperti suara orang sedang bercakap.

Mereka bersiap sedia untuk menyerang apabila mendengar suara ketawa itu lebih kuat.

Tengku Mikhail mengisyaratkan anak buahnya bergerak lebih dekat.

' Kill for Life.' motto mereka.

" Don't move." Jerit Rayyan menghala pistolnya pada tiga orang lelaki dihadapan mereka.

" Tolonggg...aku tak salah aku baru first time." kata budak berusia lingkungan 15 tahun itu sambil cuba menyembunyikan dirinya di bucu banglo usang itu.

Rayyan tetap mengacukan pistolnya kearah beberapa orang lelaki yang kelihatan sedang khayal di atas lantai itu.

" Boss semua bilik clear." maklum Shahrul dan Hafiz.

Mereka pergi ke tempat Bos mereka selepas memeriksa seluruh banglo usang itu dan mendapati tiada sesiapa yang mencurigakan.

" Shitt!!! Jahanam!!!. Aku akan bunuh dia orang!!! Aku akan bunuh. ARHHH!!!." jerit Tengku Mikhail. Menumbuk dinding.

Mereka semua terdiam melihat reaksi Tengku Mikhail itu.

" Bos... Amira masih bergerak." maklum Amir melalui alat penghubung.

" Mana yang lain?." tanya pada Amir.

" Yang lain dah selesai boss semua dah bergerak balik." maklum Amir.

" Haikal dan Hazid apa cerita?."

" Kami masih mengejar Najib boss." maklum Haikal.

" Dapatkan dia tak kira macam mana sekali pun."

" Bos lokasi Mira berubah ke arah Selatan dan masih belum dipastikan sebab diaorang masih bergerak." kata Amir.

Amir mengesan kedudukkan lokasi Amira dari masa ke semasa menggunakan cip yang dipasang pada Amira oleh Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail memasang cip itu pada cincin kahwin mereka supaya dia sentiasa tahu keberadaan Amira.

" Gerak balik." arah Tengku Mikhail.

MEREKA semua melangkah masuk mengikuti belakang Tengku Mikhail memasuki rumah dan terus ke bilik bawah tanah.

" Boss Haikal dan Hazid gagal tangkap Najib." maklum Amir.

Tengku Mikhail menghentak meja melepaskan kemarahannya.

Boneka yang digunakan untuk latihan menembak habis hancur di tembaknya bertubi-tubi tanpa henti.

Haikal dan Hazid tidak berjaya menahan Dato Najib sebelum Dato najib masuk ke negara sempadan.

Mereka ditahan oleh tentera interpol ketika hendak masuk ke negara itu kerana tidak mempunyai passport lengkap.

" Amir bagi lokasi terkini Amira pada Mirul dan Badrul. Korang berdua pergi lokasi tu. Aku tak nak kita buang masa macam tadi. Faham." arahnya.

" FAHAM BOSS!!!." balas mereka semua.

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now