Chapter 8

62K 1.7K 252
                                    


AWAL-awal pagi rumah banglo milik Tengku Mikhail sudah bingit dengan suara anak buahnya seramai 12 orang itu.

Lima orang anak buahnya termasuk Rayyan dan Daniel tinggal bersamanya manakala 7 orang lagi tingal di banglo berasingan iaitu disebelah rumahnya.

Dia mempunyai dua buah banglo, satu untuknya dan satu lagi khas untuk anak buahnya.

Dia juga sudah membeli satu lagi banglo untuk anak buahnya.

" Wow sedapnya bau." sorak Amir berjalan turun dari tangga di ikuti oleh dua orang rakannya dari belakang.

" Banyaknya isteri bos masak." tegur Amir lagi pada isteri ketuanya itu.

7 orang lagi anak buah suaminya yang baru saja memasuki rumah itu adalah Iskandar, Amirul, Haikal, Badrul, Hazid, Shahrul dan Hafiz, mereka menghampiri meja makan.

Iskandar, Badrul dan Haikal bertubuh tinggi dan sado, merupakan pemegang tali hitam silat dan mempunyai kulit sawo matang.

Amirul dan Hazid kulit putih mempunyai kacukan Amerika-Malayu, bertubuh sederhana dan sangat lincah.

Shahrul dan Hafiz merupakan kembar seiras, mempunyai bentuk badan yang kecil dan memegang positi sebagai silent killer.

Amir, Adam dan Khairul, pengikut paling lama Tengku Mikhail semenjak dia umur 10 tahun dan merupakan kawan melayu yang berada di Italy bersamanya.

Iskandar, Badrul dan Haikal - penyedia senjata dan plan.

Amirul dan Hazid - penembak hendap dan pembunuh upahan.

Shahrul dan Hafiz - silent killer dan penyeludup senjata api.

Adam dan Khairul - penyerang hendap.

Amir - hacker.

Adam dan khairul - penjatuh hukuman dan menyediakan alat penyiksaan

Rayyan, pengawal peribadi, penembak hendap dan tangan kanan Tengku Mikhail.

Daniel, pengawal peribadi, hacker dan sebagai tangan kiri Tengku Mikhail.

' Ramainya.' detik hati Amira.

Melihat mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng di atas meja itu membuat mereka semua berasa lapar.

Baru saja dia ingin mengundurkan diri ke dapur dia melihat Tengku Mikhail turun dari bilik.

" Morning bro. Wowww... Sedapnya bau.." tegur Rayyan pada Tengku Mikhail sebelum menjerit gembira melihat makanan yang terhidang di atas meja.

" Morning." balasnya perlahan sambil memandang tajam kearah Amira.

Amira tunduk memandang lantai takut melihat suaminya bila teringatkan peristiwa semalam.

Amira terpaksa tidur di bilik pembantu rumah kerana takut untuk masuk ke bilik semula.

" Boss sedap gilaaa masakkan isteri bos ni. Gemuklah kami kalau hari-hari macam ni." puji salah seorang anak buahnya.

Mereka bersarapan dengan berselera kerana sebelum ini mereka hanya mampu bersarapan roti dan air kosong saja kalau bernasib baik roti dan kopi.

" Banglo baru tu dah siap kan." pertanyaan Tengku Mikhail pada Amir kedengaran seperti satu penyataan tetapi tetap dijawab oleh amir.

" Haah dah siap bos."

" Baguslah. Aku nak korang pindah masuk ke banglo tu hari ni juga."

" Kami sekali ke bos." tanya Amirul dengan mulut masih dipenuhi mee goreng.

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now