Chapter 25

58K 1.5K 34
                                    


' it's hurting you if you late... '


MEREKA tiba di rumah dalam keadaan selamat hanya Shahrul yang terluka kecil kerana terkena serpihan kaca cermin.

" Bos. Budak John yang ikut Amira haritu dah mati." maklum Amir pada Tengku Mikhail selesai sahaja dia menamatkan panggilan telefon dengan orang suruhannya.

" Siapa mati?." 

Amira yang baru sahaja melangkah kaki ke dalam rumah mendengar kata-kata Amir itu bertanya.

" Mati...apa Mira ni?. Haha.. Bila masa Amir sebut mati?." dalih Tengku Mikhail sambil menghadiahkan jelingan maut buat Amir.

Amir menepuk mulutnya dengan tangan dia terlupa dengan kewujudan dua wanita di dalam rumah itu.

" Ya ke?. Mira rasa belumlah abang Amir sebut perkataan mati tadi. Mira rasa..."

" Haha Mira ni merepek sajalah. Mira salah dengar tu... Bila masa abang Mir sebut mati. kan...kan... Haha." potong Amir sambil ketawa yang dibuat-buat memandang rakannya yang lain.

" Haah betul...Ha ha ha." sokong yang lain.

Mereka semua buat-buat ketawa apabila mendapat jelinggan dari Tengku Mikhail.

Amira memandang mereka semua dengan pandangan pelik.

" Dah pergi naik atas bersihkan diri. Abang nak pergi dapur."

" Abang lapar ke?. Mira boleh tolong sediakan makanan." tawar Amira mula melangkah ke dapur.

" Tak abang nak minum air saja. Dah pergi naik. Mira mesti penatkan." arahnya lagi.

Amira memusingkan badannya untuk naik ke bilik.

Tengku Mikhail menepuk perlahan pinggul Amira, Amira berlari dengan laju ke bilik apabila merasa pinggulnya di sentuh.

' Gerammnyaa.'

Anak buah Tengku Mikhail yang menyaksikan tayangan free didepan mata itu tersengih-sengih memandang bos mereka.

" Yang korang tersengih macam kera busuk ni kenapa?." tanya Tengku Mikhail dengan nada tak puas hati.

" Tak ada apa bos." balas mereka.

" Yang you buat free show acah sweet tengah rumah tu kenapa?. You memang sengaja nak tunjuk pada orang lah kan." sampuk Jessica yang baru keluar dari dapur dengan mug di tangannya dengan nada menyampah.

Mereka semua memandang ke arah Jessica yang dengan selamba menghenyakkan punggung di atas sofa.

Merah muka Tengku Mikhail dengan teguran Jessica itu.

Sejak Amira di culik dia merasa kehilangan, dia pun tidak sedar bahawa dia telah membahasakan dirinya 'Abang'.

" Dia buat pula dah... Ishh perempuan ni." degus Haikal.

Pening kepalanya seharian dengan perangai Diva Jessica itu.

Kalau tidak di kenangkan Jessica tu kakak sepupu Boss sudah di ikat Jessica kaki keatas kepala ke bawah.

" Abaikan dia bos. Jom masuk dapur." kata Amir.

" Hah baguslah tu. Seharian keluar beramai-ramai, balik pun beramai-ramai,  sekarang nak masuk dapur pun beramai-ramai. Tidur nanti jangan beramai-ramai sudah." perli Jessica lagi.

" Kau tengok tv diam-diam dah lah. Sibuk saja." marah Haikal, bengkak betul hati dengan mulut Jessica.

" Adam, take over kerja Haikal." arah Tengku Mikhail.

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now