Chapter 11

59.2K 1.7K 14
                                    


AMIRA berjalan memasuki rumah dengan riang dan senyuman lebar di bibir.

Sudah seminggu dia tidak melihat kelibat Farisha and the geng membuatkan hari persekolahannya tenang dan lancar.

" Asslammualaikum..." sapa Amira pada Amir, khairul, Adam dan Haikal yang berada di meja batu depan rumah.

" Waalaikummussalam.." jawab mereka berempat serentak.

" Happy nampak. Ada berita gembira ke?" tanya Amir.

" Tak ada apa-apa pun. Seronok dapat pergi sekolah je." balas Amira sambil senyum dan berjalan masuk rumah.

Mereka bertiga geleng kepala dan ketawa dengan jawapan Amira itu, mereka dulu terlalu malas untuk ke sekolah.

Langkah kaki Amira terhenti kaku di depan pintu masuk, matanya tepat memandang kearah tetamu yang sedang duduk di sebelah suaminya itu.

Senyuman dibibirnya mati dan wajahnya bertukar warna dengan kehadiran tetamu itu.

" Kenapa kau dekat sini?. Apa kau buat dekat sini?" tanya Farisha dan berjalan menghampiri Amira.

" Apa dia buat dekat sini Tengku? Who is she to you. What your relation with her?" tanya Farisha bertubi-tubi kepada Tengku Mikhail.

" Ini rumah dia." sampuk Rayyan.

" What!!!. Impossible dia bukan tinggal area sini. Dia sepatutnya tinggal dekat Puchong." kata Farisha mengenggam kuat lengan Amira.

" Wow kau tahu eh dia tinggal dekat mana, korang kawan ke? Tapi dari cara kau bercakap aku tak rasa korang rapat." pertanyaan Rayyan itu mengubah riak wajah Farisha.

Tujuan Farisha ke rumah Tengku Mikhail adalah atas permintaan ayahnya supaya Tengku Mikhail memberi perusahaan ayahnya sedikit masa.

Tapi dia tidak sangka akan bertemu dengan Amira dan perkara yang paling tidak boleh diterima oleh akalnya adalah Amira tinggal serumah dengan Tengku Mikhail.

" Kau buat apa dekat sini?" tanya Farisha lagi, mengetap giginya.

" Ini rumah dia." jawab Rayyan bagi pihak Amira.

" What?"

" Tak payah nak ' What' sangatlah. Kau ingat ni sinetron ke." kata Rayyan bosan.

" How can you live here? Dalam rumah ni semua lelaki. Kau dah lupa ke amaran aku hah!." tanya Farisha perlahan mengenggam kuat lengan Amira.

" Miraa.. Mira tinggal sini sebab ayah Mira meninggal." jawab Amira tergagap-gagap, dia menjadi gagap tiap kali dirinya di gertak.

Amira memandang suaminya meminta pertolongan tetapi Tengku Mikhail hanya memandang sepi perbuatan Farisha itu.

Tengku Mikhail menepuk tangan menarik perhatian Farisha padanya.

" She's the new owner of your father's company." maklum Tengku Mikhail.

" What!!! You tak boleh buat keputusan sesuka hati you saja Tengku Mikhail. We have a deal." gertak Farisha.

" Well what done is done."

" Tengku, you kata you akan bagi masa pada kami dan you akan pulangkan saham tu semula so please, we just need a little bit more time." pinta Farisha.

Dia tidak sangka secepat itu Tengku Mikhail mungkir janji dan secepat itu juga saham milik syarikat ayahnya bertukar tangan.

Dia sanggup merayu agar Tengku Mikhail menjual saham itu pada mereka semula tapi dia tidak mahu merayu pada Amira.

Mana dia nak letak mukanya jika dia harus merayu agar Amira memulangkan saham itu.

" Tengku!! You tak boleh buat macam ni. I boleh saman you sebab langgar kontrak!." ugut Farisha.

" Aduh bisingnya perempuan ni, weh kau tak boleh cakap elok-elok ke. Perlu ke jerit-jerit." marah Rayyan mengheret Farisha kearah pintu.

" Wait!!! Wait!! Tengku!!! Tengku!!!." jerit Farisha.

" Kau buat apa berdiri dekat situ. Datang sini." Tengku Mikhail memanggil Amira yang masih berdiri kaku dengan muka pucat itu kearahnya.

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Semua budak sekolah memandangnya sambil berbisik sesama sendiri ketika Amira berjalan memasuki perkarangan sekolah.

Kenapa semua orang memandangnya?

' Ada benda apa-apa ke dekat muka aku?' detik hatinya.

Amira meraba-raba mukanya bimbang sekiranya ada kotoran pada wajahnya.

' Tak ada apa pon.' fikirnya lagi.

Amira berjalan dengan laju sambil menunduk kepala menuju ke kelasnya.

" Hoi perempuan! Berani eh kau datang sekolah! Aku ingat kau nak lari lagi macam haritu." hendik Jannah menghentak meja.

Amira terkejut, tercengang memandang dua orang remaja perempuan di depannya itu.

" Dari dulu aku dah agak dah. Kau ni memang pembawa s*al. Orang yang dekat dengan kau semua kena badi." kata Nurul.

" Kau kan punca Farisha kena tukar sekolah kalau bukan sebab kau Farisha masih dengan kitaorang!!." marah Nurul lagi.

" Kau ni memang sengaja cari masalah dengan kitaorang kan?"

" Saya minta maaf, saya tak faham maksud awak dan saya tak tahu apa yang berlaku pada Farisha." Amira cuba menjelaskan.

" Tak tahu! Kau tak tahu!" Nurul mengetuk kepala Amira dengan buku.

Amira cuba melindung kepalanya dengan tangan.

" Kau jangan nak berlakon baiklah. Kalau bukan sebab Farisha warning aku untuk tak sentuh kau. Dah lama aku pijak-pijak muka kau." tengking Jannah dan menampar pipi Amira.

Pelajar yang menjadi penonton terkejut dengan tindakan kasar Jannah itu.

" Satu sekolah dah tahu kau puncanya, kenapa kau tak mampus je sekali dengan ayah kau. Hah?!" marah Nurul dan menunjal kepala Amira.

" Kau ni ish. Kalau tak mengenangkan kawan baik aku sukakan kau, aku siat-siat kulit kau." kata Nurul mengetap giginya.

" Sumpah saya tak buat apa-apa pun."

" Berani kau menjawabkan, kau ingat kita orang tak tahu kau yang ambil video lepas tu hantar dekat pengetua sekolah."

" Kau jangan nak berdalih lah betina kalau bukan sebab kau tak ada semua benda ni akan berlaku."

" Kau ni pembawa s*al." tambah Nurul menunjul kepala Amira lagi.

" Tolong lepaskan... Boleh tak kalau kita duduk berbincang baik-baik, saya tak faham satu pun yang awak berdua tuduh saya." kata Amira sambil menanggis.

Amira cuba melepaskan genggaman tangan Jannah pada tudung sekolahnya.

" Bincang kau cakap!!!. Kau ni makin lama makin menyirap darah aku!" marah Nurul menolak kepala Amira hingga terhantuk meja.

" Hey kamu berdua buat apa ni?" tanya cikgu yang baru masuk.

" Semua balik ke kelas masing-masing dan yang lain duduk di tempat masing-masing." tambah cikgu itu.

" Jannah dan Nurul, kamu berdua ke bilik guru. Guru kelas kamu ingin berjumpa dengan kalian berdua." kata cikgu itu.

Jannah dan Nurul memandang Amira dengan hati yang panas membuak-buak sebelum pergi.

Amira membetulkan tudungnya yang senget, dia menunduk malu, semua orang memandang dan berbisik dibelakangnya.

Dia tidak tahu apa kesalahannya sampai diperlakukan seperti itu oleh Jannah dan Nurul.

To be continued...

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now