Chapter 21

55.2K 1.5K 142
                                    

🥀🥀🥀

JESSICA bersantai sambil berselfie dengan telefon bimbitnya di meja batu hadapan rumah sambil memerhatikan gerak-geri anak buah Tengku Mikhail.

'Sibuk mengalahkan menteri' getusnya bila melihat anak buah sepupunya itu kelihatan sibuk kesana dan kesini.

Dua orang anak buah Tengku Mikhail keluar rumah membawa dua bungkusan besar hadiah dan memasukkannya dalam Vellfire.

" Kau buat apa dekat sini?." tanya Khairul.

" Kenapa I tak boleh nak duduk dekat sini ke?." tanyanya semula.

" Menjawab saja kerja kau."

" Hadiah siapa tu? Nak bawa kemana? Ada celebrate birthdays sesiapa ke?." tanya Jessica sambil mengintai-intai Hafiz yang sedang memasukkan hadiah besar itu ke dalam Vellfire.

" Kau tak payah nak sibuk ambil tahu, bukan untuk kau pun." balas Khairul sebelum melangkah kearah kereta.

Jessica terus mengalihkan pandangannya bila Hafiz memandangnya seperti singa melihat mangsa.

Sejuk tangan dan kakinya bila melihat renunggan daripada Hafiz itu.

Khairul dan Hafiz berbalas pandangan dan menjongketkan bahu mereka membuat tanda tidak tahu.

" Kau bercakap dengan perempuan tu?." tanya Hafiz pada Khairul sambil membetulkan kedudukkan dua kotak besar keranda yang dibalut dengan sampul pembalut hadiah itu.

" Hahaha. Aku tegur je ingatkan perangai meroyan dia tu dah hilang."

" Perempuan tu lahir tahun singa aku rasa." mereka berdua ketawa dengan jawapan Hafiz itu.

Jessica melangkah masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa sehingga tidak perasan kehadiran Tengku Mikhail didepannya.

" You buat apa dekat luar?." tanya Tengku Mikhail yang baru keluar dari arah dapur.

" Ohh.. Haha.. I saja keluar ambil angin. I naik dululah. Night." balasnya dan berlalu pergi.

" Dah settle kan?."

" Dah Bos." balas Hafiz.

Tengku Mikhail mengikut anak buahnya menghantar bungkusan hadiah yang berisi Jannah dan Nurul itu.

Shahrul dan Hafiz memakai pakaian pekerja Pos laju menuju ke rumah Dato' Hamdan.

Hafiz menurunkan bungkusan dan mereka menekan loceng rumah Dato' Hamdan.

" Haiii... Kami dari pos laju Malaysia nak hantar barang." kata mereka berdua serentak bila isteri Dato' Hamdan menyakan siapa mereka.

" I tak ada order apa-apa barang online dan hantaran apa malam-malam ni." balas isteri Dato' Hamdan sambil membuka pintu pagar.

" Maaf mengganggu puan malam-malam ini. Ini hantaran khas dari suami puan." kata Khairul.

Hafiz mengangkat bungkusan empat segi yang sudah di balut seperti hadiah itu turun dari kereta.

" Wow besarnya. Tolong bawa masuk dalam rumah ya. I tak layat nak angkat besar-besar ni." kata isteri Dato' Hamdan dengan senyum lebar sambil mencuit lengan kiri Khairul yang berlapik dengan baju itu.

Dia tidak risaukan tentang keberadaan suaminya asalkan suaminya memberikan dia duit.

Kerana dia tahu bahawa suaminya itu mempunyai perempuan simpanan diluar.

" Okay letak dekat situ saja. Thank you. I nak kena sign dekat mana?." tanyanya pada Khairul dan Hafiz.

" Suami puan dah sign." balas Khairul cuba menjauhkan lengannya dari isteri Dato' Hamdan.

Hafiz yang menahan ketawa melihat reaksi tidak senang Khairul itu.

Mereka terlupa untuk membawa kertas dan pen untuk di jadikan pengesahan hantaran di terima.

" Kami minta diri dulu puan." kata Hafiz dalam tawa yang ditahan.

" Thank you nanti kalau bosan datanglah jumpa I. Bye. Bye."

" Weh aku kalau boleh nak siat kulit muka dia tu. Dah macam pontianak aku tengok." marah Khairul sebaik sahaja masuk ke kereta.

" Kenapa?."

" Dia kena goda bos." Tengku Mikhail ketawa kecil dengan balasan Hafiz itu.

Seterusnya, mereka bergerak ke rumah Tan Sri Ya'kob pula.

Perkara yang sama mereka lakukan tetapi berbeza sedikit apabila isteri Tan Sri Ya'kob menanyakan keberadaan suaminya.

" Ya Allah.." jerit isteri Tan Sri Ya'kob.

Mereka berlari keluar dari rumah Tan Sri Ya'kob masuk ke dalam dengan ketawa, Hafiz terus menekan minyak.

Farisha senang rancangan dia berjaya dan sekarang dia sudah boleh memenuhi kehendak nafsunya.

" Bawa dia naik atas. Bawa elok-elok jangan sampai ada kesan calar walau sedikit pun pada kulit dia kalau ada aku potong upah korang." arah Farisha pada anak buahnya.

" Baik Bos." Amira meronta-ronta supaya di lepaskan.

Amira cuba mengerakkan kedua tangan dan kakinya yang di ikat, mulutnya pula di tutup dengan sehelai kain.

" Bos kami dah tinggal dia dalam bilik bos." maklum salah seorang anak buah Farisha.

" Okay korang boleh pergi. Pastikan kalau ada orang mencurigakan uruskan dia orang. Aku tak nak ada orang kacau aku." arahnya dan memanjat anak tangga keatas.

" YES, BOSS!!!." balas mereka dan menuju ke tempat masing-masing.

" Hai baby." tegur Farisha pada Amira yang berada di atas katil.

Farisha berjalan menghampiri Amira, Amira mengesotkan badannya ke penjuru katil mengelak dari Farisha.

Farisha menarik kaki Amira sehingga Amira terlentang di tengah-tengah katil.

Dia memanjat katil dan menindih Amira dengan badannya, dia duduk di atas perut Amira.

" Lepaskan saya Isha." kata Amira apabila Farisha menarik keluar kain didalam mulutnya.

" Lepaskan kau in your dreams, susah payah untuk aku dapatkan kau. Kau senang-senang nak aku lepaskan kau, aku dah lama nantikan saat-saat ini." kata Farisha.

Dia menarik tangan Amira yang masih terikat itu dan menekan ke bahagian atas kepala Amira.

" Ouch.. Sakitlah. Awak nak apa dengan saya, Farisha?." Amira menjerit kecil dan meronta supaya tangannya di lepaskan.

" Shhhh.. Diam... Aku tak tahu apa yang aku nak dari kau. Dulu aku benci sangat tengok muka kau tapi sekarang aku suka kau so kau rasa aku nak apa dari kau?." tanya Farisha.

" Saya tak faham apa maksud awak, Farisha kita sama-sama perempuan perasaan awak tu salah."

" Kau tak faham or buat-buat tak faham aku tak kisah sebab aku sentiasa dapat apa yang aku nak." balas Farisha.

" Kulit yang mulus. Pipi yang bersih. Mata yang bersinar. Bibir yang seksi. Kau memang saja nak menggoda aku kan?." Farisha memainkan jarinya di seluruh muka Amira.

" Kau dah gila ke Isha?. Kau nak apa dari aku! Lepaskan aku!."

" Yes, I'm crazy in love with you."

" Lepaskan aku!!! Kalau kau lepaskan aku, aku berjanji aku tak akan bagitahu Mikhail. Aku tak akan buat report polis. Aku janji."

Farisha ketawa mendengar kata-kata Amira itu.

" Well. Well. Well. Amira... Amira... Kau ni naif betullah, kau ingat aku takut ke dengan semua tu." Farisha mencengkam pipi Amira dan mendekatkan wajahnya pada telinga Amira.

" Kau tak akan pergi mana-mana dan tak ada siapa yang akan tolong kau dekat sini. Hanya kita berdua dekat sini selamanya." bisiknya pada telinga Amira.

To be continues...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now