Chapter 2

67K 1.9K 35
                                    

SUASANA di meja makan sunyi hanya ditemani dengan bunyi dentingan sudu berlaga dengan pingan.

" Mika dah fikir apa yang Mika nak buat lepas ni? kalau Mika nak bersiar-siar dulu pun boleh sebelum balajar tentang perniagaan papa." kata Tan Sri Amir cuba mengajak anaknya itu berbual.

Pertanyaan itu memberhentikan sudu ditangan Tengku Mikhail yang sedang bermain dengan makanan didalam pinggannya itu.

Tengku Mikhail berpeluk tubuh dan bersandar pada kerusi menatap tepat pada ayahnya.

" Mika nak balik Italy." jawabnya selepas lama membisu.

" What? Mika nak buat apa balik sana lagi?." terkejut Tan Sri Amir mendengar jawapan anaknya itu.

" Mika nak teruskan dan ambil alih perniagaan belian mama."

" Mika baru saja balik sini, Mika duduklah sini dengan papa... Mika boleh uruskan perniagaan papa dekat sini." balas Tan Sri Amir.

" NO. My mother dekat sana." katanya tegas.

" Your mother dah tak ada Mika. Mika balik sana pun dah tak ada gunanya dan dekat sini Mika ada papa."

" I don't care, that's my decision. I hope you respect it." balasnya tegas.

" Mika, papa dah tua papa dah tak larat nak uruskan perniagaan papa. Papa nak serahkan semuanya papa pada Mika."

" Thanks but no thanks I don't need your money. Mana papa masa mama dan Mika perlukan papa?" tanya Tengku Mikhail dengan geram.

" Papa minta maaf Mika. Papa... "

" Enough!! Alasan apa lagi yang papa nak reka hah?! kenapa lepas 3 tahun mama meninggal baru papa nak bawa Mika balik sini!!." katanya dan terus bangun dari kerusi.

" Mika sit down!!. Dengar dulu penjelasan papa."

" Penjelasan apa lagi? semuanya dah jelas. You are an irresponsible person." Tengku Mikhail bergerak kearah tangga untuk naik ke biliknya.

" Papa tak pernah tinggalkan mama dan Mika. Papa terpaksa papa tak ada pilihan lain masa tu, papa tak cukup kuat untuk lawan abang mama." terang Tan Sri Amir.

" Papa tak pernah berputus asa untuk bawa Mika dan mama balik sini. Tidak pernah walau sesaat pun Mika. Percayalah cakap papa." langkah kaki Tengku Mikhail terhenti mendengar penjelasan ayahnya itu.

" Then where are you? Where are you when mama and Mika need you? It's too late. Mama dah tak ada so simpan sajalah alasan papa tu."

" Tolong bagi papa peluang untuk tebus segala kesalahan papa pada mama. Bagi papa peluang untuk ganti semua masa yang hilang itu." Pujuk Tan Sri Amir.

Flashback.

" Mika hurry up packing your bag."

" Where are we going mama?"

" To your dad." balas Julia sambil mengemas barangnya.

Dia menarik tangan anak lelakinya itu ke kereta. Tengku Mikhail yang masih dalam pakaian sekolah itu pelik dengan tingkah ibunya.

Book 1:Tengku Adam MikhailWhere stories live. Discover now