Chapter 14

57.1K 1.7K 22
                                    

"ABANG cantikkan." tanya Amira sambil menunjuk gambar yang diambilnya semasa berada di Cameron highland.

" Cantikkk." balas Tengku Mikhail tapi yang dimaksudkannya adalah Amira.

" Cuba tengok yang ni lagi cantikkan. Abang Dani yang tolong ambilkan."

Tengku Mikhail hanya melayan bila Amira menunjuk gambar percutiannya ke Pahang  kerana sekarang dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Riak wajah Tengku Mikhail berubah bila melihat salah satu gambar yang ditunjukkan isterinya itu.

Tengku Mikhail bangun dan merampas camera di tangan Amira dan bangkit meninggalkan Amira.

Amira yang terkejut dengan perbuatan suaminya itu memandang kelibat suaminya menghilang dengan wajah terkedu.

Amira mengalih pandangan pada Rayyan wajahnya berubah warna, hidungnya mula kemerahan menahan sebak.

" Relax ehh Mira... Relax...Jangan nangis okay. Hahaha." pujuk Rayyan sambil ketawa. Dia bukannya pandai memujuk.

" Mira ada tersalah cakap ke?" tanyanya pada Rayyan sambil mengesat air mata.

" Wehhh kenapa boss suruh kumpul?" tanya Amir yang baru masuk ke dalam rumah di ikuti lagi 9 orang dibelakangnya.

" Hah? Bos suruh berkumpul bila? Aku tak tahu pun." tanya Rayyan pada Amir semula.

" Woi cepat gerak bos marah nanti." panggil Adam yang sudah ke mendahului ke dapur bersama lapan orang yang lain.

" Mira duduk sini baik-baik okay. Jangan pergi mana-mana." pesan Rayyan, Amira balas dengan menganggukkan kepalanya.

Hairan melihat anak buah Tengku Mikhail yang ramai itu tiba-tiba berkumpul di rumahnya.

" Daniel!!! Woii Dani turun!!." jerit Rayyan sebelum berlari mengikuti rakan-rakannya bila melihat Daniel diatas tangga.

Daniel hanya berbalas senyum dengan Amira sebelum turut berlari anak mengikut rakannya.

Mereka bergerak dengan pantas ke bilik bawah tanah menggunakan pintu bilik di dapur.

Mereka berdiri tegak dan tiada seorang pun yang berani memulakan bicara kerana jarang mereka berkumpul kecuali ada misi.

Tengku Mikhail mengangkat tangan kanannya memberi israyat untuk duduk.

" Check gambar dalam camera ni. Aku rasa aku ada nampak orang yang tak sepatutnya ada dekat sini." arah Tengku Mikhail pada Amir.

Amir pantas mengambil kamera di tangan Tengku Mikhail dan bergerak ke komputer.

" Mira panggil korang semua abang?" tanya Tengku Mikhail tiba-tiba.

" Ya boss. kenapa?" tanya Rayyan formal kerana mereka dalam mensyuarat.

" Ohhh.. Jangan rapat sangat dengan dia."

" Kenapa boss?" tanya Khairul.

" Sejak bila korang pandai mempersoalkan arahan aku?"

" Boss jealous la tu." bisik Amirul pada Adam tapi didengar oleh mereka semua.

Mereka semua ketawa dan ketawa mereka mati bila menerima jelingan maut dari Tengku Mikhail.

Mereka tahu bahawa ketua mereka itu seorang yang kuat cemburu tapi saja dia ingin mengusik bossnya itu.

" Boss. Tengok ni boss." panggil Amir.

" Ni orang suruhan Jonathon ni tapi rasanya bukan haritu kita dah uruskan ke?" kata Rayyan sambil memandang ke arah Tengku Mikhail.

" Boss nak kami buat apa kali ni?. Saya rasa dia hantar orang baru lepas tahu yang haritu dah tak ada." tanya Haikal.

" Boss jangan risau kami tahu macam mana nak uruskan budak ni." kata Shahrul dan di sokong kembarnya Hafiz.

Tengku Mikhail mengangkat tangan suruh mereka semua berhenti bercakap.

" Biarkan dia terus intip jangan apa-apakan dia. Aku nak tengok lama mana dia nak bermain."

" Kita akan tetap dengan rancang asal. Buat seperti biasa but always alert jangan curi tulang." pesan Tengku Mikhail.

" Baik boss!."

" Saya rasa dia tukar target kalau tak, takkan dia ikut Mira sampai ke Pahang." kata Amirul.

" Kita tengok apa permainan dia. Khai kau ikut budak tu maklumkan kalau ada apa-apa yang mencurigakan." arahnya pada Khairul.

" Pastikan kau orang rahsiakan perkara ini dari Amira." katanya lagi.

" Baik bos."

" Iskandar kau ambil alih tugas Dani untuk jaga Mira." mereka semua hairan mendengar arahan Tengku Mikhail.

Daniel merupakan orang terkuat antara mereka kenapa di ganti dengan Iskandar.

" Baik boss." balas Iskandar sambil memandang ke arah Daniel untuk melihat reaksi Daniel dengan arahan itu.

Mereka semua memandang Daniel tetapi tiada sebarang reaksi di paparkan oleh Daniel.

" Hazid, Shahrul dan Hafiz aku ada tugasan baru untuk korang berdua. Nilai dia besar so jangan cuai." Pesan Tengku Mikhail.

" Yes boss." jawab mereka bertiga serentak.

" Yang lain stay in the position dan alert. Terus inform aku bila ada perkara yang mencurigakan. Faham!."

" YES BOSS!!!." balas mereka serentak.

" Ohh ya. Adam and Haikal next monday jemput Jessica dekat Airport. Ok bersurai." sambungnya.

" What the.... Buat apa pula minah tu datang sini." kata Rayyan menyerabutkan rambutnya.

Tengku Mikhail hanya membalas dengan melambai tangan tanda selamat tinggal dan keluar dari bilik itu di ikuti oleh Daniel.

" Masaklah korang berdua Carl.. Dam. Hahahaha." kata Rayyan sambil ketawa.

" Kau jangan macam-macam Ryan." kata Adam.

" Siapa Jessica tu?" tanya Hafiz.

" Girlfriend Boss ke?" tanya Shahrul dan Hafiz teruja.

" Anak tiri Boss." sampuk Hazid dengan selamba.

" What!!! Serious laa!!." Jerit Sharul.

Hafiz dan Adam memandang Rayyan untuk dapatkan kepastian sama ada yang disampaikan Hazid itu betul atau tipu.

Iskandar, Amirul dan Haikal yang menjadi pendengar dari tadi ketawa kuat dengan riaksi mereka bertiga.

Sedar mereka di mainkan, Adam mengejar Hazid yang berlari keluar dari bilik itu.

Shahrul dan Hafiz masih lagi menunggu jawapan Rayyan dengan mata yang bulat mamandang Rayyan.

" Shhhhhh... Rahsiaaaa..." kata Rayyan meletakkan jari dibibirnya dan berlalu pergi dengan ketawa panjang.

" Rayyan!!!." Jerit Shahrul dan Hafiz.

To be continues...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now