Chapter 38

43.6K 1.2K 51
                                    

'sometimes you should believe what you see. '


TENGKU Mikhail mengerling jam di tangan sudah 15 minit dia menunggu kelibat orang yang berjanji ingin berjumpa di gudang itu masih belum kelihatan.

Dadanya sudah naik turun menahan amarah, badan yang di sandar pada kereta kini berdiri tegak.

Pantang sungguh baginya orang yang tidak tahu menepati masa.

Malam itu merupakan perjumpaan rahsia antara mereka, Tengku Mikhail hanya membawa Rayyan dan Daniel bersamanya.

" Ryan, jantan tak guna tu mana?. " tanya Tengku Mikhail pada Rayyan yang menyandar tubuh pada kereta.

Tengku Mikhail mengangkat tangannya pada Rayyan supaya tidak mengeluarkan sebarang suara.

Dia mendengar derap seperti orang sedang berjalan tetapi perlahan sekali kalau orang biasa pasti tidak menyedari bunyi itu.

Rayyan dan Daniel sudah bersiap dengan senjata di tangan menunggu arahan dan memerhati sekeliling gudang.

" Hi, my friend Tengku Adam Mikhail. Huu relax. Relax its me. " kata lelaki itu mengangkat tangan ke udara apabila Tengku Mikhail menghala tepat pistol ke arahnya.

" Fuck you. " maki Tengku Mikhail memandang tajam kearah lelaki yang baru melangkah kaki ke dalam gudang  di ikuti dua bodyguard nya.

" Hush marah. Sorry sorry I got some business to do. I really really sorry... Please... Please for give me. " pinta lelaki itu sambil mengoyangkan tangan Tengku Mikhail.

" Let go. Get your fucking face away from me. " Tengku Mikhail melarik kasar tangannya dari peganggan lelaki itu.

" Please Mika. I'm so sorry man. " rayu lelaki itu menarik tangan Tengku Mikhail lalu di lekap di pipinya dan mengerdipkan matanya beberapa kali memandang Tengku Mikhail.

" You do know that I don't like people who not punctual. Right?. " lelaki itu menganggukkan kepalanya.

Rayyan menutup mulutnya tahan dari ketawa manakala Daniel sudah tersenyum melihat terlatah dua sahabat baik itu.

Walaupun mereka berkata untuk tidak pernah mahu berjumpa dan berurusan dalam perniagaan lagi.

Hubungan mereka di belakang tirai tetap baik.

Walaupun kadang bila bertemu mereka seperti orang asing hakikatnya hubungan mereka lebih dari keluarga.

"Ford get the bag. " arah Mike pada salah seorang bodyguardnya.

Ford menyerahkan beg yang berisi wang itu kepada Rayyan.

Rayyan mengambil terus mencampakkan beg tersebut dalam bonet kereta.

Tidak perlu di check kerana Mike tidak akan mengusik wang sebanyak itu kerana dia mempunyai lebih dari itu.

" Aku tak akan cakap thank you sebab kau lambat. " kata Tengku Mikhail mengalihkan muka dari kawan mafianya itu.

" Alaa... Tak bolehlah macam tu. Mika kena cakap thanks dekat Mike juga. " balas Mike dengan suara mengada.

Dia sendiri rasa hendak termuntah dengan suaranya.

" Stop making that voice. Geli tekak aku. " kata Tengku Mikhail menumbuk bahu Mike.

Tengku Mikhail ketawa kuat dengan nada mengada Mike.

Kalau Tengku Mikhail pun ketawa apatah lagi Rayyan dan Daniel mereka ketawa sepenuh hati di ikuti oleh Mike.

Hanya bodyguards Mike yang tidak ketawa berdiri tegak seperti patung dengan muka hairan.

Mereka tidak faham apa yang ketua mereka berbual kerana Mike bercakap dalam bahasa Melayu.

" Thanks bro. " Tengku Mikhail menghulurkan tangannya kepada Mike.

Mike menyambut dan mengenggam tangan rakannya itu dengan senang hati.

Semua berjalan seperti yang dirancangkan.

" No needs to thanks me. You're my friend. Aku akan buat apa sahaja yang kau minta. Jika kau minta aku minum racun pun akan ku turuti. Oh Romeo ku. "

Mike dengan nada dramanya sekali dengan gaya tangan sebelah di dahi dan sebelah lagi di depakan.

Tengku Mikhail mengeleng kepala dengan perangai kuat drama Mike.

Rakannya itu dari dulu tidak pernah berubah masih suka membuat drama air mata.

Sekiranya anak buah dan rakan kongsi dalam dunia mafia Mike tahu itu perangai Mike tidak dapat dia bayangkan apa reaksi mereka.

Tengku Mikhail dan Mike tidak menghubungi satu sama lain selama 6 tahun selepas sahaja hari terakhir perjumpaan mereka di pejabat Mike.

Pada tiga tahun lalu Tengku Mikhail mendapat panggilan telefon dari Mike mengatakan bahawa Johnathon ingin meminjam wang, orang dan senjatanya.

( untuk yang lupa, 3 tahun sebab sekarang dah setahun T.M dekat Malaysia.)

Bermula dari situ Tengku Mikhail membuka semula kes kematian ibunya.

Hal itu, menyebabkan dia menangguhkan niatnya untuk pulang ke Malaysia.

Dia mengikuti segala permainan Johnathon selama dua tahun itu.

Pada saat dia ingin membongkar kematian ibunya dia di kejutkan dengan serangan yang berlaku di Malayia.

Dia pulang ke Malaysia meninggalkan segala usahanya selama dua tahun demi menyelamatkan papanya malangnya dia terlambat.

Selama 3 bulan di Malayia dia mendapat panggilan telefon dari Mike sekali lagi.

Mike memaklumkan kepadanya bahawa Johnathon meminjam anak buahnya dan separuh yang di pinjam tewas dalam pertempuran antara Johnathon dan lawannya.

Tengku Mikhail memulakan rancang baru semula dari situ.

Mike dengan senang hati menghulurkan tangan untuk membantunya mencari punca sebenar kematian ibu bapa Tengku Mikhail.

Kedatangan Mike di rumahnya pada minggu lepas merupakan salah satu rancangnya untuk mendesak supaya Johnathon bertindak.

Dia yakin bahawa bapa saudaranya itu tidak bersendirian dan mempunyai sebab kenapa terlibat dalam kematian mamanya.

Pada masa dia mengetahui bahawa Johnathon terlibat dengan kematian mamanya nyawa Johnathon sudah di hujung pistolnya tetapi tindakannya di halang oleh Rayyan.

Sekarang persoalannya sama ada Johnathon juga terlibat dengan kematian bapanya.

To be continues ...


Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now